Friday, February 15, 2013

Kebahagiaan Dalam Perpisahan



Berbahagialah mereka yang sentiasa berbahagia dengan pasangan masing-masing dan kita doakan semoga berbahagia berpanjangan sehingga ke anak cucu.  Namun ada juga bahagia yang tidak berpanjangan.  Disangka panas hingga ke petang, namun hujan di tengahari.

Orang paling sukar untuk melihat bahawa bahagia boleh datang dalam perpisahan.  Kebiasaan yang terlihat ialah derita dan kesedihan.  Percayalah bukan semua perpisahan itu datang dengan kedukaan, kesedihan dan ratapan air mata.  Ada juga perpisahan yang berlaku secara pilihan bersama, secara baik-baik sahaja dan secara TERHORMAT.  Terimalah hakikat ini dengan penuh keredhaan.  

Jangan ditanya mengapa perpisahan, apatah lagi jika perhubungan adalah dalam masa yang agak panjang.  Pasti ada sebab musabab yang tidak dapat dikongsi dan dinyatakan secara umum.  Fahamilah, ianya terlalu personal dan melibatkan reputasi dan airmuka seseorang. Mungkin juga airmuka 'mereka dan keluarga mereka'  Lebih baik jika soalan ini tidak ditanya.  Soalan lain yang sangat biasa ditanya ialah "tidak adakah ruang untuk kembali bersama..."  Maaf kenapa harus bertanya soalan seperti ini kalau pertanyaan ini ditujukan kepada seseorang yang sudah matang berfikir, seorang yang mempunyai ilmu  dan pendidikan , apatah lagi jika soalan ini ditujukan kepada seseorang yang mempunyai kedudukan yang baik dalam organisasi tempat dia bekerja.  Pastinya perpisahan yang berlaku bukan satu perkara yang difikirkan sehari dua.  Pastinya bukan satu perkara yang dipandang ringan dan keputusan yang dibuat tergesa-gesa.  Pastinya ia telah dibuat dengan mengambil segala pertimbangan, telah difikirkan dari segala sudut dan mungkin juga sudah mendapat bantuan mereka yang pakar dalam hal ini.  Oleh itu hormatilah dan fahamilah.  Jangan sesekali perpisahan dilihat dalam sudut yang sangat sempit tetapi lihatlah ia dalam sudut yang amat luas.  Lihatlah ia sebagai suratan takdir yang tidak dapat dielakkan.  Lihatlah ia sebagai satu perkara yang boleh menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental.

Menoleh ke belakang dan berterima kasih serta bersyukur kepada Allah
Memandang ke hadapan, meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah
Allah menutup pintu yang tidak ada sesiapapun yang boleh membukanya
Allah membuka pintu yang tidak ada sesiapapun yang boleh menutupnya

Tiada yang dapat meramal apa yang akan berlaku kehadapan. Semuanya ditangan Dia yang maha esa. Kita hanya mampu berusaha untuk membuat yang terbaik, selebihnya kita serahkan segalanya di tangan Allah yang maha mengetahui.

mckelate
Kota Samarahan
16 Feb 2013

Bila Dilamun Rindu


Wednesday, February 13, 2013

Jatuh Cinta


Tiada siapa yang dapat menjangkakan kehadiran sebuah cinta
Ia datang secara tiba-tiba
Menyentuh rasa
Hati berbunya rasa rindu kepadanya...