Tahniah Lionel Messi di atas kejayaan anda yang super duper osem. Lebih membanggakan bila bintang bola sepak dunia ini memberikan kredit kepada rakan sepasukan di atas kejayaan beliau." Satu pengiktirafan kepada sumbangan pasukan kami, Barcelona, " ujar beliau yang juga Kapten Argentina. GKG
Thursday, November 21, 2013
Messi Super Duper Osem
Tahniah Lionel Messi di atas kejayaan anda yang super duper osem. Lebih membanggakan bila bintang bola sepak dunia ini memberikan kredit kepada rakan sepasukan di atas kejayaan beliau." Satu pengiktirafan kepada sumbangan pasukan kami, Barcelona, " ujar beliau yang juga Kapten Argentina. GKG
Monday, July 29, 2013
SEINDAH PUISI: PILIHLAH UNTUK BAHAGIA
SEINDAH PUISI
PILIHLAH UNTUK BAHAGIA
Ada orang yang memilih untuk terus terluka
Pada sebuah kehilangan
Pada sebuah perpisahan
Pada sebuah percintaan
Mengapa memilih bersedih daripada tersenyum
Mengapa memilih berduka daripada bergembira
Mengapa memilih menitis air mata daripada ketawa bahagia
Masa tidak menunggu kita tersenyum untuk berlalu pergi
Masa tidak menunggu kita gembira untuk meninggalkan kita
Masa tidak menunggu kita tertawa gembira dan bahagia untuk hilang begitu sahaja
Ayuh, jangan dipersiakan masa
Teruskan kehidupan seperti biasa
Jangan merintih sakit, pedih, penat dan lelah
Jangan memilih untuk terus dalam kegelapan sedangkan sinar mentari masih ada setiap hari untuk menyinari kehidupan ini
Jangan memilih untuk hidup di masa lalu
Bila kita boleh memilih untuk hidup di masa hadapan dengan penuh pengharapan.
Mckelate, Kota Samarahan
PILIHLAH UNTUK BAHAGIA
Ada orang yang memilih untuk terus terluka
Pada sebuah kehilangan
Pada sebuah perpisahan
Pada sebuah percintaan
Mengapa memilih bersedih daripada tersenyum
Mengapa memilih berduka daripada bergembira
Mengapa memilih menitis air mata daripada ketawa bahagia
Masa tidak menunggu kita tersenyum untuk berlalu pergi
Masa tidak menunggu kita gembira untuk meninggalkan kita
Masa tidak menunggu kita tertawa gembira dan bahagia untuk hilang begitu sahaja
Ayuh, jangan dipersiakan masa
Teruskan kehidupan seperti biasa
Jangan merintih sakit, pedih, penat dan lelah
Jangan memilih untuk terus dalam kegelapan sedangkan sinar mentari masih ada setiap hari untuk menyinari kehidupan ini
Jangan memilih untuk hidup di masa lalu
Bila kita boleh memilih untuk hidup di masa hadapan dengan penuh pengharapan.
Mckelate, Kota Samarahan
Oohhh…oohh Balik Kampong…
Walau di mana berada di dunia ini
Kampung halaman tetap di hati
Pastinya kepada anak-anak Kelantan yang berada di perantauan
Hati meronta-ronta untuk balik ke kampung halaman
bersama berpuasa dan menyambut hari raya bersama keluarga, kawan dan sanak saudara
Mode balik kampung ON
Minggu ni pasti ramai yang akan balik kampung.
Hati-hati di jalan raya
Welcome home, THIS IS KOTA BHARU
Home of Kelantan The Red Warriors
BINA SEBUAH KEJAYAAN DENGAN MENJADI YANG TERBAIK
Jangan berpuas hati dengan BAIK
Kalau kita boleh menjadi LEBIH BAIK
Dan jangan berpuas hati dengan LEBIH BAIK
Jika kita boleh menjadi YANG TERBAIK
JANGAN PERNAH BERHENTI
sehingga BAIK menjadi LEBIH BAIK
dan LEBIH BAIK menjadi YANG TERBAIK...
yakin boleh, pasti boleh
Gomo Sapa Mene
Gomo Kelate Gomo
Wednesday, July 24, 2013
Mereka Tetap Ada Dalam Kehidupan Kita
Kita selalu merindukan dan mengingati mereka yang telah pergi meninggalkan kita dari dunia yang fana ini. Namun sedar atau tidak mereka tidak pernah pergi daripada kita, lihatlah sekeliling kita, ada ayah, ibu, abang, kakak, makcik, pakcik, anak dan cucu yang hadir dalam hidup kita yang merupakan warisan darah daging mereka termasuk kita.
Mereka telah pergi selama-lamanya, namun mereka tetap hidup selamanya dalam kehidupan kita melalui pewaris mereka. Sedar atau tidak doa yang kita panjatkan kepada mereka dalam setiap sujud kita membuatkan mereka akan sentiasa hidup dan segar dalam ingatan. Dan kerana itu wajah orang-orang yang kita kasihi dan bermakna dalam hidup kita akan tetap segar dalam ingatan dan tidak akan pernah pudar sama ada ketika mereka hidup atau ketika mereka tiada lagi.
Anak-anak yg sentiasa mendoakan dan hidup dalam amalan kebaikan, pasti doa dan amalan anak-anak yg soleh itu akan sampai kepada arwah ibu bapa yang telah tiada lagi. Ianya berupa pahala yang mengalir terus ke alam barzah tanpa henti-henti. Hal ini akan akan berterusan sehingga tiba waktunya untuk kita pula.
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ayah dan ibu) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’ (17) ayat 24) Al fatihah untuk orang-orang yang kita sayangi dan telah pergi dahulu meninggalkan kita
Mereka telah pergi selama-lamanya, namun mereka tetap hidup selamanya dalam kehidupan kita melalui pewaris mereka. Sedar atau tidak doa yang kita panjatkan kepada mereka dalam setiap sujud kita membuatkan mereka akan sentiasa hidup dan segar dalam ingatan. Dan kerana itu wajah orang-orang yang kita kasihi dan bermakna dalam hidup kita akan tetap segar dalam ingatan dan tidak akan pernah pudar sama ada ketika mereka hidup atau ketika mereka tiada lagi.
Anak-anak yg sentiasa mendoakan dan hidup dalam amalan kebaikan, pasti doa dan amalan anak-anak yg soleh itu akan sampai kepada arwah ibu bapa yang telah tiada lagi. Ianya berupa pahala yang mengalir terus ke alam barzah tanpa henti-henti. Hal ini akan akan berterusan sehingga tiba waktunya untuk kita pula.
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ayah dan ibu) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’ (17) ayat 24) Al fatihah untuk orang-orang yang kita sayangi dan telah pergi dahulu meninggalkan kita
Tuesday, July 23, 2013
Benarkah itu Cinta
SEINDAH PUISI
Benarkah itu Cinta
Cintakan mengundang senyum dan tawa
Tetapi mengapa selalu kuyup dengan air mata
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan rasa bahagia
Tetapi mengapa luka dan duka yang selalu menerpa
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan kompromi dan penerimaan
Tetapi mengapa sering bertikam lidah penuh penolakan
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan sikap ambil peduli dan perhatian
Tetapi mengapa berterusan diam membisu dan tidak ambil tahu
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan penuh kasih sayang
Tetapi mengapa seakan ada benci yang datang
Benarkah itu Cinta
Atau perasaan yang biasa-biasa sahaja
Saat kesepian dan kesunyian datang menerpa
Lalu akukah atau engkaukah yang dengan segaja membina istana pasir
Di tepi pantai yang penuh bergelora
Mckelate, Kota Samarahan
Benarkah itu Cinta
Cintakan mengundang senyum dan tawa
Tetapi mengapa selalu kuyup dengan air mata
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan rasa bahagia
Tetapi mengapa luka dan duka yang selalu menerpa
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan kompromi dan penerimaan
Tetapi mengapa sering bertikam lidah penuh penolakan
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan sikap ambil peduli dan perhatian
Tetapi mengapa berterusan diam membisu dan tidak ambil tahu
Benarkah itu Cinta
Cintakan datang dengan penuh kasih sayang
Tetapi mengapa seakan ada benci yang datang
Benarkah itu Cinta
Atau perasaan yang biasa-biasa sahaja
Saat kesepian dan kesunyian datang menerpa
Lalu akukah atau engkaukah yang dengan segaja membina istana pasir
Di tepi pantai yang penuh bergelora
Mckelate, Kota Samarahan
Tuesday, July 16, 2013
NIK SHAHRUL AKA POK NIK PEMAIN MUDA TERBAIK LIGA 2012/2013 PILIHAN GOAL.COM
Nik Sharul aka Pok Nik... pemain pertahanan Kelate TRW... muda dan bahaya
Semakin hari semakin berbisa
Moga terus menimba ilmu dan pengalaman bersama Kelate TRW
Semoga bintangmu terus bersinar
Moga dirimu sentiasa mengingati rumput di bumi
Walaupun nanti menjadi bintang di langit nan tinggi.
Semoga terus berjaya dan menaikkan nama Kelantan dan Malaysia di mata dunia.
Kerana anda menjadi kebanggaan keluarga kita.
Super duper osemmmm
Gomo Kelate Gomo... ~~Mc'K~
p/s
-Untuk rekod Nik Shahrul aka PokNik kito juga telah dinobatkan sebagai salah seorang Pemain Terbaik Asia dalam ' Pasukan Asia Pilihan Goal.Com bagi bulan Jun 2013.
Pada tahun lepas beliau tercalon sebagai Pemain Harapan Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2012. Walaupun tidak berjaya menerima anugerah tetapi tersenarai sebagai 3 orang calon yang layak ke peringkat akhir, itu sudah cukup menunjukkan pengiktirafan kepada sumbangan dan bakat beliau dalam bolasepak negara.
Gambar osem : Yusran Yusof
PIYA PEMAIN TERBAIK LIGA 2012/2013 PILIHAN GOAL.COM
Piya Piya oh Piya Piya
Bukan sengaja nak memuji
Bukan sengaja 'nok nyohor' pemain aka kapten kita
Tapi Trek rekod yg menunjukkan 'ini adalah fakta dan bukan auta'
Dalam seramai-ramai pemain serta pasukan di Malaysia yg beraksi di pentas MSL, Goal. Com dengan bangganya telah memilih kapten kesayangan rakyat Kelantan sebagai
PEMAIN TERBAIK &
PEMAIN TENGAH TERBAIK
Bukan kita yg pilih... bukan kita yg mengundi
Tapi laman web bolasepak terkemuka dunia yg membuat pilihan.
Dan pilihan ini bukan asing bagi kita kerana sebelum ini laman web yg sama telah beberapa kali mengiktiraf bakat dan kebolehan Piya
Untuk Rekod, dikongsikan sekali lagi trek rekod kapten kita yg sungguh membanggakan kita semua...
Kapten Kelantan Badhri Radzi aka PIYA sekali lagi dipilih oleh laman bolasepak terkemuka dunia Goal. Com dalam 'Malaysia Super League Team of The Week' sebagai Pemain tengah pasukan Kelantan yang sentiasa bekerja keras dan sangat dinamik membantu kedua-dua barisan serangan dan pertahanan Kelantan.
Dalam pertarungan menentang Johor Darul Takzim, Piya telah menunjukkan permainan yang lebih baik sehingga 'outclassed' Safiq Rahim (Piya outclassed the seemingly lethargic Safiq Rahim). Hanya Rajagobal sahaja yang tahu mengapa PIYA berterusan tertinggal dalam skuad pasukan kebangsaan. – Petikan Goal.Com (21/1/2013)
Pemain Kelantan yang turut disenaraikan bersama Piya ialah Nik Shahrul Azim. Dalam laman yang sama Piya telah diberikan 4 bintang dan Nik Shahrul 3 1/2 bintang daripada 5 bintang kesemuanya ketika menentang Johor Darul Takzim. Tahniah Piya dan Nik Shahrul. Teruskan perjuangan dan BE THE BEST!
Untuk Rekod Piya sebelum ini telah dipilih oleh laman bola Goal.Com sebagai pemain PILIHAN ASIA OKTOBER 2012 daripada pemain-pemain terbaik dari negara Asia yang lain. Goal. Com juga telah menobatkan Piya sebagai pemain yang mempunyai kehebatan "A strong tackler with an eye for a killer pass" (Seorang yang mempunyai ketajaman radar mata yang mampu membuat hantaran maut ke gol lawan")
Super duper osem Kapten kito
Teruskan mengibarkan bendera Kelantan
Menuju puncak kejayaan di Piala Malaysia pula
Bawa pulang Piala Malaysia ke THIS IS KOTA BHARU
Gomo sapa mene
Gomo Kelate Gomo!!!
*Terima kasih kepada empunya gambar.
Saturday, July 13, 2013
Saturday, July 06, 2013
Friday, July 05, 2013
Sunday, June 16, 2013
Abahku Sayang
Abahku sayang, I may find my prince but you will always be my King...
Kau yang menyayangiku tanpa pernah jemu, kasih sayangmu tidak pernah pudar dan luntur. Hidup ini menjadi sangat indah dan bererti dengan kehadiranmu disisi. Budi dan jasamu tidak terbalas terutama doa2mu yang tulus ikhlas dan suci murni untukku. Syukur masih ada dirimu utk menumpang kasih dan manja. Always in my heart. Love you till the end of time. Terima kasih Allah atas nikmat kasih sayang ini yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Thursday, June 13, 2013
Tuhan Menganugerahi Kita Setia
Bukankah Tuhan menganugerahi kita setia,
untuk cinta kita yang berada tetap ditempatnya semula,
ia tak pergi kemana-mana.
Atau mungkin juga,
Tuhan mengirim sedikit luka atas sunyi yang meraja,
untuk kita belajar menghargai bahagia atas waktu bersama.
Karena sesungguhnya,
tak ada luka yg sia-sia,
tak ada airmata yang tak punya makna.
: Mereka belajar bahagia dengan menterjemahkan duka.
-Tia Setiawati Priatna
p/s Karena setia adalah cinta yang mulia
Wednesday, June 12, 2013
Mereka dititip tuhan untuk kita
Hargailah mereka yang hadir dalam hidup kita dan menyayangi dan menerima kita seadanya. Mereka bukan hadir secara kebetulan, ianya aturan tuhan yang datang bersama hikmah dan rahmatNya.
Wednesday, May 29, 2013
Lorong Bahagia
Bolehkah berpura-pura sayang...
Bolehkah berpura-pura rindu...
Bolehkah berpura-pura cinta...
Apa yang lahir di hati akan menuju ke hati
Semoga lorong kasih sayang itu akan membawa bahagia
Namun jika bahagia itu bukan milik kita
Pasrah dan terima seadanya
Semoga Allah memberi panduan dan menunjukkan jalan
Serta memberi kita sebuah kekuatan...
mckelate
Kota Samarahan
29 Mei 2013
Bolehkah berpura-pura rindu...
Bolehkah berpura-pura cinta...
Apa yang lahir di hati akan menuju ke hati
Semoga lorong kasih sayang itu akan membawa bahagia
Namun jika bahagia itu bukan milik kita
Pasrah dan terima seadanya
Semoga Allah memberi panduan dan menunjukkan jalan
Serta memberi kita sebuah kekuatan...
mckelate
Kota Samarahan
29 Mei 2013
Monday, May 27, 2013
Jangan Mudah Menyerah Sayang
Jangan mudah menyerah sayang
Jangan mudah mengalah
Jangan menjadi lemah
Jalan nan gelap akan bercahaya
Dengan solat dan doa
Dan yakinlah pada pertemuan itu
Kerana kau akan menemui aku di situ
mckelate
Kota Samarahan
27 Mei 2013
Jangan mudah mengalah
Jangan menjadi lemah
Jalan nan gelap akan bercahaya
Dengan solat dan doa
Dan yakinlah pada pertemuan itu
Kerana kau akan menemui aku di situ
mckelate
Kota Samarahan
27 Mei 2013
Friday, May 24, 2013
Akan Tiba Hari Yang Indah
Bila memandang ke langit biru
Merenung harapan dan masa depan
Hati berbunga rasa gembira dan bahagia
Kerana rindu ini diringi dengan doa
Biar hari-hari berlalu pergi
Agar tiba nanti hari yang indah
Untuk menyatukan setia dan rindu kita selamanya
mckelate
Kota Samarahan
24 Mei 2013
Merenung harapan dan masa depan
Hati berbunga rasa gembira dan bahagia
Kerana rindu ini diringi dengan doa
Biar hari-hari berlalu pergi
Agar tiba nanti hari yang indah
Untuk menyatukan setia dan rindu kita selamanya
mckelate
Kota Samarahan
24 Mei 2013
Rindu Kita Pasti Bertemu
Sudah lama aku menyimpan berkas-berkas rindu ini
Sehingga ia menjadi membukit di kamar hatiku
Tuhan tidak memisahkan kita
Kerana aku tetap yakin pada sebuah pertemuan
Pada sinar mentari di waktu siang
Pada sinaran rembulan di waktu malam
Bila kita sama-sama melihat bintang
Rindu kita pasti bertemu
Bila sampai waktu...
mckelate
Kota Samarahan
24 Mei 2013
Sehingga ia menjadi membukit di kamar hatiku
Tuhan tidak memisahkan kita
Kerana aku tetap yakin pada sebuah pertemuan
Pada sinar mentari di waktu siang
Pada sinaran rembulan di waktu malam
Bila kita sama-sama melihat bintang
Rindu kita pasti bertemu
Bila sampai waktu...
mckelate
Kota Samarahan
24 Mei 2013
Doaku Untukmu Selalu
Aku tidak pernah lupa berdoa
moga kau didekatkan lagi dengan Allah.
moga dikukuhkan iman
moga dimakbulkan segala doa.
moga tercapai segala impian
moga kau bersemangat dan kuat sepanjang perjalanan
sungguh kau tidak mempunyai jawapan kenapa kau masih dalam perjalanan
namun kau akan menemui jawapannya nanti
tuhan akan memberi petunjuk kepadamu, itu yang pasti
semoga takdir tuhan menemukan kita nanti
mckelate
Samarahan
23 Mei 2013
Aku Tetap Menantimu
Kau masih tersesat lagi sayang...
Kuatkan tekadmu
Kuatkan niatmu
Pandanglah ke depan dan tersenyumlah
Kerana doaku untukmu selalu
Pasti kau akan berjaya menemuiku
Kerana aku tidak kemana-mana
Aku akan selalu ada menantimu
Masanya belum tiba, jadi teruskan perjalananmu
Pasti nantikan bertemu
Kau dan aku...
mckelate
Kota Samarahan
23 Mei 2013
Kuatkan tekadmu
Kuatkan niatmu
Pandanglah ke depan dan tersenyumlah
Kerana doaku untukmu selalu
Pasti kau akan berjaya menemuiku
Kerana aku tidak kemana-mana
Aku akan selalu ada menantimu
Masanya belum tiba, jadi teruskan perjalananmu
Pasti nantikan bertemu
Kau dan aku...
mckelate
Kota Samarahan
23 Mei 2013
Thursday, May 23, 2013
Kalau Boleh...
Apa juga yang datang...kuterima dengan redha
Apa juga yang berlalu pergi kuterima dengan hati terbuka Tiada sedikitpun dendam malah aku berlapang dada
Semuanya kuanggap takdir Ilahi...
Kalau boleh ingin sentiasa bersama keluarga dan kawan-kawan tersayang sepanjang masa
Ingin membahagiakan mereka dengan apa yang kumiliki walaupun sekadar sebuah senyuman paling manis
Kalau boleh ingin berdoa dengan doa yang panjang agar tidak satupun orang yang kusayangi tertinggal dalam doaku
Kalau boleh ingin menjadikan impian dan angan-angan sebagai realiti
Kalau boleh ingin terus bermimpi, jika dengan bermimpi itu, ia menjadi kenyataan
Kalau boleh jangan aku menyakiti hati sesiapa dan jangan hatiku juga disakiti
Kalau boleh aku ingin hanya sedikit bahagia dalam lautan bahagia milikMu yang maha luas ini , dalam kehidupan yang sementara cuma ini...
mckelate
Kota Samarahan
21 Mei 2013
Monday, May 20, 2013
Berdua Jauh :Lebih Indah
Dalam ribuan langkah menuju bahagia
Bila kita bisa berjalan berdua,
Sambil bergenggaman tangan,
Untuk menuju ke masa depan,
Mengapa memutuskan untuk berlari sendirian
Bukankah berdua itu jauh lebih indah...
- Tia Setiawati Priatna (karena puisi itu indah)
* Tia, Puisimu sungguh syahdu...menjadikan aku pengikutmu yang setia...puisimu sememangnya indah...tq Tia...
Bila kita bisa berjalan berdua,
Sambil bergenggaman tangan,
Untuk menuju ke masa depan,
Mengapa memutuskan untuk berlari sendirian
Bukankah berdua itu jauh lebih indah...
- Tia Setiawati Priatna (karena puisi itu indah)
* Tia, Puisimu sungguh syahdu...menjadikan aku pengikutmu yang setia...puisimu sememangnya indah...tq Tia...
Saturday, May 18, 2013
Semuanya Pasti Indah
Saling menyayangi itu indah
Saling mencintai itu indah
Saling memahami itu indah
Saling mengingati itu indah
Saling merindui itu indah
Saling memaafkan itu indah
Segalanya pasti indah jika ditambah dengan kesetiaan
Saling mencintai itu indah
Saling memahami itu indah
Saling mengingati itu indah
Saling merindui itu indah
Saling memaafkan itu indah
Segalanya pasti indah jika ditambah dengan kesetiaan
mckelate 17 Mei 2013
Kota Samarahan
Wednesday, May 08, 2013
Bahagia itu...
Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia begitu kata-kata HAMKA...namun kepahitan dan kemanisan hidup belum tentu membawa bahagia kepada sekeping hati yang tercari-cari sekeping lagi hati sebagai pasangannya untuk bersama membina kebahagiaan itu dunia dan akhirat.
Pejamkan Matamu Sayang Usahlah Bersedih
Pejamkanlah mata
Sapulah airmata
Hilangkan segala keresahan
Tabahkah hati yang gundah gulana
Biar rindu menemanimu agar terus lena
Biar mimpi indah mendakapmu erat sehingga pagi
Moga esok kau masih boleh mengukir senyuman manis
Moga esok kau akan ceria dan gembira
Mudah-mudahan esok, tiada siapa merenung ke dasar matamu
dan dapat menyelami kesedihan di hatimu...
Kota Samarahan
8 Mei 2013
12.45am
Sapulah airmata
Hilangkan segala keresahan
Tabahkah hati yang gundah gulana
Biar rindu menemanimu agar terus lena
Biar mimpi indah mendakapmu erat sehingga pagi
Moga esok kau masih boleh mengukir senyuman manis
Moga esok kau akan ceria dan gembira
Mudah-mudahan esok, tiada siapa merenung ke dasar matamu
dan dapat menyelami kesedihan di hatimu...
Kota Samarahan
8 Mei 2013
12.45am
Monday, May 06, 2013
Sunday, May 05, 2013
Tuesday, April 30, 2013
Sunday, April 28, 2013
Saturday, April 27, 2013
Dia Bukan Rumah Tempat Hati Menumpang Teduh
.
"Bayangkan dia yang begitu mencintaimu akan pergi suatu hari, barangkali kamu mampu lebih bersyukur, karena masih memilikinya saat ini." -Tia Setiawati Priatna
Terima kasih Tia kerana mengingatkan...namun jika syukur dan penghargaan itu tidak datang, mungkin hati kena akur dan bisa menerima bahawa dia mungkin bukan 'rumah' yang dikurniakan tuhan untuk hati ini menumpang teduh..
"Bayangkan dia yang begitu mencintaimu akan pergi suatu hari, barangkali kamu mampu lebih bersyukur, karena masih memilikinya saat ini." -Tia Setiawati Priatna
Terima kasih Tia kerana mengingatkan...namun jika syukur dan penghargaan itu tidak datang, mungkin hati kena akur dan bisa menerima bahawa dia mungkin bukan 'rumah' yang dikurniakan tuhan untuk hati ini menumpang teduh..
Thursday, April 25, 2013
Bunga Citra Lestari - Karena Ku Cinta Kau
Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar...
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar...
Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...
Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar...
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar...
Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...
Kau...
Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Kutahu kau slalu ingin denganku
Kulakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tau ku cinta kau
Jika kau tak percaya padaku
Sakitnya aku...
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku...
Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...
Kau...
Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Kutahu kau slalu ingin denganku
Kulakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tau ku cinta kau
More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bunga_citra_lestari/
Wednesday, April 24, 2013
Buah Hati Piya
Wah... Kapten Kelate Badhri Radzi aka Piya
yang mempunyai ribuan peminat
sudah mempunyai buah hati pengarang jantung...
Semoga cepat-cepat mendirikan mahligai bahagia....
Friday, April 12, 2013
Aku menanti pertemuan indah denganmu
Semoga dia tidak tersesat jalan dan berjaya menemuiku
Kerana aku menunggu waktu yang ditetapkan tuhan
untuk bertemu denganmu...
Wednesday, April 10, 2013
Saturday, April 06, 2013
Bila Hati Sedang Rindu
Bila hati dihujani dengan rasa rindu yang menebal
Tiada apa yang dapat dilakukan
Melainkan terbayang di mata
Bermain-main di fikiran
Terasa ingin terbang supaya dapat bersama
Mata bertentang mata
Sambil berbicara dengan senyum dan tawa
Hidup sebagai perindu sungguh menyakitkan
Namun tiba masa bersua dan bermesra
Hidup ini indah terasa...
Monday, March 25, 2013
Usah Berharap Pada Yang Tidak Sudi
Usah dikenang orang yang tidak sudi
Cari yang lain sebagai ganti
Jangan bersedih hati
Always...be happy
Wednesday, March 20, 2013
Friday, February 15, 2013
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Berbahagialah mereka yang sentiasa berbahagia dengan pasangan masing-masing dan kita doakan semoga berbahagia berpanjangan sehingga ke anak cucu. Namun ada juga bahagia yang tidak berpanjangan. Disangka panas hingga ke petang, namun hujan di tengahari.
Orang paling sukar untuk melihat bahawa bahagia boleh datang dalam perpisahan. Kebiasaan yang terlihat ialah derita dan kesedihan. Percayalah bukan semua perpisahan itu datang dengan kedukaan, kesedihan dan ratapan air mata. Ada juga perpisahan yang berlaku secara pilihan bersama, secara baik-baik sahaja dan secara TERHORMAT. Terimalah hakikat ini dengan penuh keredhaan.
Jangan ditanya mengapa perpisahan, apatah lagi jika perhubungan adalah dalam masa yang agak panjang. Pasti ada sebab musabab yang tidak dapat dikongsi dan dinyatakan secara umum. Fahamilah, ianya terlalu personal dan melibatkan reputasi dan airmuka seseorang. Mungkin juga airmuka 'mereka dan keluarga mereka' Lebih baik jika soalan ini tidak ditanya. Soalan lain yang sangat biasa ditanya ialah "tidak adakah ruang untuk kembali bersama..." Maaf kenapa harus bertanya soalan seperti ini kalau pertanyaan ini ditujukan kepada seseorang yang sudah matang berfikir, seorang yang mempunyai ilmu dan pendidikan , apatah lagi jika soalan ini ditujukan kepada seseorang yang mempunyai kedudukan yang baik dalam organisasi tempat dia bekerja. Pastinya perpisahan yang berlaku bukan satu perkara yang difikirkan sehari dua. Pastinya bukan satu perkara yang dipandang ringan dan keputusan yang dibuat tergesa-gesa. Pastinya ia telah dibuat dengan mengambil segala pertimbangan, telah difikirkan dari segala sudut dan mungkin juga sudah mendapat bantuan mereka yang pakar dalam hal ini. Oleh itu hormatilah dan fahamilah. Jangan sesekali perpisahan dilihat dalam sudut yang sangat sempit tetapi lihatlah ia dalam sudut yang amat luas. Lihatlah ia sebagai suratan takdir yang tidak dapat dielakkan. Lihatlah ia sebagai satu perkara yang boleh menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental.
Menoleh ke belakang dan berterima kasih serta bersyukur kepada Allah
Memandang ke hadapan, meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah
Allah menutup pintu yang tidak ada sesiapapun yang boleh membukanya
Allah membuka pintu yang tidak ada sesiapapun yang boleh menutupnya
Tiada yang dapat meramal apa yang akan berlaku kehadapan. Semuanya ditangan Dia yang maha esa. Kita hanya mampu berusaha untuk membuat yang terbaik, selebihnya kita serahkan segalanya di tangan Allah yang maha mengetahui.
mckelate
Kota Samarahan
16 Feb 2013
Wednesday, February 13, 2013
Jatuh Cinta
Tiada siapa yang dapat menjangkakan kehadiran sebuah cinta
Ia datang secara tiba-tiba
Menyentuh rasa
Hati berbunya rasa rindu kepadanya...
Thursday, January 17, 2013
KAMI KECEWA DENGAN RAJAGOBAL
Tiga pemain hebat Kelantan TRW tetapi seorang sentiasa TERCICIR dan ada masanya seperti sengaja DISISIHKAN daripada senarai RG. Hati penyokong setia Kelantan TRW terasa seperti diguris sekali lagi oleh RG. Kemampuan Piya untuk menyarung jersi kebangsaan bukan diangkat oleh penyokong Kelantan TRW malah diakui oleh mereka yang berpengalaman dalam bolasepak tempatan seperti pengulas tersohor yang juga bekas pemain kebangsaan, Azlan johar dan Reduan Abdullah.
Malah laman bola terkemuka dunia Goal.Com telah mengiktiraf Piya @Badri Radzi sebagai pemain pilihan Asia bulan Oktober 2012 juga turut menunjukkan hasil survey pembacanya yang menunjukkan 79.3 peratus pembacanya mengatakan Piya layak untuk mewakili Malaysia, sayangnya nama Piya seringkali ditinggalkan oleh RG. Laman Goal.Com juga turut mengakui kehebatan Ketua Pasukan Kesayangan rakyat Kelantan ini sebagai "A strong tackler with an eye for a killer pass" (Seorang yang mempunyai ketajaman radar mata yang mampu membuat hantaran maut ke gol lawan).
Dalam ramai mereka yang bijak pandai berkepakaran dakam bidang bolasepak tanahair mengatakan HARIMAU MALAYA KEKURANGAN PEMAIN TENGAH YANG KREATIF DAN BERWIBAWA, RG langsung tidak memandang Piya walaupun dengan sebelah mata.
Piya mempunyai legasinya yg tersendiri kerana sejak menyarung jersi Kelantan pada tahun 2008 dalam usia 26 tahun, Piya terus menerus menyumbang kepada kecemerlangan pasukan Kelantan bersama rakan-rakan lain dalam pasukan Kelantan. Beliau diakui oleh akhbar SINAR HARIAN sebagai seorang pemain dan kapten yang begitu kreatif mengemudi jentera tengah Kelantan seolah-olah menjadi inspirasi kepada rakan sepasukannya yang lain.
Kepakaran beliau dalam situasi bola mati juga menjadi sandaran utama Kelantan (SINAR HARIAN 20 Oktober 2012)
Harian Metro (22/10/2012) menyifatkan Piya sebagai kapten paling berjaya dalam sejarah bola sepak negeri Kelantan selepas berjaya mengemudi The Red Warriors meraih Juara Treble dan mencatat sejarah manis bagi negeri Kelantan.
Tiada apa yang nak dikatakan lagi, ianya TERANG LAGI BERSULUH, harapan kita Piya menyarung jersi Kelantan bukan kerana soal Piya pemain Kelantan...tetapi kta berasa Piya mampu menyumbang untuk Malaysia aka Harimau Malaya untuk meraih kejayaan.
Piya...teruskan perjuangan bersama pasukan Kelantan The Red Warriors kerana anda TETAP TERBAIK dan menjadi KEBANGGAAN kami. GOMO KELATE GOMO!!!
Kredit Gambar : Seperti yang dinyatakan
Penulis @ Mckelate adalah penyokong setia Kelantan The Red Warriors
Subscribe to:
Posts (Atom)