SEINDAH PUISI
PILIHLAH UNTUK BAHAGIA
Ada orang yang memilih untuk terus terluka
Pada sebuah kehilangan
Pada sebuah perpisahan
Pada sebuah percintaan
Mengapa memilih bersedih daripada tersenyum
Mengapa memilih berduka daripada bergembira
Mengapa memilih menitis air mata daripada ketawa bahagia
Masa tidak menunggu kita tersenyum untuk berlalu pergi
Masa tidak menunggu kita gembira untuk meninggalkan kita
Masa tidak menunggu kita tertawa gembira dan bahagia untuk hilang begitu sahaja
Ayuh, jangan dipersiakan masa
Teruskan kehidupan seperti biasa
Jangan merintih sakit, pedih, penat dan lelah
Jangan memilih untuk terus dalam kegelapan sedangkan sinar mentari masih ada setiap hari untuk menyinari kehidupan ini
Jangan memilih untuk hidup di masa lalu
Bila kita boleh memilih untuk hidup di masa hadapan dengan penuh pengharapan.
Mckelate, Kota Samarahan
Monday, July 29, 2013
Oohhh…oohh Balik Kampong…
Walau di mana berada di dunia ini
Kampung halaman tetap di hati
Pastinya kepada anak-anak Kelantan yang berada di perantauan
Hati meronta-ronta untuk balik ke kampung halaman
bersama berpuasa dan menyambut hari raya bersama keluarga, kawan dan sanak saudara
Mode balik kampung ON
Minggu ni pasti ramai yang akan balik kampung.
Hati-hati di jalan raya
Welcome home, THIS IS KOTA BHARU
Home of Kelantan The Red Warriors
BINA SEBUAH KEJAYAAN DENGAN MENJADI YANG TERBAIK
Jangan berpuas hati dengan BAIK
Kalau kita boleh menjadi LEBIH BAIK
Dan jangan berpuas hati dengan LEBIH BAIK
Jika kita boleh menjadi YANG TERBAIK
JANGAN PERNAH BERHENTI
sehingga BAIK menjadi LEBIH BAIK
dan LEBIH BAIK menjadi YANG TERBAIK...
yakin boleh, pasti boleh
Gomo Sapa Mene
Gomo Kelate Gomo
Wednesday, July 24, 2013
Mereka Tetap Ada Dalam Kehidupan Kita
Kita selalu merindukan dan mengingati mereka yang telah pergi meninggalkan kita dari dunia yang fana ini. Namun sedar atau tidak mereka tidak pernah pergi daripada kita, lihatlah sekeliling kita, ada ayah, ibu, abang, kakak, makcik, pakcik, anak dan cucu yang hadir dalam hidup kita yang merupakan warisan darah daging mereka termasuk kita.
Mereka telah pergi selama-lamanya, namun mereka tetap hidup selamanya dalam kehidupan kita melalui pewaris mereka. Sedar atau tidak doa yang kita panjatkan kepada mereka dalam setiap sujud kita membuatkan mereka akan sentiasa hidup dan segar dalam ingatan. Dan kerana itu wajah orang-orang yang kita kasihi dan bermakna dalam hidup kita akan tetap segar dalam ingatan dan tidak akan pernah pudar sama ada ketika mereka hidup atau ketika mereka tiada lagi.
Anak-anak yg sentiasa mendoakan dan hidup dalam amalan kebaikan, pasti doa dan amalan anak-anak yg soleh itu akan sampai kepada arwah ibu bapa yang telah tiada lagi. Ianya berupa pahala yang mengalir terus ke alam barzah tanpa henti-henti. Hal ini akan akan berterusan sehingga tiba waktunya untuk kita pula.
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ayah dan ibu) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’ (17) ayat 24) Al fatihah untuk orang-orang yang kita sayangi dan telah pergi dahulu meninggalkan kita

Tuesday, July 23, 2013
Benarkah itu Cinta
SEINDAH PUISI
Benarkah itu Cinta
Cintakan mengundang senyum dan tawa
Tetapi mengapa selalu kuyup dengan air mata
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan rasa bahagia
Tetapi mengapa luka dan duka yang selalu menerpa
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan kompromi dan penerimaan
Tetapi mengapa sering bertikam lidah penuh penolakan
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan sikap ambil peduli dan perhatian
Tetapi mengapa berterusan diam membisu dan tidak ambil tahu
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan penuh kasih sayang
Tetapi mengapa seakan ada benci yang datang
Benarkah itu Cinta
Atau perasaan yang biasa-biasa sahaja
Saat kesepian dan kesunyian datang menerpa
Lalu akukah atau engkaukah yang dengan segaja membina istana pasir
Di tepi pantai yang penuh bergelora

Tuesday, July 16, 2013
NIK SHAHRUL AKA POK NIK PEMAIN MUDA TERBAIK LIGA 2012/2013 PILIHAN GOAL.COM
Nik Sharul aka Pok Nik... pemain pertahanan Kelate TRW... muda dan bahaya
Semakin hari semakin berbisa
Moga terus menimba ilmu dan pengalaman bersama Kelate TRW
Semoga bintangmu terus bersinar
Moga dirimu sentiasa mengingati rumput di bumi
Walaupun nanti menjadi bintang di langit nan tinggi.
Semoga terus berjaya dan menaikkan nama Kelantan dan Malaysia di mata dunia.
Kerana anda menjadi kebanggaan keluarga kita.
Super duper osemmmm
Gomo Kelate Gomo... ~~Mc'K~
p/s
-Untuk rekod Nik Shahrul aka PokNik kito juga telah dinobatkan sebagai salah seorang Pemain Terbaik Asia dalam ' Pasukan Asia Pilihan Goal.Com bagi bulan Jun 2013.
Pada tahun lepas beliau tercalon sebagai Pemain Harapan Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2012. Walaupun tidak berjaya menerima anugerah tetapi tersenarai sebagai 3 orang calon yang layak ke peringkat akhir, itu sudah cukup menunjukkan pengiktirafan kepada sumbangan dan bakat beliau dalam bolasepak negara.
Gambar osem : Yusran Yusof
PIYA PEMAIN TERBAIK LIGA 2012/2013 PILIHAN GOAL.COM
Piya Piya oh Piya Piya
Bukan sengaja nak memuji
Bukan sengaja 'nok nyohor' pemain aka kapten kita
Tapi Trek rekod yg menunjukkan 'ini adalah fakta dan bukan auta'
Dalam seramai-ramai pemain serta pasukan di Malaysia yg beraksi di pentas MSL, Goal. Com dengan bangganya telah memilih kapten kesayangan rakyat Kelantan sebagai
PEMAIN TERBAIK &
PEMAIN TENGAH TERBAIK
Bukan kita yg pilih... bukan kita yg mengundi
Tapi laman web bolasepak terkemuka dunia yg membuat pilihan.
Dan pilihan ini bukan asing bagi kita kerana sebelum ini laman web yg sama telah beberapa kali mengiktiraf bakat dan kebolehan Piya
Untuk Rekod, dikongsikan sekali lagi trek rekod kapten kita yg sungguh membanggakan kita semua...
Kapten Kelantan Badhri Radzi aka PIYA sekali lagi dipilih oleh laman bolasepak terkemuka dunia Goal. Com dalam 'Malaysia Super League Team of The Week' sebagai Pemain tengah pasukan Kelantan yang sentiasa bekerja keras dan sangat dinamik membantu kedua-dua barisan serangan dan pertahanan Kelantan.
Dalam pertarungan menentang Johor Darul Takzim, Piya telah menunjukkan permainan yang lebih baik sehingga 'outclassed' Safiq Rahim (Piya outclassed the seemingly lethargic Safiq Rahim). Hanya Rajagobal sahaja yang tahu mengapa PIYA berterusan tertinggal dalam skuad pasukan kebangsaan. – Petikan Goal.Com (21/1/2013)
Pemain Kelantan yang turut disenaraikan bersama Piya ialah Nik Shahrul Azim. Dalam laman yang sama Piya telah diberikan 4 bintang dan Nik Shahrul 3 1/2 bintang daripada 5 bintang kesemuanya ketika menentang Johor Darul Takzim. Tahniah Piya dan Nik Shahrul. Teruskan perjuangan dan BE THE BEST!
Untuk Rekod Piya sebelum ini telah dipilih oleh laman bola Goal.Com sebagai pemain PILIHAN ASIA OKTOBER 2012 daripada pemain-pemain terbaik dari negara Asia yang lain. Goal. Com juga telah menobatkan Piya sebagai pemain yang mempunyai kehebatan "A strong tackler with an eye for a killer pass" (Seorang yang mempunyai ketajaman radar mata yang mampu membuat hantaran maut ke gol lawan")
Super duper osem Kapten kito
Teruskan mengibarkan bendera Kelantan
Menuju puncak kejayaan di Piala Malaysia pula
Bawa pulang Piala Malaysia ke THIS IS KOTA BHARU
Gomo sapa mene
Gomo Kelate Gomo!!!
*Terima kasih kepada empunya gambar.
Saturday, July 13, 2013
Saturday, July 06, 2013
Friday, July 05, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)