Tidak mungkin dapat kulupakan kenangan manis di UiTM sepanjang pre-dip bermula Julai 1987 hingga tamat pengajian pada tahun 1990. Masih kuingat kelas BI masa pre-dip dengan our famous Mr John , kelas drama, kenangan manis di Kolej Seroja masa minggu aluan siswa, kemudian tinggal di Kolej Jati, menaikki bas UiTM dan bas mini dari seksyen 2 ke kampus. Memakai uniform PALAPES, berpindah ke Kolej Cempaka 2 dan sempat menjadi Presiden Kolej ketika itu.
Manakan dapat kulupakan makan-makan di Mamakteria dan Seroja Inn, Makan-makan di Seksyen 2, jalan-jalan dan jogging di Taman Tasik berhampiran dengan kompleks PKNS, mendengar radio 'buatan pelajar' setiap malam, berbaris masa time nasi ayam di dewan makan. Tidak juga kulupa menaiki bas 222 ke kampus dari KL. Hujung minggu ke pasar malam di Kelang... Kemeriahan pesta konvo di Kolej-kolej Kediaman, usik mengusik junior dan senior mass comm di level 13, berjalan menaikki tangga, mendaki bukit dan melalui jalan-jalan short cut ke kelas di bangunan Menara, menanti kelas UIS dengan penuh kegembiraan kerana sangat enjoy dengan cara ustaz yg mengajar, seronok dengan aktiviti-aktiviti peer counselor dan berbagai-bagai lagi kenangan yang sungguh indah dan manis...
Kepada rakan-rakanku mass commites yg jauh di mata, dikau tetap dekat di hatiku dan sentiasa dalam ingatan. Sentiasa diri ini berdoa moga satu masa entah bila, kita akan bersua dan mengimbau kembali kisah-kisah lama... Bila mass commites berjumpa, tak kira senior atau junior mahupun super duper senior, kemesraan akan terus menjelma umpama berjumpa saudara mara... Terima kasih semua pensyarah-pensyarah UiTM dan semua staf yg telah menjadikan pengajian kami semasa di UiTM Shah Alam, sesuatu yang sangat istimewa... Kami sentiasa bangga dengan UiTM dan sentiasa bangga sebagai Alumni UiTM...teringat-ingat...
-mckelate
1 comment:
Asalamualaikum
Jangan lupa daang ke Alumni 40 Tahun Mass Comm 1 Sept 2012. Selamat mengerjakan ibadah puasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Dari Xool, batch 1984 - 87.
Post a Comment