Thursday, January 17, 2013


KAMI KECEWA DENGAN RAJAGOBAL

Tiga pemain hebat Kelantan TRW tetapi seorang sentiasa TERCICIR dan ada masanya seperti sengaja DISISIHKAN daripada senarai RG. Hati penyokong setia Kelantan TRW terasa seperti diguris sekali lagi oleh RG. Kemampuan Piya untuk menyarung jersi kebangsaan bukan diangkat oleh penyokong Kelantan TRW malah diakui oleh mereka yang berpengalaman dalam bolasepak tempatan seperti pengulas tersohor yang juga bekas pemain kebangsaan, Azlan johar dan Reduan Abdullah.

Malah laman bola terkemuka dunia Goal.Com telah mengiktiraf Piya @Badri Radzi sebagai pemain pilihan Asia bulan Oktober 2012 juga turut menunjukkan hasil survey pembacanya yang menunjukkan 79.3 peratus pembacanya mengatakan Piya layak untuk mewakili Malaysia, sayangnya nama Piya seringkali ditinggalkan oleh RG. Laman Goal.Com juga turut mengakui kehebatan Ketua Pasukan Kesayangan rakyat Kelantan ini sebagai "A strong tackler with an eye for a killer pass" (Seorang yang mempunyai ketajaman radar mata yang mampu membuat hantaran maut ke gol lawan).

Dalam ramai mereka yang bijak pandai berkepakaran dakam bidang bolasepak tanahair mengatakan HARIMAU MALAYA KEKURANGAN PEMAIN TENGAH YANG KREATIF DAN BERWIBAWA, RG langsung tidak memandang Piya walaupun dengan sebelah mata.


Piya mempunyai legasinya yg tersendiri kerana sejak menyarung jersi Kelantan pada tahun 2008 dalam usia 26 tahun, Piya terus menerus menyumbang kepada kecemerlangan pasukan Kelantan bersama rakan-rakan lain dalam pasukan Kelantan. Beliau diakui oleh akhbar SINAR HARIAN sebagai seorang pemain dan kapten yang begitu kreatif mengemudi jentera tengah Kelantan seolah-olah menjadi inspirasi kepada rakan sepasukannya yang lain.
Kepakaran beliau dalam situasi bola mati juga menjadi sandaran utama Kelantan (SINAR HARIAN 20 Oktober 2012)

Harian Metro (22/10/2012) menyifatkan Piya sebagai kapten paling berjaya dalam sejarah bola sepak negeri Kelantan selepas berjaya mengemudi The Red Warriors meraih Juara Treble dan mencatat sejarah manis bagi negeri Kelantan.

Tiada apa yang nak dikatakan lagi, ianya TERANG LAGI BERSULUH, harapan kita Piya menyarung jersi Kelantan bukan kerana soal Piya pemain Kelantan...tetapi kta berasa Piya mampu menyumbang untuk Malaysia aka Harimau Malaya untuk meraih kejayaan.

Piya...teruskan perjuangan bersama pasukan Kelantan The Red Warriors kerana anda TETAP TERBAIK dan menjadi KEBANGGAAN kami. GOMO KELATE GOMO!!! 

Kredit Gambar : Seperti yang dinyatakan

Penulis @ Mckelate adalah penyokong setia Kelantan The Red Warriors


No comments: