Friday, September 29, 2006

Teringat Mok Mek & Cek Sulaiman di bulan Ramadan


Bulan puasa datang lagi, tiba-tiba diri terkenang mok mek dan cek sulaiman, nenek dan datukku yang dikasihi yang sudah tiada lagi di dunia ini.

Teringat-ingat waktu bersahur, berbuka puasa bersama mereka, kemudian sembahyang maghrib bersama sebelum ke masjid menunaikan fardu terawikh. Selepas terawikh biasanya ada jamuan moreh...seronoknya rasa di hati mengingati detik-detik indah itu.

Zaman kanak-kanak paling seronok menanti hari raya, satunya kerana baju raya yg cantik walaupun ada sepasang dua, kemudian duit raya dan ketiganya juadah raya seperti ketupat, tapai dan nasi impit kuah kacang...yum yum....

Bila hari raya bakal menjelang, kubur mok mek dan cek Sulaiman diziarahi, disedekahkah alfatihah serta bacaan yasin serta diiringi doa. Airmata tetap mengalir, seribu kenangan silam menggamit hati, tidak dapat digambarkan. Merekalah tempat bermanja dizaman kecil dan mereka jugalah yg mengajarku mengenal al-quran. Rindu pada mereka tidak terkira. Merekalah yang mendorongku untuk terus maju dalam pelajaran dan memilih kerjaya yg membawa kebaikan dan keberkatan hingga ke akhirat.

Hingga kini aku terkenang dan teringat-ingat...

No comments: