Thursday, July 28, 2011

I LOVE U -Pesan Dr Rubiah K.Hamzah


Sungguh teruja mendengar ceramah Motivasi Dr Rubiah di Astana Negeri Sarawak petang tadi 27 Julai 2011. Antaranya beliau menyuruh kita selalu berkata I LOVE U kepada orang-orang yang dekat dengan kita untuk menambahkan kemesraan dan kasih sayang. Bila bersalam dan berpelukan,katakan I Love u,kata beliau dengan senyuman manis. Katakan juga kepada diri sendiri. Dengan cara itu kita hargai diri kita dan tidak akan mensia-siakan diri kita dengan perbuatan yang tidak baik dan jauh daripada Allah.



Dr Rubiah juga berkongsi cerita berkaitan dengan seorang lelaki yang dalam keadaan coma selama 5 hari. Semasa dalam keadaan coma,beliau didatangi oleh malaikat menyerupai lelaki dan memaklumkan kepada beliau yg beliau akan mati dalam masa 5 jam lagi kecuali ada doa daripada 50 orang untuknya.

Lalu lelaki ini bertanya,siapakah juga yang sudah mendoakan aku? Malaikat menjawab, hanya 3 orang iaitu isterimu dan dua orang anak-anakmu. Bagaimana dengan staf di pejabatku? Aku orang besar di syarikat,stafku melebihi 50 orang,kawan-kawanku dan juga saudara-maraku juga ramai. Tidakkah mereka berdoa kepadaku? Tidak jawab malaikat.Doa mereka ditolak.

Ada majlis doa dan tahlil oleh semua staf syarikatmu tetapi mereka datang bukan untuk berdoa kepadamu. Mereka datang kerana terpaksa dan diambil tandatangan. Ada yang datang untuk makan. Ada yang datang untuk tunjuk muka. Tak satupun berdoa ikhlas untukmu. Lalu menangislah lelaki itu kesedihan dengan nasib yang menimpanya.



Malaikat itu berjanji akan datang sejam kemudian sebelum waktu 5 jam tamat. Sejam kemudian dia datang menemui lelaki itu. Ada berita gembira katanya. Doa untukmu sudah melebihi 50 orang katanya. Siapa? Siapakah yang berdoa untukku, ujar lelaki itu dengan hiba dan terharu kerana terlalu gembira.


Engkau mungkin sudah lupa tapi suatu masa dahulu engkau pernah memberi sedekah ikhlas kepada sebuah rumah anak yatim. Maka pada petang tadi Ketua Pengurusan rumah tersebut telah memanggil semua penghuni rumah tersebut dan memberitahu anak-anak itu tentangmu. "Ada seorang lelaki kaya yang pernah memberi sedekah kepada rumah kita ini, beliau dilaporkan dalam suratkhabar tidak sedarkan diri selama 5 hari. Marilah kita semua berdoa untuk beliau sembuh. Beliau telah banyak berjasa kepada kita semua pada masa lalu"ujar ketua rumah anak yatim itu. Maka berdoalah anak-anak yatim itu dengan penuh keikhlasan dan diangkat doanya untuk lelaki itu.


Berguguranlah airmata lelaki berkenaan kerana terharu. Sedekahnya yang lalu kembali membantunya pada masa kini dan airmatanya masih berguguran dan beliau masih dalam esak tangis bila tersedar di hadapan isterinya setelah coma selama 5 hari.

Begitulah cerita Dr Rubiah berdasarkan satu kisah benar yang diceritakan kepadanya dan dikongsikan dengan kami para peserta ceramah motivasi pada petang itu.

Pahala sedekah amat besar. Petikan dari www.pinangserumpun.blogspot.com
Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari)
Berikut contoh konkrit, sedekah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sedekah telah meninggal dunia :
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda mendapatkan kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4. Tanam pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
6. Edarkan bacaan yang boleh membangunkan seseorang.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8. Edarkan CD Quran atau do’a.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.
10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, Anda dapat kebaikan sampai hari Kiamat.

Selamat beramal di bulan ramadan ini dan beramallah sebaiknya agar kita semua menjadi calon-calon syurga seperti kata Dr Rubiah

- mckelate

No comments: