






















Abahku yang hensom...zaman muda :)))
Abah dilahirkan pada bulan September tahun 1946. Lepas tu dia kahwin muda so tengok saja gambar di atas, hehehe.. muda-muda dah dapat anak...(pic atas: me and dad)Abah sebenarnya masa muda-muda dulu boleh tahan jugak ensem dia hehehe.. kira ramai jugaklaa peminat hahahaha...anyway, dah ditakdirkan memang suratan jodoh agaknya, Abah kemudian nikah dengan Mek (my mum). Hemm.. Mek lahir bulan Disember 1950. Zaman muda-muda dulu pun 'cun' jugak mek... jangan marah ...hehehe..Masa dulu-dulu mana ada cintan-cintun macam sekarang. Jadi mereka bercinta selepas kahwin. Alhamdulillah hidup bahagia sampai sekarang adanya...dengan dikurniakan 6 orang cahaya mata, dua lelaki dan empat perempuan (me, abe@faizal, Yee, Idaa, Elly dan Dilla) Sekarang mek dan abah dah ada ramai cucu lelaki dan perempuan.


Abah dan mek yang kusayangi...gambar Mei 2011
I sebenarnya rasa bertuah kerana dikurniakan Abah dan Mek yang 'very understanding'. Walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi, namun pada I mereka berdua "very liberated". Dalam banyak hal mereka selalu bersifat 'terbuka' dengan anak-anak. Boleh bincang apa saja dengan Abah dan Mek. Jadi kami adik beradik tak pernah ada apa-apa rahsia dengan Abah dan Mek. Ada masanya mereka jadi 'pakar rujuk', 'kaunselor peribadi' (hehehe.. free of charge) dan tempat bergantung terutama bila 'poket kosong' (ini tertakluk pada bulan penuh atau bulan suram...hehehe kalau bulan gelapp.. tak dapat jugak...). Pada I, ibu dan ayah tidak boleh ditukar-ganti. Jasa mereka banyak tidak terhingga dan kasih sayang mereka 'abadi' selamanya.

Arwah Sulaiman Bin Besar, atok ku memang nampak serius orangnya. Masa aku kecil-kecil dulu memang takut sekali kalau atok marah, sekali dia jenggilkan bijik mata….kecutnya perut tuhan saja yang tahu.
Atok yang ku pangil Che sebenarnya walaupun nampak serius tapi penyayang. Kenangan masa kecik aku tak berapa ingat sangat tetapi yang aku ingat sangat ialah rumah Che dan Mok Mek memang sentiasa penuh dengan budak-budak mengaji Quran. Memang Che dan Mok sukarela mengajar budak-budak kampong belajar mengaji. Aku pun turut mengaji dengan Che dan Mok.. Kebiasaannya Mok dan Che akan keluar bekerja sebelah pagi dan bila dah dekat waktu makan tengahari Mok dan Che akan berhenti. Lepas sembahyang zuhur, Mok dan Che akan mula mengajar budak-budak mengaji, kemudian barulah mereka makan tengahari, biasanya selepas makan tengahari mereka akan berehat sekejap sebelum menyambung kembali kerja mereka berbakti kepada tanah..
Sewaktu aku sekolah menengah di Kelantan dan tinggal di Asrama. Bila hujung bulan aku mesti balik ke rumah Mok dan Che di kampung. Happy sangat sebab walaupun jauh dengan keluarga di Sabah, waktu itu….aku tetap ada Mok dan Che tempatku bermanja.
Mok dan Che banyak mengajar aku tentang erti hidup dan kehidupan, walaupun mereka tidak pandai menulis dan membaca, tetapi hati mereka ‘terang’ terutama bab-bab agama. Banyak hal ehwal agama yang aku belajar daripada Mok dan Che. Kebiasaannya, bila aku ada masa, ada saja cerita-cerita daripada akhbar atau cerita-cerita menarik akan ku ceritakan pada mereka. Mok dan Che memang suka mendengar aku berceloteh. Ada masanya aku mendengar Mok bercerita, cerita zaman dia masa kanak-kanak, ada yang lucu buat aku ketawa tak berhenti dan ada juga cerita sedih.
Che pulak tak banyak cakap. Orangnya agak pendiam, kalau ketawa langsung tak berbunyi….cuma nampak senyumannya yang melebar. Che memang hensom….heheheh…rupanya macam hero hindustan, hidung tinggi…macho agaknya zaman muda-muda dulu…hehehe Macam Mok, Che orangnya kuat bekerja….ada saja yang dikerjakan dengan Mok….tanam padi la…tanam tembakau, tanam pokok-pokok buah-buahan dan sebagainya. Sampai sekarang pokok-pokok yang Che dan Mok tanam macam Pauh(mangga), durian, duku, langsat dan rambutan sampai sekarang dapat dinikmati oleh anak dan cucu…Murah rezeki kami, terima kasih Mok..Che….
Hemmm…Che orangnya memang simple, tak suka nak melawa, kalau dia dah suka baju atau kain pelikat yang tu… yang tu ler yang dia akan pakai memanjang. Puaslaa aku dan Mok memujuk terutama kalau hari jumaat atau hari raya…. Puas memujuk, barulah dia nak memakai baju-baju baru yang dia ada… Che..Che…
Bila Mok jatuh sakit, tak lama lepas tu Che pulak jatuh sakit…pendek kata Hospital menjadi rumah kedua kami. Bila Mok keluar Hospital, Che pulak masuk Hospital, itulah masa aku balik daripada UK, aku banyak menghabiskan masaku bersama Mok dan Che.
Masih ku ingat lagi tatkala Mok menghembuskan nafasnya yang akhir, aku berada disisi Mok. Waktu itu Abah dan Che mengajar Mok mengucap….Allah…Allah… Allah…itulah yang disebut oleh Abah dan Che berulang-ulang. Aku waktu itu hanya memerhatikan saja dengan sayu. Ku lihat mata Mok memandang sekeliling kepada suaminya, anak-anaknya dan cucu-cucunya yang duduk berkeliling seolah-olah mengucapkan Selamat Tinggal. Hatiku meronta-ronta….dalam hati aku berkata “ Mok jangan tinggalkan kami….” Namun aku tidak berdaya menahan kehendak takdir. Mok menghembuskan nafasnya yang akhir.
Selepas pemergian Mok menemui ilahi, itulah kali pertama aku melihat Abah menangis…Che jugak menangis…tidak dapat ku bayangkan kesedihan Che…yang ditinggalkan isteri setelah sekian lama berkongsi hidup daripada zaman muda kepada usia tua. Airmataku juga mengalir….
Tak lama selepas pemergian Mok, aku kemudian mula bekerja di UNIMAS, dan seterusnya aku melanjutkan pelajaran di Australia. Hati memang sedih untuk meninggalkan Malaysia kali kedua. Masih ku ingat sewaktu aku bersalam dan mencium tangan Che sebelum berlepas ke Airport…Che menghantarku ke muka pintu...bukan dengan senyuman tetapi dengan airmata. Sebak rasanya dadaku…namun ku kuatkan semangat dan cekalkan hati…
Lebih kurang seminggu lebih aku berada di Melbourne, Australia, aku mendapat tahu yang Che telah pergi menemui Ilahi. Hatiku sayu dan pilu…apatah lagi berada jauh di rantauan. Aku terkenangkan Che yang menghantarku dengan linangan air mata…rupanya itulah lambaian terakhir daripada Che untuk ku
Sehingga kini aku sentiasa terkenangkan Mok dan Che yang ku sayangi…Aku harap satu masa aku akan berpeluang bercerita dengan anak-anak saudaraku dan bakal anak-anakku mengenai Mok dan Che…Mereka tetap abadi dalam kenangan dan ingatanku .
Al-Fatihah

Ingatanku yang paling kekal hingga kini ialah ingatan terhadap arwah Atok Sulaiman (Che) dan Nenek (Mok Mek), ibu dan ayah kepada Abahku. Mereka adalah Atok dan Nenek yang penyayang. Banyak insipirasi yang ku dapati daripada mereka.
Sewaktu aku hendak berlepas ke UK melanjutkan pelajaran ke peringkat Masters, hatiku terasa berat sekali untuk meninggalkan bumi Malaysia. Waktu itu Mok Mek, baru saja didapati mengidap barah buah dada. Buah dada kanannya ada ketubuhan yang selama ini dirahsiakan. Mok Mek berubat cara kampong. Maklumlah orang tua, memang takut hendak ke hospital.
Bila aku berhenti kerja, dan cuti selama sebulan di kampong,sebelum ke UK Abah memberitahu aku mengenai ketumbuhan pada buah dada Mok Mek. "Abah dan tak kuasa lagi, semua (pakcik, makcik dan sepupuku) dah cuba memujuk Mok Mek, supaya berjumpa doktor di Hospital tetapi tidak berjaya, sekarang cuba Maa (panggilan manja di rumah) pula yang pergi, mana tahu Maa boleh pujuk Mok Mek," kata Abah. Abah memang tahu Mok Mek memang rapat denganku.
Jadi, aku pun pergi ke rumah Mok Mek dan Che. Masih kekal dalam ingatanku betapa gembira mereka menyambut kedatanganku. Lebih gembira lagi bila aku menyatakan yang aku akan bermalam di rumah mereka selama beberapa hari. Sepanjang masa aku bersama Mok Mek. Dia ke dapor, aku ke dapor, kemana saja dia pergi aku ikut. Hinggalah ke tempat tidur. Masih ku ingat, aku tidur bersama Mok Mek dan Che. Kami berbual-bual sehinggalah kami akhirnya dibuai mimpi.
Dalam perbualan itu, aku cuba yakinkan Mok Mek mengapa beliau harus pergi ke Hospital, kerana makin lama dibiarkan ketumbuhannya makin besar dan makin merebak. Aku cuba yakinkan Mok Mek bahawa kita harus berusaha dan tidak harus menyerah kepada takdir semata-mata. Selepas beberapa hari di rumah Mok Mek, aku pulang ke rumahku.
Selang sehari kemudian, abah memberitahuku bahawa Mok Mek mengambil keputusan untuk pergi ke Hospital dan Mok Mek mahu aku membawanya ke sana. Jadi sebelum aku bertolak ke UK, aku sempat menghabiskan masa bersama keluarga dan juga meluangkan masa bersama Mok Mek. Memberikan beliau semangat supaya beliau tidak putus asa dengan penyakit yang menimpa dirinya.
Sewaktu kapalterbang yang membawaku berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang menuju Heathrow Airport London, aku tidak dapat menahan sebak dan tangisan yang selama ini ku tahan. Sebak kerana pertama kali berpisah dengan keluarga dalam jarak yang begitu jauh dan sedih kerana mengenangkan nenekku, Mok Mek. Dalam hati aku berdoa semoga Mok Mek panjang umur, dan aku sempat kembali dan menjaganya sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang akhir.
Maha suci tuhan yang maha kaya. Sewaktu aku menamatkan pengajianku di UK, kepulangan ku ke tanahair Malaysia hanya disambut oleh Abah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Hatiku sedih bila melihat ibuku tidak bersama Abah, begitu juga dengan adik-adikku. Rupanya mereka semua berada di hospital. Ibuku sakit. Jadi sebaik sahaja pulang dari UK, aku banyak menghabiskan masa di hospital. Mula-mula menjaga ibuku yang sakit kemudian menjaga nenekku, Mok Mek.
Bila ibuku dibenarkan keluar daripada hospital dan beransur sembuh. Mok Mek pula dimasukkan ke hospital. Mok Mek kehilangan dada sebelah kanan kerana ketumbuhan dan kini beliau dimasukkan ke hospital kerana barah yang asalnya pada bahagian dada kini sudah merebak ke seluruh badannya. Aku, adikku Ida, sepupuku dan makcikku bergilir-gilir menjaga Mok Mek di hospital. Sepanjang waktu di hospital, masaku banyak ku habiskan dengan berbual-bual dengan Mok Mek, menyuapkan makanan dan memberikan beliau minum. Bila waktu mandi atau waktu beliau mahu ke tandas, akulah yang akan membawanya. Mok Mek, cukup senang dengan aku. Aku pun sendiri tidak tahu, mungkin kerana hubungan kami memang rapat, sebab itu beliau 'prefer' aku daripada orang lain.
Satu hari, Mok Mek telah menanggalkan cincin di jari manisnya dan menyarungkan ke jariku. "Nah pakai Mok nyer cincin ni," kata Mok Mek. Aku membiarkan saja beliau menyarungkan cincin emas yang bertahtakan batu nilam bewarna merah. Senang sekali aku memakainya. Cincinnya masih di jariku sehinggalah Mok Mek menghembuskan nafasnya yang akhir tidak lama selepas itu. Pemergian Mok Mek kuiringi dengan tangisan. Hampir 3 hari air mataku tidak berhenti mengalir. Itulah kali permata dalam hidupku, aku kehilangan sesorang insan yang sangat rapat denganku. Segala kenangan semasa kecil kembali menggamit ingatan. Air mataku gugur lagi mengenang Mok Mek. Hanya iringan doa yang sering ku kirimkan buat Mok Mek, semoga rohnya tenang di alam barzah.
Selepas pemergian Mok Mek, barang-barang kemas peninggalan Mok Mek, dibahagikan antara 3 orang anaknya. Abah, makcik dan pakcikku. Alhamdulillah walaupun sebenarnya anak lelaki berhak untuk mendapat bahagian yang lebih daripada anak perempuan, abah dan pakcikku 'menghalalkan' bahagian mereka untuk dibahagikan samarata kepada makcikku. Surprisingly… kebanyakan barang-barang kemas Mok Mek, setiap jenis ada tiga…seperti tiga utas rantai, tiga gelang tangan dan sebagainya. Hinggalah sampai kepada satu bentuk subang/anting-ating yang hanya ada satu bentuk. Subang emas yang berbatukan nilam putih tu memang cantik dan memang antik. Abah, Makcik dan Pakcik kehairanan mengapa subang tu hanya ada sebentuk sedangkan yang lainnya semuanya dalam tiga. Kak Ani, sepupuku yang ada bersama waktu itu, mencelah dengan jawapan kepada persoalan mengenai subang yang sebentuk itu.
"Masa arwah Mok Mek masih hidup, setiap kali beliau mengeluarkan barang kemas beliau, beliau selalu berkata, tidak ada sesiapa pun yang 'kena' (kelihatan cantik) memakai subang/anting-anting ni kecuali Maa. Hanya Maa sahaja yang 'padan' memakai subang ni, dan subang ni hanya untuk Maa," Itulah kata Kak Ani seolah-olah menyampaikan amanat Mok Mek.
Abah memberikan subang itu kepadaku. Hatiku tersentuh lagi dengan pemberian Mok Mek. Aku terasa betapa istimewanya diriku di kacamata nenek kesayanganku. Subang peninggalannya begitu sentimental kepada diriku. Kemudian aku teringat pada cincin yang sedang melekat di jariku. Aku tiba-tiba tersentak dan tersedar bahawa Mok Mek tidak pernah sekali-kali menyatakan yang cincin tersebut adalah pemberiannya kepadaku. Seingatku, beliau menyuruh aku memakainya....
Aku segera mendapatkan abah dan memberitahu abah mengenai cincin tersebut. Hatiku berat sekali sewaktu menanggalkan cincin itu dijariku untuk ku berikan pada Abah. " Abah, tanyalah pakcik dan makcik, kalau dia orang nak jual cincin ni, letaklaa harga… Maa nak beli. Maa sayang cincin ni bah…," kataku pada Abah. Abah hanya menganggok sahaja.
Malam itu Abah kembali bersama cincin tersebut dan meletak cincin itu ke tapak tanganku. " Makcik dan pakcik menghalalkan cincin ini pada Maa. Mereka kata, harga cincin ini tak seberapa berbanding dengan masa yang telah Maa luangkan menjaga Mok Mek di hospital dan dirumah sewaktu arwah Mok Mek masih hidup. Cincin ni memang pemberian Mok Mek untuk Maa, itu kata mereka," terang Abah.
Aku mengenggam erat cincin tersebut seolah-olah azimat yang amat bererti. Airmataku bergenang.Ingatanku kembali lagi kepada zaman silam, zaman kanak-kanak, sewaktu aku didodoi…dimanjakan… dijaga oleh Mok Mek. Aku terkenang segala senda gurau…terkenang bualan dan cerita-cerita yang Mok Mek sampaikan kepadaku sebelum kami tidur… Sayang, usia Mok Mek tidak panjang…namun beliau tetap hidup dalam kenangan dan dalam ingatanku.
Al-fatihah.



UBAT HATI
Yang pertama baca Quran
dan maknanya
Yang kedua
Solat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpulah dengan orang soleh
Yang keempat,perbanyakkan berpuasa
Yang kelima zikir malam berpanjanglah
Salah satunya
Sapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi
Ulang
Moga-moga Allah Taala mencukupi
Click to hear Opick UBAT HATI
SUCIKAN HATI
BILA HATI TERTUTUP
Bila hati tertutup selain petunjuk dan nasihat tidak bisa masuk, keburukan yang ada di dalam hati juga tidak bisa keluar sehingga meskipun org keliling tahu bahwa itu buruk dan puas dinasihat pun amat payah bagi 'org yg tertutup hatinya"untuk mengeluarkan atau membuangnya atau berubah.Moga Allah jauhkan kita drpd kejadian Bani Israil seperti yang disebutkan Allah swt dalam firman-Nya:
“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Baqarah [2]:74).
HINDARKAN DUSTA
Allah swt berfirman: Diantara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian”, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yangberiman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orangyang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinyasendiri sedang mereka tidak sadar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. (QS Al Baqarah [2]:8-10)
MOTIVASI UBAT HATI
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.
Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.
Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.“
Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.
Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.
Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.
Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.
Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.
Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).
Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.
Mohd Haris b. Hairun Paezi
26 Jun 2008
Sumber Di sini
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya
Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidunp cinta dan segalanya
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)
Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi


High-high the matahari,
Anak cattle mati tertambat,
Belajar agama untuk baiki diri,
Bukan untuk compare siapa hebat.
Push papan pull papan,
Keranji fruit in the perahu,
Ilmu akhirat don’t you dok simpan,
Amal dan pass-pass kat yang tak tahu.
Sailing laju-laju,
Sampai on top the pohon sena,
Everybody wants to be maju,
Maju tapi lupa Tuhan apa guna ?
Pisang emas you take belayar,
Masa sebiji on the peti,
Ilmu akhirat tak ramai nak belajar,
Ilmu dunia tinggi mana pun tak bawa mati.
Sumber Majalah Ujang

Biarlah serendah anai-anai di dalam tanah.
atau setinggi burung di langit merah..
andai hidup ini hanya untuk Allah..
itu semua bukanlah satu masalah..
tidaklah Allah itu menilai pada tinggi atau rendah..
tapi pada usaha yang dicurah..adakah sama kita yang rendah di bawah..
tetapi segenap tenaga telah dikerah..
dengan mereka yang di langit nan indah..
tetapi usaha hanya hendakkan yang mudah..
adakah sama kita dengan mereka di mata Allah?..
Hiduplah seperti merak yang indah..
atau hanya kecil umpama semut di bawah..
asalkan hidup untuk Allah..
pasti tetap tinggi di mata Allah..rajin semut di bawah..
lebih mulia dari bongkak merak yang indah.
yang penting usaha di mata Allah.
diberi tanggungjawab kita tak endah..
diberi ujian kita mengalah..
ini bukan lagi lemah, malah lebih bawah!.
kalau benar hidup kerana Allah.
biarlah di atas atau di bawah..
bila diberi tanggungjawab kita amanah..
diberi ujian kita tabah dan gagah..
itulah kehidupan tinggi di mata Allah..
ingatlah..
mujahadah itu tidak pernah mudah..
kerana syurga itu terlalu indah..
sumber: http://lasiaf87.wordpress.com/2007/11/02/tinggi-rendah-siapa-hebat-di-mata-allah/