Friday, May 23, 2014

Alhamdulillah Untuk Segalanya



Yang sedih
Yang gembira
Yang luka
Yang duka
Yang derita
Yang bahagia
Yang ada
Yang tiada
Yang sedikit
Yang banyak
Yang susah
Yang mudah
Yang semuanya
Yang segalanya
Yang tetap jua indah
Alhamdulillah untuk segala-galanya...kesemuanya
NikmatMu yang tidak terhitung.

mckelate, Kota Samarahan

Tuesday, May 20, 2014

Puisi Untukmu

Jika tiada lagi rasa rindu
Jika tiada lagi rasa cinta
Ingatlah satu ketika kita pernah bahagia
Ingatlah satu ketika kita tersenyum dan tertawa
Dan ingatlah jodoh kita bukan di tangan kita
Kerana jodoh itu rahsia takdir Allah yang maha esa
Jangan ragu untuk kita sama-sama melangkah menuju masa depan yang baru
Namun jangan kita melangkah menjauhi antara kita
Kerana di antara kita ada hubungan mesra sebagai saudara yang akan kekal sampai bila-bila...

mckelate , Kota Samarahan 20 Mei 2014

Tuesday, May 13, 2014

Yang Tinggal Kenangan Terpilih

Aku tidak pernah membenci kenangan
Cuma kenangan yg tinggal hanya kenangan yang terpilih
Kenangan lainnya entah kemana menghilang
Bila aku sedar ianya tidak lagi tersisa
Mungkin kerana itu aku ceria, senyum dan ketawa
Kerana itu aku mampu meneruskan hidup mencari bahagia
Pada setiap kenangan lalu yg aku tiba-tiba lupa
Aku membina langkah baru dan keazaman baru
Meneruskan kehidupan semoga baik-baik sahaja