Friday, June 01, 2007

Renjis-renjis dipilis Nora & Azraaie 26 Mei 2007








SELAMAT PENGANTIN BARU NORA & AZRAAIE...


Semoga Kekal abadi hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat...


Masih terkenang kenangan indah sebagai pengacara majlis pada majlis perkahwinan yang sungguh meriah dan indah itu.


Dipaparkan disini buat tatapan semua...


Awal Bismillah pembuka bicara
Moga majlis mendapat berkat
Selamat Pengantin Baru Azraaie dan Nora
Hidup bersama saling muafakat


Buah pauh si bunga rampai

Kilauan bintang sungguh mengasyikkan

Orang jauh sudahlah sampai

Selamat datang kami ucapkan

Selamat Datang ke Kg Sungai Ular, Dengan segala hormatnya Keluarga Pengantin perempuan mempersilakan rombongan keluarga pengantin lelaki ke jamuan makan yang telah disediakan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Sementara para tetamu dan pengantin sekalian menikmati hidangan, sukalah saya untuk menceritakan sedikit latar belakang pasangan pengantin yang kita raikan pada hari ini.

Kita bermula dengan pengantin perempuan Nora.

Nora atau Norazmawati Bt Mohd Sawi dilahirkan pada 11 April 1981 sebagai anak sulung dan anak perempuan tunggal dari 3 adik beradik. Kelahirannya disambut penuh kegembiraan oleh pasangan Mohd Sawi Hj Sulaiman dan isterinya Teh Bt Jaafar. Antara kawan-kawan ramai yg kenalnya sebagai Nora tetapi nama manja beliau dirumah ialah Along.

Manakala pengantin lelaki pula Azraie bin Mardi
Dilahirkan pada 13 Disember 1978 di Segamat Johor.Merupakan anak kedua daripada tujuh adek beradek.Berbintang Sagitarius, beliau adalah jejaka yang telah berjaya menambat hati Nora sehingga lahirlah bibit-bibit perkenalan, akhirnya bertunang dan seterusnya ke jinjang pelamin pada hari ini. Umpama pantun ini…

Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga Melati

ula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai dalam hati

Sebenarnya pasangan Nora & Azraae pertama kali bertentang mata di Teluk Cempedak pada bulan Mei 2005. Dari situlah segalanya bermula, kemesraan sebagai kawan dan akhirnya termetri dengan ikatan pertunangan
Dan seterusnya diijabkabulkan setelah menjalinkan hubungan selama 2 tahun.

Saya ada bertanya Nora apa yg membuat beliau tertarik hati dengan Azraae… katanya sifat Azraae yang baik hati, pandai ambil hati dan mengambil berat terhadap dirinya membuatkan beliau terpaut hati…

Bila ditanya Azraie apa yg membuat beliau tertarik pada Nora, Azraie menyatakan selain dari Nora ni cantik, manis dan comel, beliau terpikat dengan sifat Nora yang lemah lembut, penyayang caring dan pandai bergaya. Satu lagi yg beliau suka pada Nora ialah kerana Nora mempunyai sifat-sifat keibuan.

Pesanan Nora kepada Azraie

Wahai suamiku Azraei … Nora harap Azraie akan dapat membahagiakan Nora dan membimbing Nora dunia dan akhirat. Selain itu Nora berharap Azraie akan bertanggungjawab, setia dan mengasihi Nora sehingga ke akhir hayat.

Nora berjanji akan menjadi seorang isteri yang baik dan setia, sanggup mengharungi susah senang bersama dan Nora doakan kasih sayang kita akan semakin mekar indah harum dan mewangi selamanya.


Untuk Nora pula Azraie berpesan,

Isteriku Nora,
Semoga Nora akan terus mengekalkan sifat lemah lembut Nora, sifat Nora yang penyayang dan semoga Nora akan menjadi isteri mithali yang dapat membahagiakan suami.

Azraie juga berharap mahligai indah yg dibina ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Moga kita hidup ceria, aman, bahagia, saling sayang menyayangi selagi hayat dikandung badan.


Hadirin sekalian,

Saya juga telah diminta oleh pengantin perempuan untuk membacakan ucapan ini kepada

Bapanya En Mohd Sawi Hj Sulaiman

Abah,

Terima kasih yg tidak terhingga kerana telah membesarkan along dan menunaikan tanggungjawab mengahwinkan along pada hari ini. Terima kasih banyak kerana memberi segala-galanya kepada along, kasih sayang, kemewahan, kesenangan dan menerapkan kepercayaan dan jati diri dalam diri along. Biarpun along dah berkahwin dan ada suami, along tetap along anak perempuan abah yang seorang, sampai bila-bila. Along TETAP sayangkan abah. Hanya kasih sayang along dapat berikan pada abah kerana tak terbalas jasa dan budi abah pada along.

Untuk ibu pengantin perempuan, terimalah ucapan ini daripada anakmu

Mek,

Terima kasih kerana mengandungkan along selama sembilan bulan. Biarpun semasa dalam kandungan lagi, along dapat rasakan kasih sayang mek kepada along. Mek bukan sahaja ibu kepada along tetapi mek juga adalah kawan baik along. Mek tempat along bermanja,mengadu masalah, menangis dan gembira bersama. Along hargai mek kerana mek setia dan sabar dengan kerenah dan perangai along selama ini.

Walaupun along dah berkahwin, along harap kita tetap macam dulu… pergi bersiar-siar bersama, borak-borak, gelak ketawa dan pergi bershopping bersama. Along sayang mek. I love you so much. Meklah segala-galanya bagi along.



Untuk adik-adikku Mohd Sani dan Mohd Suhairi,

Awang & Adik.

Alonng ucapkan terima kasih kerana bersusah payah memeriahkan majlis along dan memastikan majlis along berjalan lancar. Along sayang awang & adik sangat-sangat…kerana awang dan adik sajalah adik-adik along, memang tiada gantinya dirimu berdua dalam hidup along.


Sebelum kita ke Majlis persandingan,

Terimalah pantun-pantun ini

Dengarlah ini ayah berpesan

Anak menantu, ayah ingatkan

Berkasih sayang sesama insan

Jangan cepat menjadi bosan


Bunga Melati dihujung dahan

Disunting dara dengan cermat

Suami isteri berkasih-kasihan

Seperti nabi kasihkan umat


Ikan todak si ikan pari

Ikan linang di dalam peti

Adapun adat bersuami isteri

Senang dan susah sampai kemati


Malam hari memasang damar

Menangkap ikan di tepi titi

Suami isteri mesti bersabar

Kekal rukun damai dihati


Hadirin sekalian, selesai sudah majlis jamuan dan makan beradap, saya bagi pihak En Mohd Sawi Hj Sulaiman dan isteri serta keluarga pengantin perempuan mengucapkan terima kasih kepada semua yg hadir.


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati


Kalau belayar ke negeri Rokan
Simpanlah pisang di dalam peti
Salah silap harap maafkan
Jangan disimpan di dalam hati

Rombongan keluarga pengantin lelaki dijemput ke ruang tamu untuk acara selanjutnya iaitu majlis persandingan, merenjis dan menepung tawar.

Dipersilakan. Terima kasih.





More pics of Nora & Azraaie's wedding click here

No comments: