Tuesday, July 16, 2013

PIYA PEMAIN TERBAIK LIGA 2012/2013 PILIHAN GOAL.COM



Piya Piya oh Piya Piya
Bukan sengaja nak memuji
Bukan sengaja 'nok nyohor' pemain aka kapten kita
Tapi Trek rekod yg menunjukkan 'ini adalah fakta dan bukan auta'

Dalam seramai-ramai pemain serta pasukan di Malaysia yg beraksi di pentas MSL, Goal. Com dengan bangganya telah memilih kapten kesayangan rakyat Kelantan sebagai

PEMAIN TERBAIK &
PEMAIN TENGAH TERBAIK

Bukan kita yg pilih... bukan kita yg mengundi
Tapi laman web bolasepak terkemuka dunia yg membuat pilihan.

Dan pilihan ini bukan asing bagi kita kerana sebelum ini laman web yg sama telah beberapa kali mengiktiraf bakat dan kebolehan Piya

Untuk Rekod, dikongsikan sekali lagi trek rekod kapten kita yg sungguh membanggakan kita semua...

Kapten Kelantan Badhri Radzi aka PIYA sekali lagi dipilih oleh laman bolasepak terkemuka dunia Goal. Com dalam 'Malaysia Super League Team of The Week' sebagai Pemain tengah pasukan Kelantan yang sentiasa bekerja keras dan sangat dinamik membantu kedua-dua barisan serangan dan pertahanan Kelantan.
Dalam pertarungan menentang Johor Darul Takzim, Piya telah menunjukkan permainan yang lebih baik sehingga 'outclassed' Safiq Rahim (Piya outclassed the seemingly lethargic Safiq Rahim). Hanya Rajagobal sahaja yang tahu mengapa PIYA berterusan tertinggal dalam skuad pasukan kebangsaan. – Petikan Goal.Com (21/1/2013)

Pemain Kelantan yang turut disenaraikan bersama Piya ialah Nik Shahrul Azim. Dalam laman yang sama Piya telah diberikan 4 bintang dan Nik Shahrul 3 1/2 bintang daripada 5 bintang kesemuanya ketika menentang Johor Darul Takzim. Tahniah Piya dan Nik Shahrul. Teruskan perjuangan dan BE THE BEST!

Untuk Rekod Piya sebelum ini telah dipilih oleh laman bola Goal.Com sebagai pemain PILIHAN ASIA OKTOBER 2012 daripada pemain-pemain terbaik dari negara Asia yang lain. Goal. Com juga telah menobatkan Piya sebagai pemain yang mempunyai kehebatan "A strong tackler with an eye for a killer pass" (Seorang yang mempunyai ketajaman radar mata yang mampu membuat hantaran maut ke gol lawan")

Super duper osem Kapten kito
Teruskan mengibarkan bendera Kelantan
Menuju puncak kejayaan di Piala Malaysia pula
Bawa pulang Piala Malaysia ke THIS IS KOTA BHARU
Gomo sapa mene
Gomo Kelate Gomo!!!

*Terima kasih kepada empunya gambar.

No comments: