Pengalaman berpuasa di tempat orang... puasa musim sejuk memang sangat pendek tetapi Ya Allah dugaannya menahan lapar yg melampau di suasana sejuk, tuhan saja yg tahu. Paling tidak dilupakan ialah pengalaman berpuasa di musim panas di Melbourne. Pada waktu puasa itu, dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur Malaysia. Kononnya jam masih waktu Melbourne di tangan dan akan berbuka dalam pesawat. Selepas kapal terbang berlepas...ada pengumuman memaklumkan semua penumpang yang menaikki pesawat akan berbuka pada zon maghrib yang akan dilalui selepas itu. Adusss seksanya berbelas jam berpuasa sebelum berbuka kerana musim panas pada hari-hari biasa di Melbourne dan pada hari itu terpaksa berpuasa extra panjang kerana menunggu zon maghrib. Sebagai musafir memang boleh berbuka tetapi puasa tetap diteruskan. Kami kemudian berbuka bila gelincir matahari...sungguh indah sekali permandangan maghrib berada di atas udara. Teringat pramugari yang sungguh manis membawakan teh tarik yg sangat sedap semasa berbuka. Kenangan ramadan yang sukar dilupakan.
No comments:
Post a Comment