Thursday, August 04, 2011

Super Mokh Yang Sukar Dicari Ganti


Nama: Mokhtar Dahari
Tarikh Lahir: 13 November 1953
Posisi: Penyerang


PATAH tumbuh hilang berganti, tetapi perumpamaan itu tidak dapat disamakan dengan Mokhtar Dahari. Ketangkasan, kejujuran, dan kesungguhannya di arena bolasepak dengan sendiri menempatkan Allahyarham di puncak kejayaan yang sukar dicari ganti.

Tidak hairanlah negara diselubungi rasa pilu atas pemergiannya
secara tiba-tiba pada 11 Julai 1991. Selama 17 tahun dia bergelumang dengan bolasepak tanpa mengira keringat yang mengalir semata-mata mengharumkan nama negara di peringkat
antarabangsa.

Semasa hayatnya Stadium Merdeka bagaikan rumah kedua baginya, dan jolokan "Supermokh" sentiasa meniti di bibir semua peringkat usia termasuk anak-anak kecil yang dapat mengenali Mokhtar dan mahu meniru cara permainannya.

Siapa yang tidak kenal Mokhtar, terutama sentuhan ajaibnya yang sentiasa menggegarkan pintu gol lawan melalui rembatan kencang. Kelincahannya bagaikan lipas kudung masih terbayang di mata peminat yang pernah menyaksikannya baik di padang mahupun penonton televisyen di rumah.

Pintu gol dikawal ketat oleh R Arumugam, benteng pertahanan
dikukuhkan oleh Soh Chin Aun dan Santokh Singh, bahagian tengah dikemudikan oleh Reduan Abadullah dan Shukor Salleh membuatkan Mokhtar Dahari dan gandingnya Isa Bakar menyengat di barisan depan.

Jika pada 1978 lalu semuanya terpukau dengan jaringan emas mengikat keputusan seri 1-1 dengan England B, selama 17 tahun pula kita terhibur dengan aksinya.

Tetapi semuanya kini tinggal kenangan. Hanya nama Mokhtar tetap segar, kepada mereka yang melihat ketangkasan dia beraksi.

Secara tiba-tiba, tanpa diketahui punca sebenar, Mokhtar hilang
tenaga, tidak bermaya, terlantar hampir 3 tahun diserang penyakit ganjil dan Tuhan mengkehendakinya, Mokhtar meninggalkan kita.
Lebih dua tahun Allahyarham tabah menanggung kesakitan bersama keluarga, tetapi itu sudah suratan takdir.

Allahyarham tetap menanggung segala derita dengan penuh keikhlasan meniti sisa-sisa hidupnya lebih 10 bulan diatas kerusi roda.

Sebenarnya kegemilangan bolasepak tanah air sudah diwarnai oleh Raja Bolasepak Asia, Ghani Minhat, Arthur Koh, Rahim Omar, Jalil Che Din, Chan Tuck Choy tetapi tidak cukup sekadar itu negara cukup bertuah, muncul pula Mokhtar pada awal 70-an menyambung sinar selama lebih 10 tahun.

Sehingga detik Mokhtar menghembuskan nafasnya, jelas tiada pemain yang dapat meneruskan kegemilangan bolasepak tanah air.

Rembatannya menggabungkan kepakaran Rahim Omar dan kecekapan membaca permainan seperti Ghani Minhat menjadikan dia pemain paling kental dan sentiasa digeruni di Benua Asia terutama musuh ketat negara, Korea Selatan.

Tubuh sasa yang menyarung jersi nombor 10 itu sering disebut dan digeruni oleh pemain bolasepak rantau Asia setiap kali Malaysia bertanding di dalam dan luar negara.

Sehingga detik-detik terakhir mewakili Selangor dan negara, dia
mengekalkan disiplin dalam dan luar padang serta gigih tanpa tunduk kepada penat lelah.

Kombinasi gumpalan otot yang membawa kederasan, kecergasan dan kekuatan terpancar di wajahnya yang sentiasa manis berbaur serius hingga menjadikan Mokhtar pemain istimewa yang tidak boleh dipisahkan daripada dunia bolasepak.

Sebagat insan kerdil, dia tidak terkecuali dikriktik hingga tidak
disenaraikan dalam skuad Olimpik negara yang menempah tempat ke Moscow pada 1980 tetapi sanggup melupakan segala pergeseran demi cintanya pada negara apabila kembali menyarung jersi kebangsaan.

Terlalu banyak untuk menghuraikan pahit maung Mokhtar jika dikutip sepanjang 167 kali dia menyarung jersi kebangsaan sejak 1972 hingga kali terakhir ketika menentang Korea Selatan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul 1985.

Pada usia 23 tahun dia dipilih oleh majalah bolasepak antarabangsa World Star Soccer sebagai pemain utama tahun itu dan menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

Mokhtar membawa Selangor menjulang Piala Malaysia sebanyak 10 kali dan pada usia 33 tahun dia mampu menjadi penjaring terbanyak dengan menyumbangkan 12 gol dan hampir 300 jaringan dalam Piala Malaysia serta antarabangsa.

Dilahirkan di Setapak pada 13 November 1953, Mokhtar pernah berjanji tidak mahu bermain dengan pasukan Selangor selepas tersingkir daripada suku akhir Piala Malaysia 1985.

Tetapi dia muncul semula musim berikutnya, untuk kali terakhir
meletakkan Selangor di mercu kejayaan dan Mokhtar sendiri mengakhiri sumbangannya bersama anugerah pemain terbaik perlawanan akhir.

Selepas itu, dia yang rela hati membenarkan semua pihak berkongsi kegemilangannya, memilih untuk menanggung penderitaan seorang diri. Tetapi negara tidak mahu membiarkan dia bergelut bersendirian. Tabung dan bantuan dihulurkan seberapa yang daya dengan harapan permata anugerah bolasepak tanah air itu terus bersinar.

Lebih 60 doktor dan pakar perubatan tradisional menawarkan diri untuk merawatinya termasuk Prof John Walton di Hospital Universiti Redcliff Oxford, pada Mei 1989.

Mokhtar tampak semakin layu di atas kerusi roda tetapi hati wajanya tetap membolehkan dia membaca majalah, menonton televisyen dan video bolasepak yang menjadi inti hidupnya sehingga dia menghembuskan nafasnya tepat 8.25 pagi 11 Julai 1991.

Al-fatihah...

Sumber:www.SelangorFc.com dan dipetik daripada CARI Malay Forums's Archiver

Lagi mengenai 'Super Mokh'


Mokhtar Dahari julang nama Malaysia di arena antarabangsa

Memberi untuk Menerima daripada DIA...

Salam semua, Ingin berkongsi cerita Dr Rubiah K Hamzah seperti yg diceritakan padaku dan peserta Ceramah Motivasi Ramadhan di Astana,Kuching baru-baru ini 27 Julai 2011 berkaitan pemberian yang ikhlas dan memberi benda-benda yang kita sayangi pahalanya berganda.


Begini cerita Dr Rubiah:

Suatu hari dia menjadi penceramah dalam satu seminar,kemudian tiba masa break/rehat. Dia datang berkenalan dgn peserta seminar dan naluri wanitanya tertarik dengan selendang/shawl yang dipakai oleh perempuan tersebut.

Terus Dr Rubiah bertanya,beli di mana?Jawab perempuan itu,"di luar negara". Patutlah cantik...kalau ke sana lagi bolehlah kirim kata Dr Rubiah yg begitu berkenan dengan selendang itu.

Petang itu selepas habis seminar, Dr Rubiah didatangi perempuan itu dengan ada kotak kecil di tangan.


Dr terima ini hadiah ikhlas daripada saya.


Terima kasih kata Dr Rubiah.


Bila pulang ke rumah,kotak kecil dibuka dan subhanallah...rupanya ada selendang yg dipakai oleh perempuan itu tadi,dilipat menjadi kecil dan selendang kesayangan itu telah diberikan sebagai hadiah....maha suci Allah yg memberikan nikmat kebahagiaan memberi dan nikmat kebahagiaan menerima. Selepas itu kata Dr Rubiah dia jadi tidak berani utk memuji...


Moral daripada cerita Dr Rubiah ini ialah teruslah memberi untuk menerima,mungkin bukan daripada mereka yg menerima tetapi yang darjatnya jauh lebih tinggi,mulia dan agung iaitu daripada DIA ,Allah yang maha kaya,pemurah & penyayang


Rasulullah S.A.W menggalakkan kita memberi hadiah sebagaimana sabdanya yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang.

Anas bin Malik RA: “Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemurkaan Allah (SWT), dan menghindarkan (orang bersedekah) daripada kematian yang buruk (su’ al-khatimah)”.




Dalil-dalil Quran:


“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

(al-Baqarah: 271)



Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir bibit yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir: seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas karunia-Nya dan Maha Mengetahui. (Al-Baqarah: 261)



Allah swt berfirman:

Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya karena mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiramnya, maka hujan gerimis (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. (Al-Baqarah: 265)





"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk pada siapa yang dikehendaki-Nya. Apa aja harta yang baik yang kamu infakkan, maka itu untuk dirimu. Janganlah kamu berinfak kecuali karena mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu infakkan, pasti kamu akan ada pembalasannya yang cukup, dan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya, tidak dirugikan". (Al-Baqarah: 272)



"(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat dalam perjuangan di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi. Orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena mereka menjaga diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu infakkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui." (Al-Baqarah: 273)



"Orang-orang yang menginfakkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran bagi mereka dan tidak juga mereka bersedih hati." (Al-Baqarah: 274)



Wednesday, August 03, 2011

Mintalah dan Berdoalah PadaNya


Barangsiapa yang bertakwa kpd Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup & diberikannya rezeki dari sumber yg tidak diduga. & barangsiapa yang bertawakkal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yg dikehendaki )Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bg tiap2 sesuatu.(Surah At-Talaq 2&3)

********

Kisah Benar 1

Seorang sahabat dalam perjalanan balik dari UNIMAS ke rumahnya di Kuching. Tiba-tiba nampak ada sekatan jalanraya. Baru dia perasan yang roadtax keretanya dah mati dan belum sempat direnew. Berdebar-debar dalam hatinya sambil berfikir mesti dia akan kena marah dengan JPJ dan pasti akan kena denda.


Di hadapannya ada 3 kereta yang sudah ditahan dan lepas. Dia cuma bertawakal dan berdoa Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah lepaskan aku daripada sekatan ini. Aku tidak sengaja mengabaikan urusan pembaharuan road tax ini Ya Allah. Ya Allah tolonglah aku Ya Allah...tiba-tiba bila sampai sahaja keretanya di hadapan pegawai JPJ itu,tiba-tiba pegawai itu menoleh dan bercakap dengan kawannya serta memberikan isyarat tangan meminta keretanya berlalu. Tanpa sedikitpun melihat kepada roadtax yg telah 'mati' itu. Subhanallah...maha suci Allah...


Allahu akhbar, Pengalaman yg sama terjadi padaku semasa balik dari Hospital Kuching pada 3 Ogos, aku ditahan polis trafik kerana terlupa memakai talipinggang keledar. Dalam hatiku " Ya Allah, Ya Allah tolonglah diriku ini Ya Allah, biar duit kugunakan utk sedekah daripada membayar denda Ya Allah". Lepas berhenti terus cakap dgn polis " Maaf encik, saya terlupa pakai tali pinggang". Dia jawab, " Lain kali jgn gopoh2 lagi," dengan tersenyum dan mintak aku terus beredar. TQ Allah

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)



Mawar Merah di Angkasa "Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih. Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu pada surah Ar-Rahman





Kisah benar 2

Seorang bayi dikatakan doktor mempunyai masalah jantung dan hanya boleh hidup 6 bulan sahaja. Dengan takdir Allah,orangnya masih hidup hingga sekarang,berkahwih,beranak dan mempunyai cucu. Ibunya memberitahu saya,beliau banjir air mata semasanya anaknya masih baby dan berdoa tak henti2 kpd Allah. engan takdir dan kekuasaan Allah,anaknya hidup sampai sekarang dan dia sudah mempunyai cicit.

Maha suci Allah dan maha besar serta maha agung Allah. Dia yang mentadbir alam ini. Jangan ada yg mendabik dada mengatakan mereka berkuasa,mempunyai power dan sebagainya. Tiada yang dapat mengatasi kekuasaan Allah.




Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar 39:53)

Tanda-tanda Kekuasaan Allah


“Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.” (HR Bukhari & Muslim)




Janganlah hati kita sedikit-sedikit dikaratkan dengan godaan dunia sampai lupa pada Allah:

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni

Ertinya: “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku…”



Allah Ta’ala berfirman: “Dan bertaubatlah engkau semua kepada Allah, hai sekalian orang Mu’min, supaya engkau semua memperoleh kebahagiaan.” (an-Nur: 31)

“Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat.” [An Naml 46]

Allah Ta’ala berfirman lagi: “Mohon ampunlah kepada Tuhanmu semua dan bertaubatlah kepadaNya.” (Hud: 3)




Dari Aghar bin Yasar al-Muzani r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan daripadaNya, karena sesungguhnya saya ini bertaubat dalam sehari seratus kali.” (Riwayat Muslim)



“Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadith ini hasan sahih.)

Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek @Apex : Harimau TRW

Semoga terus berusaha bersama Harimau Malaya,tanpa jemu mengembalikan nama Malaysia sebagai nama yg tersohor
di Asia mahupun di dunia...Well done, All the best!!


Apex menaikkan nama Kelantan bersama pemain-pemain TRW yang lain dan sentiasa
bermain dengan baik dan bersungguh-sungguh pada setiap perlawanan.
Mengibarkan bendera Kelantan dengan megahnya dalam arena bolasepak masa kini



Beliau pemain TRW yang menyelamatkan gawang Malaysia dan maruah negara dalam permainan mewakili Malaysia dan merupakan
antara pemain boleh yang bakal mencipta nama seperti 'super mokh' (Mokthar Dahari - Lagenda pemain bola Malaysia)


Apex diminati tua dan muda dan sangat 'humble' dan melayan peminat-peminat ciliknya (pelajar sekolah rendah) juga dan membuat mereka memasang angan-angan untuk berjaya seperti dirinya

We Are Proud of U ...and will support u always!




:: Credit all pictures 2 GOOGLE ::

Tetap sokong Apex. Moga Allah permudahkan kemelut yg menimpa dirinya. Jadikan ini sebagai iktibar Apex. Fokus pada kerjaya. Berkawan biar seribu... dan carilah seorang gadis yang benar-benar boleh dijadikan isteri yang bukan kejar glamor kerana saat keglamoran tidak akan kekal lama. Hanya cinta sejatimu yang akan berada disisimu alam susah dan senang. Masa glamor dan masa tak glamor.

p/s Kalau boleh nak mintak segala gambar Apek di blog JejariRuncing dan FB dia diturunkan. Begitu juga laman FB yang di'create' oleh Jejari Runcing utk Apek pun mintak delete saja. Cukup-cukuplah..anggap jodoh dah tak ada. Juga nak mintak kakak JejariRuncing untuk STOP daripada mengutuk Apek dalam FB/blog/Tweet dia yang berlebih-lebihan. Ramai org tak suka cara dan perlakuan OVER.



Moral of the story,jangan lah segala benda hal- hal peribadi sendiri dan peribadi org semua nak masuk dlm FB dan blog or Tweet.


:: Credit 2 GOOGLE ::



Kalau ada masalah dalam hubungan keep cool dan bawa berbincang dan cari masa untuk berbincang bila dua-dua pihak dah bersedia, bukannya berbincang sebelah pihak saja di media sosial and he's not there to defend himself.






:: credit 2 cari.com.my::

Click to read next entry about Apex


Semoga kita semua mengambil ini sebagai iktibar. Alfatihah


WE LOVE APEX & WE ARE PROUD OF YOU...

Apex Nona TV3 Pt 1

Apex Nona TV3 Pt 2

Apex Nona TV3 Pt 3

Apex Nona TV3 Pt 4

Birthday Apex 2011 : sweet...

Tuesday, August 02, 2011

Bila Isteri Menangis




Jika isteri menangis dihadapanmu
Hargai lah ia sebelum terlewat
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu
Jika kau membiarkannya pergi,
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali d idepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!



Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam...


Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan sia-siakan kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?



Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”


Di balik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN,

SENYUMAN nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya
PELUKAN & CIUMAN nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa
Dia TERHARU

Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Sumber : perkongsian internet......

Labbaik Allahumma Labbaik



Wahai Allah dengarlah rayuan hambamu ini...setiap detik dan masa mengharapkan pertolonganMu...sampaikan hajatku dan keluargaku dapat bersama kawan2kuValentino Abu Bakar,,Imilia Ibrahim dan Zara Manap serta kaum muslimin dan muslimat yang lain ke rumahMu yang mulia...wahai Allah...Permudahkan segala urusan kami dan jadikan kami tetamu yang istimewa...


Opick - Labbaik Allahumma Labbaik

Labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni'matalak
walmulkala syarikalak

wahai Allah
kami datang memenuhi panggilanMu
tiadalah sekutu untukMu
segala puji dan kuasa untukMu

kami meraba tanpa cahaya
kami yang lupa hina dan papa
di hadapanMu yang Maha Indah
di hadapanMu yang Maha Mulia

labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik



Dengar Lagu Labbaik Allahumma Labbaik Di Sini

Tiada Duka Yang Abadi


‎"Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah sabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan & kemudahan akan datang setelah kesulitan.Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat:"Albaqarah214."Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,& boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"AlBaqarah216."Segala​ puji bg Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami"Fathir 34
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup a€˜kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Click to hear Opick Tiada Duka Yang Abadi

TAUBAT

Wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

Click to hear Opick TAUBAT
Click to hear Opick Bila Waktu Telah Berakhir
Click to hear Opick DenganMu Aku Tenang
Click to hear Opick Ketika Tangan Kaki Bicara

Sunday, July 31, 2011

Ayat-ayat CINTA

Dengan nama Allah yang pengasih dan penyayang...
Hanya dengan membaca ayat-ayat CINTA Allah,hati menjadi tenang dan tenteram.Hilang segala gundah gulana di jiwa...
Sesungguhnya rahmat Allah terlalu luas dan kasih sayang terhadap hambanya tidak terbatas. Hanya cintanya yang maha agung dan abadi





Percaya dengan sepenuh keyakinan dengan pertolongan Allah...serta kerjakan segala pekerjaan di dunia dengan niat kerana Allah. Hidup di dunia bukan kekal abadi.

“Wahai orang-orang yg beriman!Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yg telah diperbuatnya utk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah . Sungguh, Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” Surah Al-Hasyr:18



Sukarnya menjadi pencintamu Wahai Allah....


Saturday, July 30, 2011

Warna-warna Kehidupan (Khas buat Fadly tersayang)



Anakku Fadly,

Hidup ini umpama air di lautan
ada pasang surutnya
ada suka dan duka
ada senyum dan tertawa
ada luka dan duka
silih berganti umpama malam dan siang

Anakku Fadly,
Sentiasalah beringat
Tika sihat,akan datang masa sakit
Tika tawa, akan datang esak tangis
Ada bahagia dan ada saat derita
Tika susah akan datang waktu senang
Inilah hukum alam
Suka duka kehidupan
Laluilah ia dengan penuh kesabaran dan keyakinan

Anakku Fadly,
Semuanya takdir ketentuan Ilahi
Kita diuji untuk menghargai
Destinasi hidup bukan berakhir di sini
Dunia ini perjalanan menuju ke akhirat
Di sana syurga indah menanti
Semoga kita semua bertemu di sana nanti

I love you Always,

Mummy

-Mckelate,Kota Samarahan

Senyum Sejenak

Friday, July 29, 2011

Selamat Berpuasa/Happy Fasting


Syukur dipanjangkan usia dapat menyambut bulan ramadhan yg penuh keberkatan,moga Allah beri kekuatan dan semangat dapat menunaikan ibadah puasa dan beramal di bulan yang mulia ini dengan sempurna.

Sejak bulan Feb 2011, selalu gastrik sehingga cubaan berpuasa gagal beberapa kali. Jadi macam budak-budak pulak puasa yok yok...namun setelah hampir ramadhan,kawan telah cadangkan I mencuba rawatan bekam untuk buang angin dan nyata berjaya. Kurang rasa blotted dan dapat berpuasa dengan baik. Semuanya berkat doa dan keyakinan sepenuhnya yang Allah akan membantu. Sembahyang hajat dan doa yang berterusan,akhirnya dengan pertolongan Allah segala kesukaran,kepayahan akan menjadi senang dan mudah.


“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah ta’aala mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (QS Az-Zumar 53-54)


“Dan Tuhanmu berfirman, "Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (QS Al-Mu’min 60)




Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang...

87:Surah Al-A'la


[1]
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
[2]
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
[3]
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
[4]
Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
[5]
Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering – (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
[6]
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
[7]
Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
[8]
Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
[9]
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
[10]
Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
[11]
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
[12]
Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
[13]
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
[14]
Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[15]
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
[16]
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
[17]
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
[18]
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
[19]
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Sumber:http://www.alquran-melayu.com/

“Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirahat untukku dari segala keburukan.” (HR Muslim 4897)

Puisi Buat Tok Pa




Klik disini untuk Gambar Perjumpaan Tok Pa Bersama-sama Anak Kelantan 28 Julai 2011, 4 Points Sheraton, Kuching Sarawak

Klik disini untuk LIKE Facebook Tok Pa

Thursday, July 28, 2011

I LOVE U -Pesan Dr Rubiah K.Hamzah


Sungguh teruja mendengar ceramah Motivasi Dr Rubiah di Astana Negeri Sarawak petang tadi 27 Julai 2011. Antaranya beliau menyuruh kita selalu berkata I LOVE U kepada orang-orang yang dekat dengan kita untuk menambahkan kemesraan dan kasih sayang. Bila bersalam dan berpelukan,katakan I Love u,kata beliau dengan senyuman manis. Katakan juga kepada diri sendiri. Dengan cara itu kita hargai diri kita dan tidak akan mensia-siakan diri kita dengan perbuatan yang tidak baik dan jauh daripada Allah.



Dr Rubiah juga berkongsi cerita berkaitan dengan seorang lelaki yang dalam keadaan coma selama 5 hari. Semasa dalam keadaan coma,beliau didatangi oleh malaikat menyerupai lelaki dan memaklumkan kepada beliau yg beliau akan mati dalam masa 5 jam lagi kecuali ada doa daripada 50 orang untuknya.

Lalu lelaki ini bertanya,siapakah juga yang sudah mendoakan aku? Malaikat menjawab, hanya 3 orang iaitu isterimu dan dua orang anak-anakmu. Bagaimana dengan staf di pejabatku? Aku orang besar di syarikat,stafku melebihi 50 orang,kawan-kawanku dan juga saudara-maraku juga ramai. Tidakkah mereka berdoa kepadaku? Tidak jawab malaikat.Doa mereka ditolak.

Ada majlis doa dan tahlil oleh semua staf syarikatmu tetapi mereka datang bukan untuk berdoa kepadamu. Mereka datang kerana terpaksa dan diambil tandatangan. Ada yang datang untuk makan. Ada yang datang untuk tunjuk muka. Tak satupun berdoa ikhlas untukmu. Lalu menangislah lelaki itu kesedihan dengan nasib yang menimpanya.



Malaikat itu berjanji akan datang sejam kemudian sebelum waktu 5 jam tamat. Sejam kemudian dia datang menemui lelaki itu. Ada berita gembira katanya. Doa untukmu sudah melebihi 50 orang katanya. Siapa? Siapakah yang berdoa untukku, ujar lelaki itu dengan hiba dan terharu kerana terlalu gembira.


Engkau mungkin sudah lupa tapi suatu masa dahulu engkau pernah memberi sedekah ikhlas kepada sebuah rumah anak yatim. Maka pada petang tadi Ketua Pengurusan rumah tersebut telah memanggil semua penghuni rumah tersebut dan memberitahu anak-anak itu tentangmu. "Ada seorang lelaki kaya yang pernah memberi sedekah kepada rumah kita ini, beliau dilaporkan dalam suratkhabar tidak sedarkan diri selama 5 hari. Marilah kita semua berdoa untuk beliau sembuh. Beliau telah banyak berjasa kepada kita semua pada masa lalu"ujar ketua rumah anak yatim itu. Maka berdoalah anak-anak yatim itu dengan penuh keikhlasan dan diangkat doanya untuk lelaki itu.


Berguguranlah airmata lelaki berkenaan kerana terharu. Sedekahnya yang lalu kembali membantunya pada masa kini dan airmatanya masih berguguran dan beliau masih dalam esak tangis bila tersedar di hadapan isterinya setelah coma selama 5 hari.

Begitulah cerita Dr Rubiah berdasarkan satu kisah benar yang diceritakan kepadanya dan dikongsikan dengan kami para peserta ceramah motivasi pada petang itu.

Pahala sedekah amat besar. Petikan dari www.pinangserumpun.blogspot.com
Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari)
Berikut contoh konkrit, sedekah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sedekah telah meninggal dunia :
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda mendapatkan kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4. Tanam pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
6. Edarkan bacaan yang boleh membangunkan seseorang.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8. Edarkan CD Quran atau do’a.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.
10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, Anda dapat kebaikan sampai hari Kiamat.

Selamat beramal di bulan ramadan ini dan beramallah sebaiknya agar kita semua menjadi calon-calon syurga seperti kata Dr Rubiah

- mckelate

Hitam Putih Kehidupan

Wednesday, July 27, 2011

Senyuman Penawar Duka


Pagi 27 Julai 2011 ini, hati tiba-tiba diusik sayu dan pilu mengenang untung nasib diri namun tiba-tiba terjumpa gambar anak yang tersenyum ini dan segala kesedihan dan kepiluan dan manis pahit tentang hidup ini hilang bersama senyumannya. TQ Allah...

TQ Allah



"Wahai Allah...wahai Allah... hanya padaMu akan menyerahkan hidup dan matiku...."


"Wahai Allah...Wahai Allah...berilah kekuatan sepanjang perjalanan hidup yang berliku dan penuh dengan onak dan duri ini...Bawalah daku daripada kegelapan ke nur cahayaMu yang indah dan penuh ketenangan.Kasih sayang dan cinta abadiMu yang kudambakan..."

Tuesday, July 26, 2011

Forgiveness is about taking care of your heart



Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan:

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur'an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:

... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

Juga dinyatakan dalam Al Qur'an bahwa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji. "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Qur'an 42:43) Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur'an, "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)

Sumber: Harun Yahya "Sikap Memaafkan dan Manfaatnya bagi Kesehatan"