www.kampustetap.unimas.my
oleh: Noorma Ismail
Selamat datang ke kampus Unimas
Kampus dalam kota
Yang bakal tersergam megah
Perkasa menjadi kebanggaan anak bangsa
Kampus tetap Unimas
Dari jauh kelihatan dua menara mercu tanda
Menggamit dan melambai penuh mesra
Bersama empat lorong luas, jalan utama
Menyambut dan mengiringi perjalanan penuh makna
Di kampus tetap Unimas
Berehatlah di tepian tasik berair biru
Hiruplah udara nyaman, sejuk dan segar
Sambil menatap bangunan moden yang futuristik
Lengkap dengan sistem pengurusan moden
Dengan kecanggihan sistem bangunan pintar
Lambang universiti yang berpandangan jauh dan bersifat sezaman
Kampus tetap Unimas
Kampus idaman cergas, ceria, cantik dan indah
Kampus mesra pengguna, kampus untuk yang istimewa
Bila tiba waktu gerbangnya dibuka
Semarak membara semangat warganya
Bersama menempa kejayaan
Bersama mencipta kecemerlangan
*Puisi ini telah tersiar dalam Majalah Unimas PERSADA
keluaran * JANUARI-MAC * 2003
** Kampus Tetap UNIMAS telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia pada April 2006 dalam upacara yang gilang-gemilang...teringat-ingat :)))
No comments:
Post a Comment