Pada satu ketika dulu, saya balik kampong dan membantu arwah nenek saya mengukus ketupat palas menggunakan periuk kukus dgn dapur kayu. Di atara bhgn atas periuk kukus dan bhgn bawah yang berisi air dilitkan dengan tuala basah supaya wapnya tidak keluar dan ketupat cepat masak. Oleh kerana ketupat agak banyak dan berat, arwah nenek saudara saya menyuruh saya membantunya mengangkat. Saya pun angkat periuk kukus bhgn atas dari atas api dan tanpa sedar terangkat sekali dengan bhgn bawah periuk yg berisi air. Apa lagi..bhgn yg berisi air tanggal daripada bhgn atas dan seluruh air yg mengelegak tercurah atas peha saya. Peha hingga betis saya jadi merah macam udang kena bakar dan terasa pedih dan sakit. Cepat-cepat nenek saya mengambil susu pekat dalam peti ais dan melumurkan ke dua-dua peha saya hingga ke betis. Oleh kerana susu pekat itu sejuk..kesakitan dan pedih berkurangan dan selepas 15 minit, saya basuh seluruh susu daripada peha hingga betis...keadaan peha hingga betis, kelihatan elok...tidak ada kesan melecur atau menggelembung...dan sakitpun hilang. Syukur sangat. Ada gunanya susu pekat dalam peti ais selain utk minuman dan membuat kueh-mueh.
Thursday, October 06, 2016
Monday, April 04, 2016
Saing Baik Vs Saing Biasa
Meme beza saing baik denge saing biasa. Saing baik rumah dia supo rumoh kito...Dio ado sokmo masa suko & duko...Pas dio tok caro mano bab pitis kalu seriya dua...halal beralal sokmo...Pas dio tok mudoh beraso denge kito...Tok reti dio nok sindir2 kito... meme kalu saloh silap dio oyak..dia tegur...Bila kito happy dia wi support, tok reti nok berdekki de nok menjeles. Syukur sangat denge saing2 baik lagu ni. Demo lagu ni meme permata hok berharga dale hidup kito. Meme kito patut raikan demo ni supo demo ni raikan kito...Syukur Ya Allah.
Tuesday, January 26, 2016
Keserasian
Keserasian dalam hubungan itu ada masanya sukar untuk dipercayai. Ada masa orang yang kita baru kenal, kita boleh 'klik' dan menjadi serasi. Ada masa orang yang kita kenal bertahun pun kita tidak merasa begitu serasi. Keserasian itu ada masa terjadi secara semulajadi. Mungkin ada banyak persamaan antara satu sama lain. Saling mengambil berat, saling pandai mengambil hati...saling berada di sisi dalam susah dan senang, saling menerima satu sama lain tanpa syarat, saling menerima satu sama lain seadanya dan yang paling penting saling berkasih sayang. Keserasian tidak boleh dipaksa. Kalau kita merasa tidak serasi , it's ok... itu bukan perkara luar biasa. Keserasian itu satu anugerah, jika kita tidak serasi dengan seseorang, mungkin Allah anugerahkan kita serasi dengan yang lain. Syukur dan redha dalam menerima takdir Allah.
Hubungan Rapat
Ada orang rapat tahap tempat kerja
Ada orang rapat tahap media sosial...tak pernah jumpa pun
Ada orang rapat tahap ziarah ke rumah antara satu sama lain
Ada orang rapat tahap sharing secret
Ada orang rapat tahap boleh pinjam duit...Ada orang rapat sampai boleh tegur-menegur... yang pasti kena kenal pasti tahap RAPAT ...kerana setiap orang ada "preferences" /pilihan sendiri dgn siapa mereka memilih utk rapat dan sebab apa mereka menjadi rapat...
#notetoself
Ada orang rapat tahap media sosial...tak pernah jumpa pun
Ada orang rapat tahap ziarah ke rumah antara satu sama lain
Ada orang rapat tahap sharing secret
Ada orang rapat tahap boleh pinjam duit...Ada orang rapat sampai boleh tegur-menegur... yang pasti kena kenal pasti tahap RAPAT ...kerana setiap orang ada "preferences" /pilihan sendiri dgn siapa mereka memilih utk rapat dan sebab apa mereka menjadi rapat...
#notetoself
Tuesday, January 12, 2016
Monday, January 11, 2016
Buat Keputusan Yang Membawa Kebaikan Dunia Dan Akhirat
Bila kita berada di persimpangan dalam membuat keputusan
Kita harus memilih keputusan yg membawa kebaikan dunia dan akhirat
Andai kata keputusan tersebut mengundang masalah dan tidak mendatangkan kebaikan kepada kehidupan kita di duniawi
Ingatlah kebesaran Allah
Biarkan Allah menjadi saksi
Biarlah kita dapat tidur lena dgn keputusan itu
Biarlah keputusan dgn petunjuk Allah itu akan terus membuatkan kita tidur lena sehingga bercerai jasad dan nyawa.
Alhamdulillah, aku berserah semua kepadaMu Ya Allah
Kita harus memilih keputusan yg membawa kebaikan dunia dan akhirat
Andai kata keputusan tersebut mengundang masalah dan tidak mendatangkan kebaikan kepada kehidupan kita di duniawi
Ingatlah kebesaran Allah
Biarkan Allah menjadi saksi
Biarlah kita dapat tidur lena dgn keputusan itu
Biarlah keputusan dgn petunjuk Allah itu akan terus membuatkan kita tidur lena sehingga bercerai jasad dan nyawa.
Alhamdulillah, aku berserah semua kepadaMu Ya Allah
Wednesday, December 23, 2015
Tuesday, December 15, 2015
Wednesday, September 09, 2015
Tuesday, June 23, 2015
Kenangan Ramadhan: Berpuasa Paling Lama Di Musim Panas
Pengalaman berpuasa di tempat orang... puasa musim sejuk memang sangat pendek tetapi Ya Allah dugaannya menahan lapar yg melampau di suasana sejuk, tuhan saja yg tahu. Paling tidak dilupakan ialah pengalaman berpuasa di musim panas di Melbourne. Pada waktu puasa itu, dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur Malaysia. Kononnya jam masih waktu Melbourne di tangan dan akan berbuka dalam pesawat. Selepas kapal terbang berlepas...ada pengumuman memaklumkan semua penumpang yang menaikki pesawat akan berbuka pada zon maghrib yang akan dilalui selepas itu. Adusss seksanya berbelas jam berpuasa sebelum berbuka kerana musim panas pada hari-hari biasa di Melbourne dan pada hari itu terpaksa berpuasa extra panjang kerana menunggu zon maghrib. Sebagai musafir memang boleh berbuka tetapi puasa tetap diteruskan. Kami kemudian berbuka bila gelincir matahari...sungguh indah sekali permandangan maghrib berada di atas udara. Teringat pramugari yang sungguh manis membawakan teh tarik yg sangat sedap semasa berbuka. Kenangan ramadan yang sukar dilupakan.
Kenangan Ramadhan: Mengutip Tembakau Di Bulan Puasa
Pada satu ketika dahulu zaman form 3 di bulan puasa. Me dan my cousin menolong arwah mok dan che mengutip daun tembakau di Beris. Tuhanlah tahu mengutip daun tembakau dari pagi hingga tengahari dan membawa ke petang. Cuaca panas dan dalam keadaan berpuasa. Daun tembakau punya subur sampai kena merangkak di tengah-tengah batas waktu mengutip. Ingat lagi pada tengahari tu my cousin cakap dengan arwah mok... dia tiba-tiba uzur... Mok pun pergila cari air bagi pada my cousin. I pun tengokla my cousin minum air. Ya Allah walaupun air sejuk... terasa sedapnya bila berada di tengah terik mentari. Malamnya, lepas berbuka, sambil bergurau I cakap dgn cousin I... wah kak sedapnya kak uzur...boleh minum air... dia senyum dan buat muka nakal... Kak bukan uzur..kak tak tahan ...hehehehe kami ketawa sakan... adoiiiii tergelak-gelak... pastu I menambah " kenapa kak tak cakap... kalau tidak maa join sekali... rasa cam nak mati tadi" ujarku sambil bergurau dengan ketawa yg panjang.
Kenangan Ramadhan : Air Batu Dalam Serbuk Kayu
Teringat pada zaman kecil dahulu di kampongku. Pada petang ramadhan ramai orang akan menunggu lori yg menjual air batu di tepi jalan. Bongkah air batu dalam serbuk kayu kemudian dicuci dan disimpan di dalam termos utk digunakan bila berbuka.
Subscribe to:
Posts (Atom)