Wednesday, July 13, 2011





Baru balik dari Pusat Rawatan Jantung Samarahan. Terasa sangat tiada apa yang nak dikejar dalam hidup ini,semuanya sementara belaka. Tiada yg kekal melainkan Allah. Terima Kasih Alllah atas peringatan ini. Hanya kedua tangan kutadahkan dengan rendah hati dan linangan air mata aku menyebut "wahai Allah..."

Tiba-tiba rasa terharu dan hiba mengenangkan kehidupan kita ini. Hidup ini ada sukanya dan ada dukanya. Ada senang dan susahnya. Laluan hidup ini bukan semuanya terang, ada masa terpaksa melalui lorong hidup yang gelap.Hidup tidak menyapa kita dengan keindahannya setiap waktu.Tiba-tiba kesedaran datang membawa genangan air mata bahawa tidak sekalipun nafas yang kita hembuskan, kecuali di dalamnya ada ketentuan Allah yang berlaku ke atas diri kita. Menuntut kita redha dgn ketetapan Allah kerana ianya adalah yang terbaik bagi kita. Tiba-tiba terbayang wajah anakku Fadly, walau baru pagi tadi kuhantar ke Tadika, namun tiba2 hati seorang ibu menjadi rindu...

No comments: