Sunday, April 10, 2011

Mckelate Dahulu Dan Sekarang

Masa terlalu pantas berlalu,membawa usia menuju ke garisannya bersama memori suka dan duka...teringat-ingat...



Myself@ UK 1995


Myself @ 1997



Myself 10 Feb 2002



Myself 2007


Myself 2008


Myself 2010



Myself 9 April 2011

Saturday, April 09, 2011

ANDAINYA AKU PERGI DULU...

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rizki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)

MCB

Semasa di MISSION STATEMENT & CHARACTER BUILDING (MCB) ESQ Training pada 19 dan 20 Mac 2011 di Kuching, Sarawak, aku sekali lagi diingatkan tentang sebab musabab kewujudan manusia dan makhluk ciptaan Allah seperti firman Allah dalam ayat di atas. Selepas berehat di kampong bersama ayah (abah) dan ibu (mek) selepas sakit pada 21 Feb 2011, hati rasa lega dan semangat pun pulih untuk meneruskan kehidupan. Kehadiran di MCB yang selama ini tertunda akhirnya dengan izin Allah, aku telah dipermudahkan Allah untuk hadir. Kehadiranku ke MCB membuat tubuhku terasa ringan, jiwaku terasa damai dan tenteram dan hidupku terasa amat bererti.

AYAT-AYAT CINTA

Ayat-ayat CINTA Allah menyentuh ke hatiku, membawa rasa keinsafan pada diriku dan mengembalikan aku kepada orbit sebenar kehidupan ini iaitu “pengabdian diri kepada yang maha Pencipta iaitu Allah”. Sungguh terasa diri kerdil dan hina bila ayat-ayat CINTA Allah dibacakan dan kisah-kisah/ cerita-cerita Nabi Junjungan Muhammad S.A.W , para nabi dan sahabat-sahabat dikongsikan. Sungguh besar perjuangan mereka menegakkan agamaMu ini Ya Allah. Mereka sanggup menerima segala celaan, siksaan dan terkorban dalam perjuangan dan pengabdian diri kepadaMu Ya Allah. Mereka yakin dan percaya dan tiada kesangsian terhadap rasulMu, Al-Quran dan syurga yang Kau janjikan.

Airmata mengalir tanpa dipinta, hati terusik dan jiwa ini tersentuh. Di saat itu terasa sekali bagaimana kehidupan dunia telah melekakan. Mata ini telah ditunjukkan dengan berbagai bukti sejak kecil lagi bahawa tiada yang kekal abadi. Nenekku Mok Mek (nenek sebelah abah), Mok Mek Nor (nenek sebelah mek) dan atuk kesayanganku Che Sulaiman( atuk sebelah abah) telah lama pergi menemuiMu Ya Allah. Begitu juga dengan bapa saudaraku Paksu Pin. Kemudian rakan di tingkatan 6, Jaslinda yang berkongsi tarikh lahir 4 Jan denganku juga telah pergi menemuiMu dalam satu kejadian di Johor. Terkini, sahabat dan juga kakak yang sangat kusayangi, Kak Faizah Abd Manan atau “Kak Faiz’ juga telah pergi menemuiMu Ya Allah pada 2 Januari 2011 yang lalu.




MATA MENJADI SAKSI


Setiap tahun sejak kecil, Kau telah tunjukkan padaku setiap kali bersembahyang di hari raya, aku yang dulunya di saf bahagian belakang kini sudah beransur-ansur ke bahagian hadapan. Dulunya orang-orang tua yang mendahului saf pertama atau di bahagian hadapan, namun kini mereka sudah tiada. Mek dan mak-mak saudaraku serta rakan-rakan seangkatan dan seusia mereka yang dulunya muda kini sudah tua. Mereka kini yang mengantikan tempat orang-orang tua yang sudah tiada itu dan sedikit masa lagi aku dan rakan-rakan seangkatanku akan mengambil alih tempat tersebut.

Mata ini menjadi saksi kejadian itu Ya Allah, mata ini juga masih dapat melihat wajah-wajah mereka yang sudah tiada itu. Kau telah menunjukkan betapa dunia ini adalah perhentian sementara, tiada yang kekal abadi di sini. Yang kekal abadi hanya diriMu Ya Allah yang maha berkuasa atas segalanya. Kau juga telah tunjukkan kekuasaanmu bila abah menjalani ‘bypass’ jantung pada tahun 2005. Lapan jam lebih menunggu di IJN sewaktu abah menjalani pembedahan dengan pesakit-pesakit sebelum abah, ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya. Namun dengan kekuasaanMu, abah selamat menjalani pembedahan dan walaupun sentiasa juga mendapat serangan jantung secara tiba-tiba beberapa kali selepas itu, namun dengan kasih sayang dan kuasaMu, aku adik-beradik masih dapat mencium tangan dan pipi abah, dapat memeluk dan bergurau senda dengan abah sehingga ke hari ini. Terima kasih Allah.







TAKDIR

Pada tahun 2007, dengan izinmu aku dipinjamkan ke UMK selama setahun 6 bulan oleh UNIMAS. Hadirku untuk membantu UMK dan untuk hidup dekat di sisi keluarga. Namun tidak kuketahui bahawa hadirku juga adalah sebahagian daripada ketentuanMu Ya Allah untuk menjadi ‘tiang semangat’ kepada ibuku yang mendapat kanser rahim dan dengan kuasaMu Ya Allah, Kau berikan telinga ini untuk mendengar berita sedih yang mek ‘positif kanser’ daripada doktor.

Kau takdirkan insan yang bernama Noorma, anak sulung daripada 6 beradik ini untuk menggalas tanggungjawab memberitahu mek@ibunya berita sedih ini. Walaupun hati sedih bagai dihiris namun aku tetap akur dengan kebesaran dan takdirMu Ya Allah. Biarlah aku yang menggalas berita ini dibahuku. Biarlah aku sebagai kakak yang tua mengambil tanggungjawab ini untuk memberitahu mek kerana aku tidak dapat bayangkan jika hal ini digalas oleh abah yang sudah sedia sakit atau digalas oleh adik-adikku yang lain kerana ‘kesedihan ini’ aku tidak mahu mereka menanggungnya. Sesungguhnya Engkau Ya Allah mentadbir alam ini dan kami hamba-hambaMu tunduk sujud kepadaMu. Begitulah bagaimana dengan kekuasaanMu, Kau izinkan aku yang bekerja jauh di UNIMAS, Sarawak untuk pulang berbakti kepada orang tua secara lebih dekat selama 1 tahun 6 bulan semasa bekerja di UMK Kelantan. Benarlah firmanMu:


“Tiada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”(QS.AtTaghobun:11)

UMRAH

Aku juga teringat kembali pada tahun 1993 bila aku diizinkan untuk menjadi tetamuMu menunaikan umrah. Masih kuingat lagi semasa di Madinah dan Mekah , di semua tempat yang mustajab berdoa termasuk di Raudhah dan di Multazam, depan pintu kaabah dan di Hijir Ismail, hambaMu yang hina ini telah menadahkan tangan memohon kepadaMu agar dijodohkan dengan hamba Allah itu. Telah kusebut namanya berulang-ulang dengan cucuran airmata, agar dia menjadi jodohku. Namun, Kau telah memperlihatkan kepadaku bahawa Engkaulah yang mentakdirkan segala-galanya dan aku redha dengan segala takdirMu padaku.

Benarlah firmanMu Ya Allah:
"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu, dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

DAHAGA
Lahir dalam agama Islam tetapi mendapat pendidikan sekular, kehidupan seharian dengan jasad Islam sedangkan roh Islamnya tidak terisi,aku tercari-cari...dahagakan bimbingan, tunjuk ajar dan segala-galanya membuatkan aku terasa serba kekurangan. Aku ingin mendapat ilmu pengetahuan tentang Islam secara mendalam bukan lagi setakat perkara-perkara asas yang diulang-ulang setiap kali. Yang biasa sangat kudengar. Persoalan ini sedikit sebanyak terjawab bila menyertai training ESQ. Padaku dengan SQ, hati terasa dekat...sangat dekat dengan yang maha pencipta. Sedikit demi sedikit noda-noda hitam yang begitu banyak melekat di hati terasa berkurangan. Kesedaran tinggi terhadap Allah dan malaikat menyaksikan setiap perbuatan mengangkat rasa maluku bila mahu berbuat apa saja. Bila terlalai atau tersasar, SQ yang ada padaku akan menarikku kembali ke orbit. Benarlah dalam MCB kita dingatkan jika kita jauh daripada orbit, hidup kita akan menjadi semakin berat,kita menjadi semakin lupa dan lalai...


MATA MELIHAT ALAM HATI MELIHAT TUHAN

Bila kita semakin dekat dengan orbit, hidup kita menjadi semakin ringan. Jiwa terasa damai dan tenteram. Kita menerima takdir dan ketentuan Allah dengan hati yang redha dan penuh kesyukuran. Kita sentiasa mendoakan diri sendiri,ayah ibu,adik beradik, kaum keluarga,sanak –saudara dan sahabat handai serta semua kaum muslimin dan muslimat. Kita tidak mudah menghukum bila melihat sesuatu tetapi akan terus cuba memperbaiki ataupun terus mendoakan agar pertolongan Allah datang dengan segera. Dengan gabungan IQ+EQ dan SQ yang diajar dalam ESQ “Mata dididik apabila melihat alam,hati melihat Tuhan” seperti mana yang dikatakan oleh Ulamak Tersohor Allahyarham Prof HAMKA yang sangat kukagumi. Kerana “hati melihat tuhan” airmataku tak henti mengalir sewaktu mengikuti MCB Training ESQ.

TERIMALAH
Terima kasih Ya Allah, walau dalam suka dan duka,dalam tawa dan nestapa, dalam susah dan senang kubersyukur dengan apa yang Kau anugerahkan kepadaku. Diri ini serba kekurangan, tiada apa yang kumiliki di dunia yang sementara ini. Semua milikMu Ya Allah. Nikmat yang kau berikan bila-bila masa sahaja boleh Kau ambil kembali. Semuanya adalah pinjam-pinjaman sahaja. Semoga ujian dan cabaran yang mendatang mendekatkan kami kepadaMu ya Allah. Kasihanilah kami Ya Allah, bimbingkanlah kami ke jalanMu, walau kami datang ke jalanMu dengan langkah yang perlahan, terimalah langkah-langkah kami ini Ya Allah. Andai kami tidak kuat dan semangat kami umpama “hangat-hangat tahi ayam”, bawalah kami kembali ke orbitMu Ya Allah. Jangan jadikan kami mudah berputus asa untuk berada di jalanmu yang benar.




PENYESALAN

Setiap detik dan saat kita sebagai manusia tidak akan lepas dari melakukan dosa,baik yang sengaja mahupun yang tidak sengaja. Moga kita semua cepat sedar dengan kesalahan atau dosa yang dilakukan. Moga ada insan-insan yang hampir dengan kita dapat menarik kita kembali ke orbit dan kita berdoa agar akan timbul rasa penyesalan,takut, tunduk pada diri kita dan kita bertaubat tidak mengulanginya lagi. Semoga daya tahan kita semakin kuat, menarik umpama magnet yang kuat menarik kita semakin dekat kepada kebaikan.Benarlah firmanMu Ya Allah:


“Dan (juga) orang-orang yg apabila mengerjakan perbuatan keji / menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka & siapa lagi yg dapat mengampuni dosa selain dari Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka & surga yg di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; & itulah sebaik-baik pahala orang-orang yg beramal.”2 (Ali Imran: 135-136)


Ya Allah, janganlah kami mudah terpesong dengan hasutan dan jemputan untuk berbuat kejahatan daripada mereka yang bersekutu dengan syaitan. Jadikan dalam hati kami sinar cahaya yang menyuluh kami kembali ke jalan kebaikan apabila kami tersesat atau tersalah jalan seperti firman-firmanMu:


“Sesungguhnya orang-orang yg bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari setan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”(Al-A’raf: 201)
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yg bertaubat & orang-orang yg menyucikan diri.” (Al-Baqarah: 222)

“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah: 37)
“Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya.” (At-Taubah: 1 1 8 )

TERINGAT KEMATIAN



“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah pahala-pahalamu disempurnakan, barangsiapa yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-Imran : 185).

Ada ketikanya aku teringat akan kematian, bagaimana jika kematian datang menjemput saat ini. Dengan bekalan ibadat , amalan kebajikan dan pahala yang sedikit. Bagaimanakah nanti bila berhadapan denganMu ya Allah...teringat akan kesakitan sakaratulmaut, azab dan siksa kubur serta ngerinya keadaan di neraka yang selalu dibaca dan didengari. Ya Allah,jauhkan kami daripada semua itu Ya Allah, jauhkan kami daripada sakitnya sakaratul maut,azab dan siksa di alam kubur dan jauhkan kami daripada azab nerakaMu.

BERPANTANG MAUT SEELUM AJAL

“ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” (Surah An-Nahl ayat 61.)

Terima kasih Ya Allah kerana telah memanjangkan usiaku setelah menempuh ujian-ujianMu.Kali pertama pada tahun 2003 apabila demam dan tersalah makan ubat tidor. Aku sepatutnya menelan ubat stiroid yg dierikan oleh doktor tetapi tertelan ubat tidur kerana dua-dua kelihatan serupa. Aku tidur daripada maghrib sehingga masghrib keesokkan harinya. Suami pula tidak mengejutku kerana menyangka yang aku demam dan sedang rehat. Mujurlah mak mertuaku menelefon dan terkejut bila suamiku memberitahu yang aku demam dan tidak bangun daripada semalam. Ibu mertuaku memarahi suamiku dan berkata."mana ada orang tidur dan tak bangun dalam masa 24jam",.Itu yang membuatkan suamiku menaruh syak dan kemudianya melihat sampul ubat tidur yang kosong. Terus dia mengejutkan aku. Aku kemudian diberitahu yang dia membawaku ke kereta,pergi berjumpa doktor dan seterusnya dari Klinik Doktor tersebut ambulan datang membawaku ke hospital dan aku ditempatkan di wad KECEMASAN.




Bila keluar daripada wad,doktor memberitahuku yang kalau aku lambat dibawa ke hospital,aku mungkin telah pergi buat selama-lamanya. Maha besar dan maha suciMu Ya Allah,keranaMu aku masih bernafas hingga kini,meniti hari-hari dengan penuh kesyukuran termasuk meraikan kehadiran hadiah istimewa seorang cahaya mata "Muhammad Fadly Sazlishah" yang lahir pada tahun 2006. Dia yang kau hadirkan dalam hidupku membawa bahagia dan menjadikan hidup ini sangat indah dan penuh bermakna.

Dengan izin dan rahmatMu jua, aku melepasi ujian serangan jantung pada 21 Feb 2011. (Cerita lanjut di sini:http://mckelate.blogspot.com/2011/02/ujian-allah.html)




SYURGA
Syurgamu yang kami impikan Ya Allah. Masukkan kami dalam golongan hamba-hambaMu yang beriman. Hidup dan matikanlah kami dalam iman. Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, adik beradik kami, saudara-mara kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah pergi.
Kau maha berkuasa dan memberi keampunan. Ampunilah kami Ya Allah. Maha benar firmanMu:


"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:
1-2).

AMPUNI KAMI

Ya Allah ampunilah kami yang banyak melakukan dosa ini.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, karena sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (karunia) “ (QS: Ali-Imran:8)

REDHA
Ya Allah, semoga kami redha dengan ujianMu dan semakin dekat denganMu dalam menerima ujianMu:
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (al-an’am: 44)

MAAFKAN KAMI

“Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. engkau Penolong kami, maka tolonglah kami ” (al-Baqarah: 286)




PERMUDAHKAN KAMI

Ya Allah, permudahkan kami di padang Masyar dan sewaktu meniti siratulmustakim. Satukan kami dan keluarga kami bersama hamba-hambamu yang beriman dan masukkan kami ke syurgaMu Ya Allah kerana kami tidak dapat bertahan dengan panas terik matahari apatah lagi jika berhadapan dengan neraka Ya Allah. Ya Allah berkatilah usia kami Ya Allah dan semoga hari-hari kami dibumiMu ini adalah merupakan hari-hari kami beribadah kepadaMu. Amin...amin...amin

Mckelate April 2011

Monday, February 28, 2011

UJIAN ALLAH



19 Feb 2011 (Sabtu): Hari memanjakan diri

Morning having brunch dengan Azee di Tok Janggut.
Nikmatnya makan nasi baryani for brunch...
Lepas tu tengahari pergi facial
Petang followed by manicure and pedicure
I feel so pampered.
Hilang segala stress.
Fadly good boy tinggal dgn daddy dia @ home

Malam
Jam 9.00pm jumpa kawan lama Eta dan family dia.
Daddy Fadly hantar dan pick me and fadly from Kch
Glad to see and spend time with Eta, mum and son Jeff.
Badan masa tu dah mula rasa tak sedap macam nak demam
Balik rumah, terus makan panadol dan rehat...
Badan makin panas
Mula rasa chest pain
Hidung pulak tersumbat
Bernafas ikut mulut

20 Feb 2011(Ahad) - Demam
Badan panas
Kepala berat
Dada masih sakit
Tapi dah boleh bernafas macam biasa kerana hidung dah tak tersumbat lagi
Makan panadol, makan ubat gastrik dan rehat
Tidur sepanjang hari
Lunch time: Valen datang hantar food. Tkasih adikku atas ingatan dan ambil berat.
Terus merehatkan diri...demam
My beloved Fadly main dgn daddy...good boy anak mummy sayang...
Malam tiba
Demam makin reda
Tapi dada masih sakit
Ya Allah permudahkan hambamu ini

21 Feb 2011 (Isnin) : Si Jantung Hati
Masih demam dan kepala terasa berat
Hantar sms pada Zue@My boss, cannot go to work but will try to attend 9am meeting
Plan to go to clinic after meeting and rest at home later
Hopefully will feel much better the next day.

8.30 am drive to work.
Park the car and still not sure going to meeting 1st or going to clinic
Namun Allah mengerakkan hati ke Klinik. Jumpa Dr Khaty. Cerita tentang demam and sakit dada.
Dia buat pemeriksaan dan suruh buat ECG.
Lepas buat ECG, wajah Dr Khaty berubah. She's not happy with the result.
"Pn Noorma, you have to go to hospital. I refer u to hospital", she said. dengan muka yg sangat serius.
" Dr, can i go to meeting first, i need to pass the meeting to someone else" I said. I feel guilty coz I am the one whi call the meeting and supposed to chair the meeting.
"NO..." said Dr Khaty.
At this time, Dr Z already at the clinic looking at my ECG reading.
"Dr Z...can i have 5mins, i want to go to the meeting. Everybody is waiting for me. I need someone to take over the meeting. Try calling Zue but no answer," I was pleading with Dr Z.
"NO Noorma!" " You have to go to hospital, let someone else handle the meeting for you!" she said with a very serious tone. I was hopeless.
I cried. I can sense something bad is happening to me. Ya Allah please help me.
I call my husband and explain to him.
Later, I was told they gonna send me to Heart Center, Sarawak Government Hospital, Kota Samarahan.
At that particular time, I know...it's a matter of the heart. Ya Allah please help me... I was praying over and over.


10.00 am : EMERGENCY ROOM... Ya Allah Please Help me...

I was driven to Heart Center with UNIMAS Ambulance accompany by Nurse Jaria. My hubby followed behind by car.
I know this center was officially open by PM on 15 Jan 2011. I read somewhere from newspaper that Prof Sim the Director of this center said about this Heart Center as "first class facilities with affordable price". I'll be in a good hand. I said to myself. I use to joke with my hubby, everytime i pass the junction to the center that someday i will be visiting; to see the place. Little that I know, i will not only visiting but check in as well.

When i was attend by doctors and nurses in the EMERGENCY room, i then realised how serious my situation is. They treated me just like 'life and death'. Ya Allah, what is happening to me... please help me Allah. Please give me.
strength.

After all the inspections, procedures ect. One doctor came to me and introduce himself.
"Noorma, My name is Dr Fong. I am Heart Specialist"
"Do you know what happen to you Noorma?"
"I'm having fever Dr, then my ECG reading is not good," I said.
"Yes..yes...you know, you have heart attack Noorma. Your blood shows. Positive"
Ya Allah....Ya Allah...my heart beating very fast, I feel chest pain a little.
"Are you smoking Noorma?"
"No..doctor"
"Is someone in your house smoking?"
" Yes, my husband "
" You are passive smoker then. He need to STOP. Look what happen to you"
" You'll need to tell him that Doctor"
" Yes I will... where is he...let ask him to STOP smoking now" he said.
Then Dr Fong went to talk to my hubby.
I was left alone to rest.
But my mind is not resting. I was thinking. I was sad.
Ya Allah please have mercy on me... Ya Allah please help me. Please forgive me...
Ya Allah...



12.30 pm @ Cardiac Care Unit (CCU Cubicle 2)
I was transfered to CCU from Emergency Room
I feel good as all doctors and nurses have been nice to me
No more communication for me
Handphone not allowed
I need to rest. I try to sleep but i can't.
I cried.
Sad and lonely.
I am all alone here. I miss my mum, my dad and my family.
I miss Fadly. I cannot see him as children under 12 yrs old cannot visit.
Ya Allah please look after him Ya Allah.
My dearest Fadly, mummy will miss u so much.
Be good boy ya sayang....Allah will look after you my dear.

Ya Allah...please have mercy on me...
I'm crying again.
I'm wondering what will happen to me
what will i do
Ya Allah please help me...
"Kak, crying is not good for your heart Kak" said one of the nurse.
"Yes i know, but i cannot help it" i said
"Just be thankful that you know early and next you can watch out your diet and your life style. Take things easy. Don't worry too much" she said.
'Thanks Dik"
Ya Allah padaMU kuberserah

21 to 23 Feb 2011 : Praying to Allah
Hari-hari di CCU
adalah hari-hari diriku berkhalawat dengan diriku sendiri
hanya Allah menjadi tempat kuberserah diri
kupohonkan keampunan, keredhaan dan keberkatan
moga usiaku dan kehidupanku ini membawa keberkatan kepada diriku dan memberi manfaat kepada orang lain di sekelilingku

Diluar jendela aku melihat pokok-pokok nan hijau
aku melihat langit nan biru serta awan putih berarak lalu
aku melihat kapal terbang melintas datang dan pergi
sesungguhnya aku redha dengan takdirMu ini Ya Allah
semoga musibah ini mendekatkan diriku yg hina ini kepadaMu Ya Allah
terlalu banyak nikmatMu padaku selama ini tidak terhitung
terutama nikmat NYAWA yg KAU berikan,
berdetik paling hampir dengan diriku
yang menjadi kunci nyawaku ini Ya Allah.
dan ianya didalam gengamanMu yang maha Pencipta

Kuhargai kehadiran rakan-rakan yang datang berziarah
juga doa yg dipanjatkan kepadaku daripada jauh dan dekat
hanya Allah jua yg membalas budi baik yang dicurahkan kepadaku
kepadaMu Ya Allah, kumohonkan keampunan, keredhaan, kesejahteraan dan kemuliaan kepada keluarga dan rakan-rakanku yang kusayangi
Lindungi dan peliharalah mereka dunia dan akhirat ...aminnnn Ya Allah yg maha penyayang


8.00 pm - Di bilik 413
Selepas maghrib, aku dipindahkan ke bilik 413 di tingkat 4
Terasa lebih selesa kerana dapat ke tandas sendiri
Berlainan dengan di CCU, semua urusan 'besar dan kecil' di atas tilam dengan bantuan nurse.
Walaupun malu tetapi itulah prosedurnya.
Hinggakan aku kena makan sirap 'mencairkan najis' agar tidak perlu 'meneran' dan jantung tidak perlu bekerja lebih.
Ya Allah baru kutahu peranan jantung yg selama ini aku 'take for granted'




24 Feb 2011 - Angiogram

Di luar bilik 413
Pokok-pokok nan hijau memberi kedamaian
Langit nan luas terbentang
burung-burung berterbangan
sungguh indahnya ciptaan Tuhan
Ya Allah kusyukuri nikmatMu
Terima kasih Allah kerana jantungku masih berdegup
Dadaku masih bernyawa

Dalam jam 3.00 petang

Aku bersedia untuk Angiogram
Aku dibawa ke Cardiac Intensive Laboratory
Prosedurnya memakan masa hampir 1 jam di bawah seliaan Dr Fong dan dibantu Dr Cathrine dan pasukan mereka
Masa prosedur itu berlangsung, tangan terasa sakit seolah-olah uratku putus
walaupun dibius tapi terasa seolah-olah saluran darahku mengembang menjadi lebuh raya
terasa cecair dipam mengalir melalui salurah darah perlahan-lahan melalui lengan dan seterusnya memenuhi jantung
Terasa sejuk dan terasa cecair memenuhi dadaku
Ketika itu aku hanya pasrah dan berserah kepada Allah
Temanku hanyalah ayat-ayat suci dan doa
Kasihanilah hambamu yang hina ini Ya Allah
Permudahkan Ya Allah
Ampuni diriku Ya Allah
Aku redha dengan takdirMu Ya Rahman Ya Rahim
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
semuanya selamat dan aku diminta memakan ubat
dan mendapat rawatan susulan selepas ini.

25 Feb 2011 : Hidup ini indah kerana Allah

Dalam kesedihan Allah memberiku kekuatan
Dalam kesakitan Allah memberiku kesabaran
Dalam kepayahan Allah menunjukkan jalan
semuanya kerana Allah
Hidup ini menumpang teduh di bumi Allah
menghirup udara segar milik Allah
tiada apa yang menjadi milikku
melainkan semuanya milik Allah
Terima kasih Allah
Terima kasih Allah
atas segala limpah kurnia dan rahmatMu selama ini
Semoga sisa-sisa usia yang masih tinggal
dipermudahkan dengan amalan dan ibadat serta rezeki yang barakah

Itulah doaku sebelum melangkahkah kaki meninggalkan bilik 413
Pusat Rawatan Jantung, Hospital UMUM Sarawak, Kota Samarahan
pada petang Jumaat jam 5,30 petang meninggalkan pusat jantung
'the best Heart Center in the Region'
Bertuahnya rakyat Sarawak
Bertuahnya rakyat Kota Samarahan
Bertuahnya rakyat Malaysia...


Catatan Pengalaman
Noorma Mckelate Malaysia
28 Feb 2011
Kota Samarahan

Saturday, October 23, 2010

Berbuat Baik Kepada Ibu dan Ayah (cerita seorang sahabat )


Syukur seorang sahabat yg dah lama tak bertemu, akhirnya kujumpa di Sabah dan beliau bercerita kepadaku pengalamannya membawa bapanya yang lumpuh dan ibunya yang uzur menunaikan umrah beberapa tahun lalu. Kukongsikan cerita ini di sini buat rakan2 FB kutersayang sebagai iktibar buat kita semua.

Kawanku memberitahu dia dan suaminya tahu memang satu tugas berat membawa ayah yg lumpuh dan ibu yg uzur utk menunaikan umrah. Namun semua itu digagahinya jua kerana ingin menyampaikan hajat keduanya. Sejak di Malaysia lagi kawanku dan suaminya telah memasang keazaman utk meletakkan dan mempermudahkan ibu dan ayahnya utk beribadat tambahan keduanya memakai wheelchair. Memang logik akalnya 'kedua ibu dan ayah' akan menjadi satu beban dan menyusahkan semasa di sana.

Namun Allah maha kuasa dan maha kaya, sepanjang mereka menunaikan umrah, segalanya Allah permudahkan dan sehingga semuanya dapat mengucup hajarul aswad, dapat sembahyang di Hijir Ismail, dapat bersembahyang berhampiran dengan kaabah dan sebagainya lagi. Sesungguhnya Allah mahu menunjukkan kebesarannya kalau kita berbuat baik kepada ibu bapa kita, Allah akan mempermudahkan, kata kawanku kepadaku.

Nyata sekali ujar beliau, sepanjang menunaikan umrah tersebut bukan ayah dan ibu yg menumpang dia dan suami malah mereka suami isteri yg menumpang dan mendapat kesenangan daripada ayah dan ibu mereka yg dalam keadaan uzur itu. Malah suaminya dan sekumpulan kawan2 lelaki yg mereka kenal di sana pun mendapat rezeki tempias daripada ayahnya dengan dibenarkan masuk ke makam rasulullah ketika petugas sedang membersihkan makam rasulullah. Subhanallah.

Beliau juga bercerita bagaimana sewaktu di Madinah, seorang lelaki Melayu Malaysia telah datang meminta izin ingin menyorong kerusi roda bapanya sambil berkata , " saya teringin sekali menolak kerusi roda ini kerana saya teringat pada ayah saya bila melihat pakcik. Saya sering datang mengerjakan umrah dan menaja orang-orang datang mengerjakan umrah, tapi saya tidak pernah terfikir untuk membawa bapa saya yg lumpuh menunaikan ibadah ini", ujar lelaki itu dengan nada sebak. Setelah beliau dibenarkan menyorong ayah, kawanku memberitahu wajahnya kembali ceria dan berseri-seri. " Saya akan bawa ayah saya yg lumpuh utk mengerjakan umrah, kenapa saya tidak pernah terfikir utk berbuat begitu, " katanya penuh keazaman.

Sepanjang menunaikan ibadah umrah dengan ayah dan ibu dalam keadaan mereka yg uzur, banyak perkara yg Allah permudahkan, kata kawanku. Pada masa yg sama, kawan saya memberitahu yg dia diajar erti 'sabar, bersabar dan kesabaran'. Di mana saja dia pergi, mereka dipermudahkan, diberi pertolongan dan keselesaan yg hanya Allah jua yg maha kaya berkemampuan mengaturkan semua itu, katanya.

Tak berapa lama selepas mereka kembali menunaikan ibadah umrah, tiba2 kawanku memberitahu beliau mendapat panggilan, ada pihak tertentu yang ingin menajanya utk menunaikan umrah. Maha suci Allah, kawanku sekali lagi menunaikan umrah atas rezeki yang datang bergolek. Sepanjang beliau di sana, airmatanya tak henti2 mengalir mengenangkan ayah dan ibunya, kerana mereka Allah memberi rezeki kepada beliau utk sekali lagi mengerjakan ibadat tanpa gangguan.

Sehingga kini beliau memberitahuku, beliau melayani ibu dan ayahnya dengan penuh kasih sayang, sentiasa menyediakan kehendak mereka, sentiasa menjaga dan mengambil hati mereka dan sekali-kali tidak pernah melukakan hati keduanya. Bercakap dengan keduanya dengan lembut, tidak pernah meninggi suara dan membantah serta sentiasa mendahulukan mereka dalam apa jua keadaan.

*** Sungguh aku terharu mendengar cerita kawanku ini. Ianya menjadi iktibar dan pengajaran kepadaku agar mempertingkatkan lagi kasih sayang dan layanan terhadap ayah dan ibuku. Kudoakan moga Allah memberikan ganjaran yg berlipat ganda kpdmu sahabatku atas kemuliaan hatimu itu. aminnn.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).

Monday, July 12, 2010

ESQ: Inilah Kisahku


JIWA LEBIH TENTERAM
Pada 19-21 Mei 2009 dengan izin Allah, aku telah menjalani latihan ESQ selama 3 hari dari 19-21 Mei 2009 bersama Angkatan Pertama Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS). Selepas menjalani latihan tersebut, aku terasa ketenangan dan ketenteraman jiwa yang berganda dari sebelumnya.

BERSYUKUR DAN MENERIMA MUSIBAH/UJIAN DENGAN LEBIH BAIK
Aku belajar bersyukur dengan segala pemberian Allah dan belajar menerima musibah/ujian dan cabaran dalam hidup dengan lebih baik daripada sebelumnya.

BELAJAR MEMAHAMI ALQURAN DENGAN MAKNANYA
Aku juga belajar memahami al-quran beserta maknanya dan menjadikannya kamus rujukan hidupku dalam kehidupan sehari-hari. Membaca, memahami dan menjadikan alQuran sebagai rujukan memberikan kebahagiaan dan ketenangan yg luarbiasa



BELAJAR MENANGIS KERANA ALLAH DAN RASULNYA
Bila berlaku sesuatu kejadian dan peristiwa, airmata terasa menitis tetapi hati menjadi tabah dan tenang bila diri ini diajar 'menangis kerana Allah dan Rasulnya". Pengalamanku apabila out station, setiap subuh air mata akan menitis mengenangkan anakku Fadly (3 tahun lebih) kerana terlalu rindu padanya. Dia yg sentiasa memelukku, dan melekapkan pipinya ke pipiku setiap kali aku bangun tidur membuatkan naluri keibuanku menjadi rindu padanya. Namun setelah aku diajar 'airmata hanya untul Allah dan Rasulnya' aku tidak lagi menangis mengenangkan anakku Fadly. Sebaliknya aku memanjatkan doa agar dia sentiasa dalam sihat dan ceria. Aku juga meletakkan dirinya dalam perlindungan dan peliharaan Allah dan hatiku menjadi tenang, tenteram dan bahagia (walaupun tuntutan kerja membawa aku jauh darinya).



BERKONGSI ILMU DENGAN KELUARGA/SAHABAT HANDAI
Ilmu yg diperolehi dari latihan ESQ banyak yg dikongsi dengan keluarga dan sahabat handai. Namun kata-kata saja tidak cukup kerana latihan ESQ perlu 'dirasai'. Oleh kerana itu aku telah menghadiahkan mek (ibuku) dan abah (ayahku) latihan ESQ ini untuk mereka juga 'merasai' kebahagiaan.ketenangan dan kebahagiaan yang kurasakan kerananya. Tambahan pula ayahku mempunyai sakit jantung (pernah bypass pada tahun 2005) manakala ibuku pula baru saja baik dari kanser rahim.




AIRMATA IBU
Sebaik sahaja aku menceritakan kepada mek(ibuku) aku akan menghantarnya ke suatu latihan yg akan membawa kebahagiaan, ketenangan jiwa dan mendapat pahala kerana berada di dalam majlis ilmu yang dari awal ke akhir akan berulang-ulang disebut nama Allah dan rasulnya. Maka bergetarlah jiwa ibuku. Lantas mengalirkan air mata. Dengan perasaan sebak dan terharu, mek memberitahu tidak sabar untuk mengikuti latihan seumpama itu. " Mek tak pernah pergi mana2 latihan, tambah2 latihan yg membawa dan mendenkatkan diri kepada Allah,memang mek nak sangat hadir" kata ibuku.

KEENGGANAN AYAH

Berlainan dengan abah(ayahku) yang terus saja menolak enggan pergi ke latihan ESQ. " Abah dah biasa dengar ceramah agama sejak dulu hingga sekarang. Malah masid kita, 3 kali seminggu ada majlis ilmu, katanya menolak. Puas kupujuk abah tetapi dia tetap juga menolak. Pada mek aku berkata, " Maa dah banyak memberi abah dan mek hadiah sepanjang hidup Maa ini. Maa pohon dan berharap sangat, janganlah abah dan mek menolak hadiah kali ini kerana ini adalah hadiah yang paling istimewa yg mampu maa berikan sebagai seorang anak yg akan amat berguna kepada abah dan mek sampai ke akhir hayat', kataku dengan sebak.




BERSABAR, BERDOA DAN ALLAH MENDENGAR DAN MENGABULKAN DOA
Ibuku menyuruhku bersabar dan bersama-sama berdoa moga abah berubah hati. Bermula dari hari keengganan abah menerima hadiahku untuk latihan ESQ, kupanjatkan doa tanpa henti kepada Allah. Semoga niatku yg suci dan murni ini diterima dan doaku dan ibu dikabulkannya. Aku terus menempah tempat latihan untuk mek dan abah . Aku sendiri terus memohon cuti untuk bersama-sama dengan mek dan abah ke sesi Latihan ESQ itu pada 25 hingga 27 Jun di Perdana Resort Kota Bharu.

HANYA PADA ALLAH TEMPAT KUBERSERAH
Sehari sebelum latihan ESQ, abah masih lagi dengan berbagai alasan. Batuk, tak sihat, selsema dan berbagai lagi. Kukuburkan rasa kecewa dengan sikap abah. Aku tetap sabar dan bertawakal kepada Allah. “ Abah pergilah dan abah tunggulah sehingga abah rasa jemu. Lepas tu abah beritahu dan kita akan bawa abah balik’ kataku. Akhirnya pagi latihan, mek dengan rasa ‘excited’ tidak sabar-sabar lagi untuk pergi latihan. Bermacam-macam soalan ditanyanya dan banyak soalan yg sengaja tidak kujawab dengan harapan dia akan menemuinya nanti. Abah pula dengan liatnya akhirnya masuk juga ke kereta tapi masih dengan keengganan dan persepsi yg sukar kupecahkan.

LATIHAN YANG PERLU ‘DIRASAI’
Syukur pada hari pertama seawal masuk dan sehingga ke akhirnya mek dan abah menjalani latihan ESQ dengan kerelaan dan keseronokan. Makan minumpun mereka bersegera kerana tidak mahu tertinggal. Air mata keinsafan berguguran. Saat abah dan mek bersalaman dan memohon maaf dan berpelukan, hatiku sebak. Saat paling bahagia ialah bila kami 3 beranak berpelukan dan air mata pun mengalir kerana Allah...subhanallah. HarI kedua, abah penuh semangat. Awal-awal lagi sudah bersiap dan memakai kasut kesukaannya. Mek tersenyum penuh makna. Hari itu, Mek dan abah sudah menunggu di kereta dan tidak sabar lagi utk ke latihan ESQ. Begitu juga dengan hari ketiga dan terakhir. Mereka mengikuti dari awal ke akhir dengan penuh semangat.

SEMUANYA KERANA ALLAH
Pada hari aku berangkat pulang ke Kuching, sewaktu bersalam dengan mek dan abah untuk mengucapkan selamat tinggal. Air mata keduanya berguguran. Mek dengan airmata dan sebak mengucapkan terima kasih. “ Terima kasih kerana membawa mek merasai latihan ESQ. Betul kata maa, inilah pemberian yang sangat berharga pada mek yg akan diingati selamanya”, kata mek sambil memelukku.
Abah pula berkata “ Terima kasih. Ianya luar biasa dan tidak seperti tanggapan abah sebelum ini. Terima kasih Maa ,” kata abah dengan airmata bergenang.




KEBAHAGIAAN SEORANG ANAK
Apakah yg paling membahagiakan seorang anak apabila ibu dan ayah menghargai pemberian hadiah yang tak sepertinya itu. “ Hadiah ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan mek dan abah pada maa selama ini,” ujarku.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yg maha pengasih dan penyayang yg telah memberikan rezeki kepadaku, juga sebuah pengalaman dan detik-detik yang indah ini untuk dikongsi bersama-sama kedua ibu dan ayah yang kukasihi. Ianya adalah detik yang sangat indah dalam diari hidupku yang akan kukenang hingga ke akhir hayat.
Moga mek dan abah tabah dengan ujian dan dugaan yg Allah berikan dan moga Allah permudahkan kehidupanmu sehingga ke akhir hayat. amin

Friday, July 02, 2010

Happy Birthday Daddy!



Selamat Hari Lahir buat Daddy yang tersayang. 29 Jun adalah hari lahirmu yang amat bermakna dalam hidup Fadly. Terlalu banyak pengorbanan yang telah kau lakukan. Membesarkan Fadly dari kecil hingga sekarang. Penat lelah, wang ringgit serta usahamu mendidik Fadly akan dikenang selamanya. Moga daddy bahagia dan beroleh apa yang dicitakan dunia dan akhirat. Doa Fadly mengiringi daddy selalu. amin. Love always, Fadly

Tuesday, May 04, 2010

Fadly Kusayang



Fadly kusayang, terima kasih kerana hadir dalam hidup mummy dan menjadikan hidup mummy begitu bahagia dan bermakna.

Senyum tawamu menghilangkan kedukaan dan kesedihan mummy. Keletahmu membuatkan dunia mummy terasa berseri.

Kau yang kusayang dari dulu, kini dan selama-lamanya.

Mummy love you forever and ever...

maher zain insha-allah+complete lyrics

~Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu, Aku buta tanpa bimbinganMu, Aku cacat tanpa hidayahMu, Aku hina tanpa rahmatMu~


Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SEMUA YANG BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN. SEMOGA IKATAN CINTA YG DIBINA KEKAL ABADI SELAMANYA. JUGA DIDOAKAN KEPADA PASANGAN SUAMI ISTERI YANG SUDAH LAMA MEMBINA HIDUP BERSAMA AGAR HIDUP RUKUN & HARMONI DAN TIDAK TERPEDAYA DENGAN GODAAN DUNIA YANG MEMBAWA KEHANCURAN. SEMOGA ALLAH MENTAKDIRKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA.AMIN

Tuesday, September 01, 2009

SATU HARI DI HARI RAYA


Khas buat adik-adikku yang masih kecil dan tidak mengerti waktu itu:

Adik-adikku, satu hari di Hari Raya ketika diriku masih dibangku sekolah rendah dan dirimu adik-adikku masih kecil, kita sekeluarga hidup merantau, jauh dari bumi Kelantan kerana mengikut abah bertugas. Setiap tahun menjelang ramadan dan hari raya, kita jarang dapat balik beraya di kampong bersama atok dan nenek serta keluarga. Boleh dikatakan tiga atau 4 tahun sekali baru kita balik beraya di kampong. Hati kakak selalu bertanya mengapa begitu, jawapan dari mek ialah abah tidak dapat cuti dan tidak cukup duit untuk balik beraya.

Dalam fikiran kakak pada waktu itu, tak mengapalah jika tidak balik. Pendapatan keluarga kita banyak bergantung kepada abah kerana mek suri rumah. Pada ketika itu, kakak rasa tak beraya di kampong pun tak mengapa kerana hidup di kem, sangat meriah berhari raya bersama kawan-kawan, berkunjung dari rumah ke rumah, selain dapat duit raya , dapat juga makan juadah raya yang enak dan lazat. Namun, setiap tahun di pagi raya Mek akan menangis dan bila kakak bertanya, mek selalu menjawb dia rindu pada ibu, adik beradik dan sanak saudara di kampong memandangkan mek anak yatim kerana ayahnya sudah meninggal sejak dia kecil lagi. Begitulah adik-adikku, kita jarang balik beraya dan hanya balik sekali sekala bila cuti sekolah sahaja.Itupun selang beberapa tahun, walaupun kakak merasakan jarak perjalanan dari KL ke Kota Bharu tidaklah jauh.

Kakak teringat dik, satu ketika, mek dan abah mendapat berita dari kampong atok Sulaiman sakit berat. Ketika itu bulan Ramadhan dan menjelang hari raya. Abah mulanya hanya mahu pulang seorang diri menziarah ayahnya tetapi kemudian berubah fikiran. Abah membawa kita sekeluarga pulang, kakak masih ingat kita semua pulang menaikki bas. Hati kakak sungguh gembira kerana dapat balik kampong. Mek dan abah bagaimanapun berwajah suram kerana keadaan atok Sulaiman yang sakit berat dan menurut mek, pesanan dari nenek@ Tok Mek pada abah ialah "pulanglah, bawak isteri dan anak-anak sekali, jangan menyesal di kemudian hari". Kita balik kampong dik, setelah beberapa tahun tidak balik dan kakak masih ingat betapa gembiranya kita semua membilang saat dan ketika untuk sampai di Kota Bharu menjelang paginya.

Kita Sampai di Kota Bharu pada waktu subuh dan dengan menaikki kereta prebet sapu, kita sampai di halaman rumah Tok Mek dan Tok Sulaiman. Mek Besar, Moksu Mesah, Pak Pin, Noh dan Pakcu yg tinggal berdekat dengan rumah Tok Mek dan Tok Sulaiman menyambut ketibaan kita dengan gembira. Masing-masing bersalam dan air mata mek berguguran. Mungkin sedih dan hiba yg kita pulang dalam keadaan Tok Sulaiman yg sakit berat.

Abah memberi salam dan naik ke rumah. Di depan ruang tamu kelihatan atok Sulaiman terbaring di tilam. Abah terus ke sisinya dan bersalam, atok Sulaiman menangis teresak-esak, abah dan mek juga menangis. Kakak masih ingat, kita semua hanya menyaksikan dalam keadaan terpingga-pingga. Mungkin kita tidak memahami situasi pada waktu itu.

Tok Mek tidak kelihatan. Tiba-tiba kakak terdengar suara tangisan yang kuat di dapor. Abah dan mek bergegas mendengar tangisan dari Tok Mek, abah dan mek cuba bersalam dengan Tok Mek tetapi orang tua itu tidak menyambut. Tok Mek duduk di tangga dapor sambil menekup mukanya. "Mengapa balik... mengapa balik... tak payah balik... biar mok (tok mek membahasakan dirinya Mok ) dan cek (Tok Sulaiman) kat kampong ni... biar kami sakit sendiri... biar kami payah sendiri', Dia berkata dalam sedu sedan. " Cek dah lama terlantar, sekarang baru nak balik?" soalnya dalam tangisan. Mek menangis...abahpun menangis... " Janganlah macam tu mok, yang penting kita dah balik ni..." jawab abah dengan suara yg hiba memohon pengertian.

Kita semua dik, menyaksikan adegan tersebut di depan mata kita. Kakak cuba mencari makna di sebalik kejadian ini manakala dirimu adik-adikku mungkin tidak faham langsung malah tidak mengingati cerita ini kerana dirimu semua masih kecil dan mungkin dilla juga belum lahir lagi waktu itu.

Tok Sulaiman beransur baik menjelang raya, umurnya masih panjang dan dapat bersama kita sehingga abah pencen pada tahun 1987. Malah arwah Mok@ Tok Mek yang pergi dulu menyahut seruan Ilahi pada tahun 1996. Tok Sulaiman menyusul menemui Ilahil dua tiga tahun selepas itu.

Kini bila kakak teringat dan mengimbau kenangan itu, kakak rasa mungkin itulah penyebab kenapa kakak sentiasa ingin balik kampong terutama untuk berpuasa dan menyambut hari raya bersama keluarga. Kakak rasa satu kepuasan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata walaupun kakak tahu kakak kini sudah ada keluarga sendiri. Hidup di perantauan menyebabkan kakak sangat menghargai saat-saat indah di kampong kita dan di kampong mertua bersama mek dan abah, adik-adik serta sanak saudara.

Al-fatihah untuk Tok Mek dan Tok Sulaiman

Mok Mekku Sayang


Tok Sulaiman Ku Sayang




"Pulanglah perantau berhari raya bersama ayah ibu, adik beradik dan saudara mara di kampong"

Monday, May 04, 2009

Selamat Hari Ibu, Kaulah Ratu Hatiku


Orangnya kecil sahaja namun jiwanya besar. Itulah ibu kesayanganku Rukiah Bt Dolah. Dalam usianya yang masih kecil ibuku sudah menjadi anak yatim dan kerana kesusahan keluarga beliau dibesarkan oleh neneknya di kampong. Dalam usia 14 tahun ibuku telah merasa erti hidup sebagai isteri dan menantu orang,tinggal bersama mertua setelah berkahwin dengan ayahku. Dalam usianya 17 tahun, beliau selamat melahirkan diriku ini.

Aku masih ingat tatkala aku membelikan hadiah sebuah periuk nasi gas yg boleh digunakan semasa kenduri beberapa tahun yg lampau, wajahnya tampak begitu gembira dan riang. Beliau begitu gembira sekali kerana hajatnya selama ini tercapai sudah. Aku juga sebagai anak rasa gembira dapat menggembirakan hati ibuku. Namun tiba-tiba air mata berlinang di pipinya. Dia menangis. Aku jadi terkejut, lantasku tanyakan dia kenapa tiba-tiba menangis. Ibuku dalam sedu-sedan berkata, dia menangis kerana terlalu gembira. Dia terkenang zaman kanak-kanaknya yg penuh kepayahan dan kesusahan, menumpang manja dengan nenek, tidak pernah dapat apa yg dihajati hinggakan anak patung mainan pun terpaksa dibuat sendiri dengan kain batek. Sedangkan ibu berkata, kini terasa semua benda yg dihajati dengan mudah tertunai oleh suami dan anak-anaknya. Begitulah kenangan ibuku terhadap kisah silamnya sebagai pengajaran kepada ku dan anak-anaknya untuk belajar mengenal dan menilai erti syukur dengan pemberian dan nikmat Ilahi.

Sewaktu abah bergelut selama 8 jam di bilik bedah pada tahun 2005, kerana melakukan pintasan jantung di Institut Jantung Negara, ibu dengan tabah sentiasa bertemankan quran, sentiasa berdoa dengan penuh ketabahan agar abah selamat. Ibulah yg menjadi kekuatan kami adik beradik dalam penantian yang terasa begitu lama penuh dengan harapan agar abah selamat. Tuhan mendengar dan memakbulkan doa ibuku dan kami sekeluarga, sehingga kini Allah masih memelihara abah yang masih bersama kami. Bersyukurlah ibu kerana masih lagi dapat bermanja dengan abah sebagai suami dan bersyukur juga kami ke hadrat Ilahi dapat memeluk, bergurau senda dan berkasih sayang dengan abah sehingga kini.

Tahun 2008, Allah menguji ibuku lagi, tatkala aku mendapat kepastian dari doktor yang ibuku mengidah barah pangkal rahim, dengan penuh ketabahan dan dengan penuh kekuatan yang cuba kulahirkan, perlahan-lahan kuberitahu ibuku mengenai barah yg dihidapinya. Ibu terdiam dan airmatanya berguguran. Ingin kupeluk dan kurangkul ibuku saat itu tetapi aku tahankan diriku kerana aku takut aku akan jadi lemah dan tidak dapat menjadi benteng kekuatan untuk ibuku saat itu.

Setelah airmata berguguran, ayat yang pertama yg keluar dari mulut ibuku ialah jangan beritahu abah,rahsiakan dari abah. Saat yg paling getir dalam hidup seseorang, ibuku sebagai seorang isteri yang setia dan penyayang masih lagi meletakkan suaminya di tahap yang utama. Dia tidak mahu abah mengetahui keadaan sakitnya kerana tidak mahu abah akan risau dan berduka kerananya. Itulah ibuku, jiwa dan semangat juangnya yg kental untuk meneruskan kehidupan, doanya yang tidak putus-putus ke hadrat Ilahi agar sisa-sisa usianya diberkati dan penuh bermakna. Semoga Allah mengasihanimu ibuku dan mempermudahkan kehidupanmu dan membelamu sebagaimana kau membela kami dari kecil sehingga kami dewasa. Jasamu tidak ternilai, dan akan abadi selamanya.

Selamat Hari Ibu, Aku sayang padamu

Thursday, September 11, 2008

MINAL AIDIL WAL FA IZIN



Aidilfitri datang lagi. Kehadirannya kali ini amat istimewa sama seperti kehadirannya pada waktu-waktu dulu. Cuma kali ini menjelang syawal yang bakal menjelma, diri terkenang kepada atok dan nenek serta sanak saudara serta rakan taulan yang telah pergi lebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Moga roh mereka tenang di alam barzah dan moga diamponkan segala dosa dan diringankan seksaan kubur sementara menanti hari pengadilan.

Bagi kita yang masih hidup, sama-samalah kita lengkapi diri kita dengan memperbanyakkan amal ibadat, hidup bagai aur dengan tebing, hormat menghormati, sayang- menyayangi, saling bermaafan dan nasihat-menasihati selagi hayat dikandung badan.

Bila syawal menjelma, dipanjatkan doa dan kesyukuran kepada Allah yang maha pengasih dan penyayang yang telah memberikan sejuta rahmat dan kesejahteraan dalam kita melalui kehidupan di muka bumi yang fana' ini.

Allah hu akhbar
Allah hu akhbar
Allah hu akhbar

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Bathin

Mckelate & keluarga

Wednesday, September 03, 2008

Cerita Anak Mami



Alkisah Muhammad Fadly anak kesayanganku ini sangatlah kreatif. Sejak usianya 5 bulan lagi dia sudah menunjukkan kepandaiannya. Apa tidaknya dia sudahpun melukis di pintu kereta belakang uncle Valen@ uncle V dan Untie Imi dengan white board marker. Entah macam mana dia boleh tersambar marker pen tu... kereta Uncle V tu pulak Honda City yang masih 'bau kedai' lagi, usiapun tak sampai sebulan. Mami pulak leka, sampai tak sedar anak dah buat lukisan...Fadly...Fadly... nasiblah Uncle V dan Untie Imi berjaya menanggalkan kesan marker pen tu.


Mckelate: geleng kepala dengan gelagat anak






Baru-baru ni anak mami buat cerita lagi. MP3 Player dalam kereta tak dapat 'main' kerana Fadly masukkan duit shiling. Perbuatannya tu dapat dikesan dan puncanya dapat dikenal pasti. Bila bawa ke kedai service kereta, bukan sekeping malah berkeping-keping duit shiling berjaya dikeluarkan. 4 keping duit 50sen, 3 keping duit 20 sen , 2 keping 10 sen dan 1 keping 1 sen. Rupa-rupanya selama ini Fadly menabung menggunakan Mp3 player kereta mami. Turut dikeluarkan pada masa itu ialah 2 unit straw minuman dari tempat aircond. Fadli...Fadli...


Mckelate: Tersenyum sumbing dengan telatah anak


Tuesday, March 25, 2008

Sepanjang Jalan Kenangan


Teringat tahun 1994 berangkat ke UK untuk belajar di Cardiff University Of Wales. Itulah pertama kali meninggalkan tanahair Malaysia yg tercinta, mek, abah, adik-adik serta mok dan cik tersayang. Masih kuingat lagi lapangan terbang Pengkalan Chepa sarat dengan kesedihan untuk menghantar pemergian ku ke sana. Aku juga sebak sewaktu berpelukan dengan abah, mek dan adik-adik. Sayu juga meninggalkan mok dan cik(nenek dan atok) yg disayangi. Tambahan pula mereka dalam keadaan uzur. Namun demi cita-cita, niatku yg suci dan murni untuk menimba ilmu pengetahuan di peringkat yang lebih tinggi kuteruskan jua.

Berbekalkan doa dan semangat yg membara didada, semua dugaan dan rintangan yg dilalui di Cardiff ku hadapi dengan tabah. Aku gembira kerana kehadiranku di situ mempertemukan aku dengan dengan kawan-kawan yang saling mengambil berat di antara satu sama lain. Begitu juga dengan rakan-rakan, senior dan adik-adik dari Malaysia juga umpama keluarga. Selalu berkumpul utk macam-macam aktiviti. Nak cari di mana pelajar Malaysia berkumpul tak susah, tengok jer kereta Merc berderet di situlah tempatnya. Almaklum kereta mewah tersebut murah di sana dan abang-abang dan kakak-kakak senior mengambil kesempatan membawa pulang kereta tersebut ke Malaysia.

Rakan-rakan dari negara lain yg menjadi rakan sekelas pun baik dan mesra, ada yg dari negara-negara di benua Afrika, ada dari Soviet, Brazil, Ireland,Indonesia, Singapura dan I sorang je dari Malaysia. Kami macam UN kecik...macam-macam isu yg kami discuss, ada masa sampai ke meja makan atau bincang dekat taman-taman yang indah, semua tu banyak memberikan ilham. Masa tu di Cardiff dah ada email, jadi senanglah beremail dengan kawan-kawan sekelas dan kawan-kawan dari negara barat lain. Tak dapat beremail dengan kawan-kawan dari Malaysia sebab masa tu email bukan medium yg popular lagi di negara kita.

Cardiff juga mengingatkanku mengenai negeri kelahiranku Kelantan. Di Cardiff bahasa yg digunakan ialah bahasa Welsh, sama macam Kelantan kerana loghat Kelate digunakan dalam percakapan harian di Kelate atau sesama Kelate walau di mana jua berada. Masa di Cardiff atau di UK bila puak-puak Kelate berjumpa mulalah loghat Kelate keluar. Begitu juga dengan di Cardiff, walaupun mereka berbahasa Inggeris dengan kita tapi mereka akan bercakap Welsh sesama mereka. Cakap pasal Cardiff semua orang tahu Diana adalah merupakan Princess of Wales, yg sangat dibanggakan di sana. Cardiff mempunyai banyak tempat menarik seperti Stadium Rugby, taman-taman yang indah, tempat membeli belah, kota-kota sejarah dan penduduknya yang sangat prihatin, mesra dan penyayang. Perkataan 'hello Love', 'bye Love', 'have a nice day Love' dan macam-macam greetings lain yg menggunakan perkataan Love menjadi perkara biasa di sana.

Bila membelek gambar-gambar di Cardiff, terasa seperti kembali ke kenangan silam yang sungguh indah. Airmata bergenang teringat pada tempat-tempat yang dilawati, kawan-kawan yang berkongsi suka duka dan susah senang di sana. Semuanya menggamit memori yang sukar untuk dilupakan dan selamanya akan abadi dalam kenangan.

Wednesday, March 05, 2008

MARILAH MENGUNDI, TUNAIKAN KEWAJIPAN PADA NEGARA


MALAYSIAKU NEGARA YG BERDAULAT


AMAN MAKMUR DAN SENTOSA


DI SINI TANAH TUMPAH DARAHKU


KUSERAHKAN JIWA RAGAKU


DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA


KERANAMU MALAYSIA

Sunday, January 27, 2008

Angkasawan Negara, Kebanggaan Malaysia


Kejayaanmu Kebanggaan Kami...
Moga kejayaan yg dimiliki akan menjadi sumber inspirasi generasi muda
untuk maju ke hadapan
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Posted by Picasa


Dr Sheikh Muszaphar Shukor Online

Tuesday, January 08, 2008

Selamat Tahun Baru 2008



Kupanjatkan segala kesyukuran
Di atas segala kurniaanMU
Memberi segala rahmat
Memberi segala keberkatan
Memberi segala kemuliaan
Memberi segala kasih sayang
Memberi segala harapan
Memberi segala-galanya

Kuredha di atas qada dan qadarmu
Kumohon kekuatan semangat
Kecekalan hati dalam menghadapi
segala ketentuan dan takdir Ilahi
Dalam menempuh kehidupan yang fana' ini.






Ajay - Kuch Kuch Hota Hai

Monday, December 03, 2007

Buah Hati Bonda II




Saat kau tersenyum manja dan mengamit mesra
Hilang segala penat yang dirasa
Hilang segala duka nestapa
Terasa damai dan bahagia di jiwa
Kau sungguh istimewa
Kau anugerah yang tidak ternilai
Penyeri hidup ayahanda dan bonda
Moga kau menjadi anak yg berguna dan berjasa
Pada keluarga, agama dan negara





siti nurhaliza - destinasi cinta