Pada satu ketika dulu, saya balik kampong dan membantu arwah nenek saya mengukus ketupat palas menggunakan periuk kukus dgn dapur kayu. Di atara bhgn atas periuk kukus dan bhgn bawah yang berisi air dilitkan dengan tuala basah supaya wapnya tidak keluar dan ketupat cepat masak. Oleh kerana ketupat agak banyak dan berat, arwah nenek saudara saya menyuruh saya membantunya mengangkat. Saya pun angkat periuk kukus bhgn atas dari atas api dan tanpa sedar terangkat sekali dengan bhgn bawah periuk yg berisi air. Apa lagi..bhgn yg berisi air tanggal daripada bhgn atas dan seluruh air yg mengelegak tercurah atas peha saya. Peha hingga betis saya jadi merah macam udang kena bakar dan terasa pedih dan sakit. Cepat-cepat nenek saya mengambil susu pekat dalam peti ais dan melumurkan ke dua-dua peha saya hingga ke betis. Oleh kerana susu pekat itu sejuk..kesakitan dan pedih berkurangan dan selepas 15 minit, saya basuh seluruh susu daripada peha hingga betis...keadaan peha hingga betis, kelihatan elok...tidak ada kesan melecur atau menggelembung...dan sakitpun hilang. Syukur sangat. Ada gunanya susu pekat dalam peti ais selain utk minuman dan membuat kueh-mueh.
No comments:
Post a Comment