Monday, December 03, 2007

Buah Hati Bonda II




Saat kau tersenyum manja dan mengamit mesra
Hilang segala penat yang dirasa
Hilang segala duka nestapa
Terasa damai dan bahagia di jiwa
Kau sungguh istimewa
Kau anugerah yang tidak ternilai
Penyeri hidup ayahanda dan bonda
Moga kau menjadi anak yg berguna dan berjasa
Pada keluarga, agama dan negara





siti nurhaliza - destinasi cinta


Friday, November 16, 2007

Buah hati Bonda

Buah Hati Bonda I

Buah hati bonda,
Saat kau lena dalam ulitan mimpi
bonda memelukmu erat
pipi kita bersentuhan, bonda sempat berbisik ditelingamu nan comel
tidurlah manjaku sayang
tidur dengan lena
bangun nanti jangan menangis sayang
kerana bonda tetap ada di sisimu
saat kelopak matamu terbuka
bonda akan tersenyum mesra sambil memberikan salam
moga harimu penuh keberkatan
Jangan menangis sayang
bonda keluar mencari nafkah
mencari rezeki yang halal
biar sedikit tetapi sama-sama kita berdoa moga ia penuh keberkatan
Tinggal dulu sayang...
Jaga diri sayang...
Bonda tetap mengingatimu setiap detik dan saat
Sabarlah menanti bonda membawamu pulang...

Monday, October 29, 2007

Bila Terasa Rindu

Apa agaknya khabarmu disana
Disiniku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa siksa perpisahan

Sungguh anehnya hidup berasingan
Hati merasa bagai tertinggal disitu
Meskipun ku puja jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada apa yang terdaya

Bila terasa rindu
Kusebut namamu
Dengan harapan
Kaukan muncul dalam tidur

Bila terasa rindu kubayang wajahmu
Dalam angan dan baru daku terasa bagai disembuh

ooo jauh sekali hidup disini berbeza
Beribu kali lagi kuselesa disana
Tak sabar menanti detik kepulangan
Namun hingga itu apa yang termampu

Bila terasa rindu kusebut namamu
Dengan harapan kaukan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu kubayang wajahmu
Dalam angan dan baru aku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran
Untuk meminggirkan saja semua pencarian disini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar .. oooooo





dafi - bila terasa rindu

Friday, October 19, 2007

Happy Birthday Muhammad Fadly

My Big Happy Family Raya 2007



Posted by Picasa

Our Prince, Muhammad Fadly 1st Raya 2007






Raya tahun ini sangat bererti kepada Mummy & Daddy dengan kehadiran anakanda Muhammad Fadly. Dulu kami menyambut raya hanya berdua, kini hilai tawa, tangis dan keletah Muhammad Fadly tersayang membuatkan hidup kami penuh terisi dan terasa lebih bermakna.

Tiada yang lebih indah bila mendakap anak yg disayangi, Tiada yg lebih bahagia mendoakannya setiap hari agar membesar sebagai anak yg berguna kepada keluarga, agama dan negara. Tiada yg lebih manis melihat dirinya membesar di hadapan mata, dengan senyuman manja...

Monday, October 08, 2007

Salam Aidil Fitri


MINAL AIDIL WAL FAIZIN

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI , MOGA DIPANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERI KERAHMATAN DAN KEBERKATAN KEPADA SEGALA USAHA YG KITA LAKUKAN.

SALAM INGATAN MESRA & MAAF ZAHIR BATHIN

Mckelate & family

Thursday, June 21, 2007

Pengalaman Pertama Fadly Naik Flight


Pengalaman pertama Muhammad Fadly menaikki kapal terbang ialah pada 18 Mei 2007. Penerbangan jam 6.00 pagi dari Kch Airport ke Klia. Jam 4.30 Fadly dah jaga dan bersiap. Jam 5.45am dah masuk dalam kapal. Mula tu bukan main aktif lagi, melompat atas pangku dan sebagai,selepas itu, dia menangis kerana nak tidur... penat pujuk, barulah dia tidur...
<---- Fadly dalam besselnet semasa dalam flight, bukan main happy lagi dia...
Pengalaman kedua adalah pada 12 Jun 2007 ke Kuantan. Masa perjalanan balik dari KLIA ke KCH, Fadly membuat 'pelaburan'... mmmm baunya harummmm semerbak. Terpaksalah mummy dia bawa di ke toilet kat belakang kapal untuk salin nappy. Fadly dengan Mummy dia duduk seat depan 5B, macam buat catwalk pulak ke belakang untuk urusan ganti nappy tu... Fadly rilek saja...senyum & gelak je.... dalam toilet masa changing nappy pun bukan main aktif dia, pusing kiri dan kanan sampai susah mummy dia nak salin nappy.... bila dah sudah, back to tempat duduk, sekali lagi dia 'menyanyi' kerana nak tidur. Dalam 5-10min jugak dia menyanyi... lepas tu dia tidur sepanjang jalan ke KCH dengan lenanya dalam besselnet(raga kulit)yg disediakan. Sebelum tidur siap main cak cak dengan mummy dia menerusi 3 lubang yg ada pada sisi besselnet tu... Fadly..fadly... Love u sayang.....

Friday, June 01, 2007

Renjis-renjis dipilis Nora & Azraaie 26 Mei 2007








SELAMAT PENGANTIN BARU NORA & AZRAAIE...


Semoga Kekal abadi hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat...


Masih terkenang kenangan indah sebagai pengacara majlis pada majlis perkahwinan yang sungguh meriah dan indah itu.


Dipaparkan disini buat tatapan semua...


Awal Bismillah pembuka bicara
Moga majlis mendapat berkat
Selamat Pengantin Baru Azraaie dan Nora
Hidup bersama saling muafakat


Buah pauh si bunga rampai

Kilauan bintang sungguh mengasyikkan

Orang jauh sudahlah sampai

Selamat datang kami ucapkan

Selamat Datang ke Kg Sungai Ular, Dengan segala hormatnya Keluarga Pengantin perempuan mempersilakan rombongan keluarga pengantin lelaki ke jamuan makan yang telah disediakan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Sementara para tetamu dan pengantin sekalian menikmati hidangan, sukalah saya untuk menceritakan sedikit latar belakang pasangan pengantin yang kita raikan pada hari ini.

Kita bermula dengan pengantin perempuan Nora.

Nora atau Norazmawati Bt Mohd Sawi dilahirkan pada 11 April 1981 sebagai anak sulung dan anak perempuan tunggal dari 3 adik beradik. Kelahirannya disambut penuh kegembiraan oleh pasangan Mohd Sawi Hj Sulaiman dan isterinya Teh Bt Jaafar. Antara kawan-kawan ramai yg kenalnya sebagai Nora tetapi nama manja beliau dirumah ialah Along.

Manakala pengantin lelaki pula Azraie bin Mardi
Dilahirkan pada 13 Disember 1978 di Segamat Johor.Merupakan anak kedua daripada tujuh adek beradek.Berbintang Sagitarius, beliau adalah jejaka yang telah berjaya menambat hati Nora sehingga lahirlah bibit-bibit perkenalan, akhirnya bertunang dan seterusnya ke jinjang pelamin pada hari ini. Umpama pantun ini…

Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga Melati

ula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai dalam hati

Sebenarnya pasangan Nora & Azraae pertama kali bertentang mata di Teluk Cempedak pada bulan Mei 2005. Dari situlah segalanya bermula, kemesraan sebagai kawan dan akhirnya termetri dengan ikatan pertunangan
Dan seterusnya diijabkabulkan setelah menjalinkan hubungan selama 2 tahun.

Saya ada bertanya Nora apa yg membuat beliau tertarik hati dengan Azraae… katanya sifat Azraae yang baik hati, pandai ambil hati dan mengambil berat terhadap dirinya membuatkan beliau terpaut hati…

Bila ditanya Azraie apa yg membuat beliau tertarik pada Nora, Azraie menyatakan selain dari Nora ni cantik, manis dan comel, beliau terpikat dengan sifat Nora yang lemah lembut, penyayang caring dan pandai bergaya. Satu lagi yg beliau suka pada Nora ialah kerana Nora mempunyai sifat-sifat keibuan.

Pesanan Nora kepada Azraie

Wahai suamiku Azraei … Nora harap Azraie akan dapat membahagiakan Nora dan membimbing Nora dunia dan akhirat. Selain itu Nora berharap Azraie akan bertanggungjawab, setia dan mengasihi Nora sehingga ke akhir hayat.

Nora berjanji akan menjadi seorang isteri yang baik dan setia, sanggup mengharungi susah senang bersama dan Nora doakan kasih sayang kita akan semakin mekar indah harum dan mewangi selamanya.


Untuk Nora pula Azraie berpesan,

Isteriku Nora,
Semoga Nora akan terus mengekalkan sifat lemah lembut Nora, sifat Nora yang penyayang dan semoga Nora akan menjadi isteri mithali yang dapat membahagiakan suami.

Azraie juga berharap mahligai indah yg dibina ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Moga kita hidup ceria, aman, bahagia, saling sayang menyayangi selagi hayat dikandung badan.


Hadirin sekalian,

Saya juga telah diminta oleh pengantin perempuan untuk membacakan ucapan ini kepada

Bapanya En Mohd Sawi Hj Sulaiman

Abah,

Terima kasih yg tidak terhingga kerana telah membesarkan along dan menunaikan tanggungjawab mengahwinkan along pada hari ini. Terima kasih banyak kerana memberi segala-galanya kepada along, kasih sayang, kemewahan, kesenangan dan menerapkan kepercayaan dan jati diri dalam diri along. Biarpun along dah berkahwin dan ada suami, along tetap along anak perempuan abah yang seorang, sampai bila-bila. Along TETAP sayangkan abah. Hanya kasih sayang along dapat berikan pada abah kerana tak terbalas jasa dan budi abah pada along.

Untuk ibu pengantin perempuan, terimalah ucapan ini daripada anakmu

Mek,

Terima kasih kerana mengandungkan along selama sembilan bulan. Biarpun semasa dalam kandungan lagi, along dapat rasakan kasih sayang mek kepada along. Mek bukan sahaja ibu kepada along tetapi mek juga adalah kawan baik along. Mek tempat along bermanja,mengadu masalah, menangis dan gembira bersama. Along hargai mek kerana mek setia dan sabar dengan kerenah dan perangai along selama ini.

Walaupun along dah berkahwin, along harap kita tetap macam dulu… pergi bersiar-siar bersama, borak-borak, gelak ketawa dan pergi bershopping bersama. Along sayang mek. I love you so much. Meklah segala-galanya bagi along.



Untuk adik-adikku Mohd Sani dan Mohd Suhairi,

Awang & Adik.

Alonng ucapkan terima kasih kerana bersusah payah memeriahkan majlis along dan memastikan majlis along berjalan lancar. Along sayang awang & adik sangat-sangat…kerana awang dan adik sajalah adik-adik along, memang tiada gantinya dirimu berdua dalam hidup along.


Sebelum kita ke Majlis persandingan,

Terimalah pantun-pantun ini

Dengarlah ini ayah berpesan

Anak menantu, ayah ingatkan

Berkasih sayang sesama insan

Jangan cepat menjadi bosan


Bunga Melati dihujung dahan

Disunting dara dengan cermat

Suami isteri berkasih-kasihan

Seperti nabi kasihkan umat


Ikan todak si ikan pari

Ikan linang di dalam peti

Adapun adat bersuami isteri

Senang dan susah sampai kemati


Malam hari memasang damar

Menangkap ikan di tepi titi

Suami isteri mesti bersabar

Kekal rukun damai dihati


Hadirin sekalian, selesai sudah majlis jamuan dan makan beradap, saya bagi pihak En Mohd Sawi Hj Sulaiman dan isteri serta keluarga pengantin perempuan mengucapkan terima kasih kepada semua yg hadir.


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati


Kalau belayar ke negeri Rokan
Simpanlah pisang di dalam peti
Salah silap harap maafkan
Jangan disimpan di dalam hati

Rombongan keluarga pengantin lelaki dijemput ke ruang tamu untuk acara selanjutnya iaitu majlis persandingan, merenjis dan menepung tawar.

Dipersilakan. Terima kasih.





More pics of Nora & Azraaie's wedding click here

Majlis Bercukur Jambul & Kenduri Kesyukuran Fadly

Posted by Picasa Meriah sungguh majlis bercukur jambul fadly di Sri Baloh Kota Bharu. Ramai kawan-kawan masjid abah yang datang. Majlis dimulakan dengan solat hajat, diikuti dengan bercukur jambul dan selawat... Fadly kemudian dicukur ala-ala kojak he he he... Majlis tu menemukan Fadly dengan sedara mara di Kelantan. Bertuah Fadly kerana disukai ramai. Sana-sini orang dukung dia & suka nak pegang dia... rezeki Fadly katakan... Ini adalah kali pertama Fadly berjalan jauh, dari KCH-KL-KB kemudian pergi my cousin wedding di Kuantan. Wah Fadly kecik-kecik dah pandai berjalan...moga Fadly akan mudah mesra dengan sesiapa saja, hormat kepada yg lebih tua dan ringan tulang untuk membantu dan menolong bila diperlukan... sayang anak mummy....



More Pics Majlis Bercukur Jambul Click here

More Pics of Fadly (Galery 1) Click here

More Pics of Fadly Galeri 2


Saturday, May 12, 2007

Ibu... Engkaulah Ratu Hatiku



Siapa tidak kenal dengan lagu Ibu yang digubah lirik, lagu dan dinyanyikan sendiri oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.


Sebagai mengingati jasa dan budi ibuku yang tercinta, ibu mertuaku serta semua ibu-ibu, kutujukan lagu ini untuk mu... Dengan kedua tangan kutadahkan dengan penuh keikhlasan memohon keampunan , kerahmatan dan keberkatan, kemurahan rezeki dan moga jasa dan keringat yang dikau curahkan akan mendapat ganjaran pahala serta rezeki yang melimpah ruah dan hidup penuh dengan kebahagiaan, kasih sayang, sihat sejahtera dan dalam kemuliaan dan keredhaan dariMu Yarrabull Allamin...


IBU


Ibu ibu engkaulah ratu hatiku

Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku

Tempat menyatakan kasih

Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah

Yang menyinari hidupku

Sepanjang masa engkau berkorban

Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku

Tempatku menyerahkan kasih

Wahai ibu Posted by Picasa

Thursday, May 10, 2007

Muhammad Fadly Kusayang


<--------------- AKSI & GAYA FADLY

/\
Daddy & Fadly













<--MUMMY & FADLY
Muhammad Fadly makin keletah sekarang... dah pandai melompat-lompat, buat bueh dan bunyi, dah pandai bercakap 'baby talk'. He is very friendly, senang je dapat kawan. Ke mana saja pergi, ada je orang yang tegur dan lambai dia. Dalam kereta masa dekat traffic light pun orang boleh main-main dan lambai-lambai dia... Hmmm kecik-kecik dah tunjuk personaliti 'people's person'. Fadly juga tak kisah sapa-sapa dukung dia, dia cepat mesra... Hari demi hari dia makin berat. Masa bulan Mac 2007 dia 4.5 kg sekarang dah bulan Mei, dia dah 6.2 kg... that's my boy.
Malam, Daddy yg jaga Fadly, buat susu dan dodoikan dia... thanks daddy... senanglah sikit Mummy tak pening-pening lalat pergi kerja the next day. Dah ada anak ni baru tahu cabarannya namun keindahan dan kemanisan yang datang bersama, itu yang mahal harganya dan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Friday, May 04, 2007

Kenangan manis di UiTM


Tidak mungkin dapat kulupakan kenangan manis di UiTM sepanjang pre-dip bermula Julai 1987 hingga tamat pengajian pada tahun 1990. Masih kuingat kelas BI masa pre-dip dengan our famous Mr John , kelas drama, kenangan manis di Kolej Seroja masa minggu aluan siswa, kemudian tinggal di Kolej Jati, menaikki bas UiTM dan bas mini dari seksyen 2 ke kampus. Memakai uniform PALAPES, berpindah ke Kolej Cempaka 2 dan sempat menjadi Presiden Kolej ketika itu.


Manakan dapat kulupakan makan-makan di Mamakteria dan Seroja Inn, Makan-makan di Seksyen 2, jalan-jalan dan jogging di Taman Tasik berhampiran dengan kompleks PKNS, mendengar radio 'buatan pelajar' setiap malam, berbaris masa time nasi ayam di dewan makan. Tidak juga kulupa menaiki bas 222 ke kampus dari KL. Hujung minggu ke pasar malam di Kelang... Kemeriahan pesta konvo di Kolej-kolej Kediaman, usik mengusik junior dan senior mass comm di level 13, berjalan menaikki tangga, mendaki bukit dan melalui jalan-jalan short cut ke kelas di bangunan Menara, menanti kelas UIS dengan penuh kegembiraan kerana sangat enjoy dengan cara ustaz yg mengajar, seronok dengan aktiviti-aktiviti peer counselor dan berbagai-bagai lagi kenangan yang sungguh indah dan manis...


Kepada rakan-rakanku mass commites yg jauh di mata, dikau tetap dekat di hatiku dan sentiasa dalam ingatan. Sentiasa diri ini berdoa moga satu masa entah bila, kita akan bersua dan mengimbau kembali kisah-kisah lama... Bila mass commites berjumpa, tak kira senior atau junior mahupun super duper senior, kemesraan akan terus menjelma umpama berjumpa saudara mara... Terima kasih semua pensyarah-pensyarah UiTM dan semua staf yg telah menjadikan pengajian kami semasa di UiTM Shah Alam, sesuatu yang sangat istimewa... Kami sentiasa bangga dengan UiTM dan sentiasa bangga sebagai Alumni UiTM...teringat-ingat...





-mckelate

Wednesday, April 11, 2007

Kau Yang Teristimewa: Muhammad Fadly Kusayang







Tatkala pertama kali menatap wajahmu yang mulus


Merenungi sinar matamu yang suci dan tulus


Kusyukuri anugerah tuhan yang maha kudus


dan dengan senyuman terukir di wajahmu nan ikhlas


Hatiku lulur dengan kasih sayang tak terlafaz



Kau datang dengan sinar bahagia

Tawamu mengisi kekosongan jiwa

Menambah ceria dan gembira

Keletahmu mengusik jiwa

Sesungguhnya kau teristimewa





Tidak sabar menantimu dewasa

Moga kau menjadi anak yang berguna dan berjasa

Pada keluarga, negara, bangsa dan agama

With Lots of Love , Hugs and Kisses From Mummy & Daddy

Wednesday, March 21, 2007

Gambar Dolu-dolu

Ini gambar mckelate masa kecik-kecik dulu dalam dakapan my dad, cute tak? heheheh. My dad muda sangat masa ni, belasan tahun dah ada baby...maklumlah orang zaman dulu-dulu kahwin awal... sebelum i lahir my dad kerja kampung je... lepas i lahir my dad dapat jadi army...jadi betul kata orang tua-tua, baby selalu datang dengan rezeki...



Ini gambar mckelate masa berusia 8 bulan... memang montel sesangat...patutlah baby fat tu ada sampai sekarang...heheeheh... teringat-ingat...