Sunday, June 24, 2012

Kelantan The Red Warriors Proudly Support Local Soccer


Di saat orang lain masih menjadikan kelab bola sepak dan negara luar sebagai idola mereka, kita semua menyokong pasukan kita Kelantan TRW dengan semangat Gomo Kelate Gomo. Kita bukan fanatik tetapi kita adalah PATRIOTIK. Kita bangga dengan pasukan negeri sendiri. Melalui cara ini kita menyokong pembangunan dan usaha meningkatkan mutu bola sepak tempatan iaitu negara kita Malaysia. Di saat orang lain membayar tiket dengan harga jauh lebih rendah untuk menyokong pasukan mereka, kita sanggup membayar dengan harga yang tinggi dan MAHAL. Kita sanggup datang dari jauh kerana Kelantan TRW dan kita sanggup berhujan dan berpanas kerananya kerana KITA SAYANG DAN BANGGA dengan pasukan kita. Biar kita tidak mendengar pujian atau menerima ucapan tahniah atas usaha dan sumbangan bakti kita dalam memeriahkan arena bola sepak Malaysia, cukuplah kita tersenyum bila mendengar Dato' Rahim Razali Pengulas Tersohor Malaysia mengatakan "Atmosfera bola sepak sebenar di Malaysia adalah di Kelantan"...dan kita boleh juga tersenyum bila Tan Sri Datuk Tony Fernandes mengatakan "Penyokong Kelantan adalah FENOMENA pada pasukan mereka" Gomo Kelate Gomo!!! 





No comments: