Tuesday, June 23, 2015

Kenangan Ramadhan: Berpuasa Paling Lama Di Musim Panas

Pengalaman berpuasa di tempat orang... puasa musim sejuk memang sangat pendek tetapi Ya Allah dugaannya menahan lapar yg melampau di suasana sejuk, tuhan saja yg tahu. Paling tidak dilupakan ialah pengalaman berpuasa di musim panas di Melbourne. Pada waktu puasa itu, dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur Malaysia. Kononnya jam masih waktu Melbourne di tangan dan akan berbuka dalam pesawat. Selepas kapal terbang berlepas...ada pengumuman memaklumkan semua penumpang yang menaikki pesawat akan berbuka pada zon maghrib yang akan dilalui selepas itu. Adusss seksanya berbelas jam berpuasa sebelum berbuka kerana musim panas pada hari-hari biasa di Melbourne dan pada hari itu terpaksa berpuasa extra panjang kerana menunggu zon maghrib. Sebagai musafir memang boleh berbuka tetapi puasa tetap diteruskan. Kami kemudian berbuka bila gelincir matahari...sungguh indah sekali permandangan maghrib berada di atas udara. Teringat pramugari yang sungguh manis membawakan teh tarik yg sangat sedap semasa berbuka. Kenangan ramadan yang sukar dilupakan.

Kenangan Ramadhan: Mengutip Tembakau Di Bulan Puasa

Pada satu ketika dahulu zaman form 3 di bulan puasa. Me dan my cousin menolong arwah mok dan che mengutip daun tembakau di Beris. Tuhanlah tahu mengutip daun tembakau dari pagi hingga tengahari dan membawa ke petang. Cuaca panas dan dalam keadaan berpuasa. Daun tembakau punya subur sampai kena merangkak di tengah-tengah batas waktu mengutip. Ingat lagi pada tengahari tu my cousin cakap dengan arwah mok... dia tiba-tiba uzur... Mok pun pergila cari air bagi pada my cousin. I pun tengokla my cousin minum air. Ya Allah walaupun air sejuk... terasa sedapnya bila berada di tengah terik mentari. Malamnya, lepas berbuka, sambil bergurau I cakap dgn cousin I... wah kak sedapnya kak uzur...boleh minum air... dia senyum dan buat muka nakal... Kak bukan uzur..kak tak tahan ...hehehehe kami ketawa sakan... adoiiiii tergelak-gelak... pastu I menambah " kenapa kak tak cakap... kalau tidak maa join sekali... rasa cam nak mati tadi" ujarku sambil bergurau dengan ketawa yg panjang.

Kenangan Ramadhan : Air Batu Dalam Serbuk Kayu

Teringat pada zaman kecil dahulu di kampongku. Pada petang ramadhan ramai orang akan menunggu lori yg menjual air batu di tepi jalan. Bongkah air batu dalam serbuk kayu kemudian dicuci dan disimpan di dalam termos utk digunakan bila berbuka.