Wednesday, May 31, 2017

RESEPI LARVA MCKELATE

1    
1   Ikan tamban setengah kilo. Buang tulang tengah dan cincang halus. Beli ikan tamban yg segar.


1     Limau nipis 3 biji, Daun kesum 1 ikat, Cili api ikut pedas...
Bawang merah 3 biji, Kacang panjang 1 ikat. Garam secukup rasa




     Daun kesum,kacang panjang dihiris. Cili api dan bawang merah ditumbuk lumat. Gaul semua dlm bekas dgn isi ikan tamban mentah tadi. Masukkan air limau nipis dan garam secukup rasa. Rasa masin tawar dan masam secukupnya. Sedia dihidang dgn nasi. Hidangan wajib my family di bulan puasa.   #resepimekambo
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, December 15, 2016

Thursday, November 10, 2016

FENOMENA #LOFATTAH NEELOFA & FATTAH AMIN

 serasi bersama



banyak persamaan


faham memahami


 ceria bila bersama

selamanya cinta...
 Terima seadanya
 Tanpa kata tapi hati tetap merasa
 Love & be loved
sweet couples

Thursday, October 06, 2016

Petua Terkena Air Panas

Pada satu ketika dulu, saya balik kampong dan membantu arwah nenek saya mengukus ketupat palas menggunakan periuk kukus dgn dapur kayu. Di atara bhgn atas periuk kukus dan bhgn bawah yang berisi air dilitkan dengan tuala basah supaya wapnya tidak keluar dan ketupat cepat masak. Oleh kerana ketupat agak banyak dan berat, arwah nenek saudara saya menyuruh saya membantunya mengangkat. Saya pun angkat periuk kukus bhgn atas dari atas api dan tanpa sedar terangkat sekali dengan bhgn bawah periuk yg berisi air. Apa lagi..bhgn yg berisi air tanggal daripada bhgn atas dan seluruh air yg mengelegak tercurah atas peha saya. Peha hingga betis saya jadi merah macam udang kena bakar dan terasa pedih dan sakit. Cepat-cepat nenek saya mengambil susu pekat dalam peti ais dan melumurkan ke dua-dua peha saya hingga ke betis. Oleh kerana susu pekat itu sejuk..kesakitan dan pedih berkurangan dan selepas 15 minit, saya basuh seluruh susu daripada peha hingga betis...keadaan peha hingga betis, kelihatan elok...tidak ada kesan melecur atau menggelembung...dan sakitpun hilang. Syukur sangat. Ada gunanya susu pekat dalam peti ais selain utk minuman dan membuat kueh-mueh.