Kita selalu merindukan dan mengingati mereka yang telah pergi meninggalkan kita dari dunia yang fana ini. Namun sedar atau tidak mereka tidak pernah pergi daripada kita, lihatlah sekeliling kita, ada ayah, ibu, abang, kakak, makcik, pakcik, anak dan cucu yang hadir dalam hidup kita yang merupakan warisan darah daging mereka termasuk kita.
Mereka telah pergi selama-lamanya, namun mereka tetap hidup selamanya dalam kehidupan kita melalui pewaris mereka. Sedar atau tidak doa yang kita panjatkan kepada mereka dalam setiap sujud kita membuatkan mereka akan sentiasa hidup dan segar dalam ingatan. Dan kerana itu wajah orang-orang yang kita kasihi dan bermakna dalam hidup kita akan tetap segar dalam ingatan dan tidak akan pernah pudar sama ada ketika mereka hidup atau ketika mereka tiada lagi.
Anak-anak yg sentiasa mendoakan dan hidup dalam amalan kebaikan, pasti doa dan amalan anak-anak yg soleh itu akan sampai kepada arwah ibu bapa yang telah tiada lagi. Ianya berupa pahala yang mengalir terus ke alam barzah tanpa henti-henti. Hal ini akan akan berterusan sehingga tiba waktunya untuk kita pula.
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ayah dan ibu) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’ (17) ayat 24) Al fatihah untuk orang-orang yang kita sayangi dan telah pergi dahulu meninggalkan kita
No comments:
Post a Comment