Monday, March 25, 2013

Usah Berharap Pada Yang Tidak Sudi



Usah dikenang orang yang tidak sudi
Cari yang lain sebagai ganti
Jangan bersedih hati
Always...be happy

Friday, February 15, 2013

Kebahagiaan Dalam Perpisahan



Berbahagialah mereka yang sentiasa berbahagia dengan pasangan masing-masing dan kita doakan semoga berbahagia berpanjangan sehingga ke anak cucu.  Namun ada juga bahagia yang tidak berpanjangan.  Disangka panas hingga ke petang, namun hujan di tengahari.

Orang paling sukar untuk melihat bahawa bahagia boleh datang dalam perpisahan.  Kebiasaan yang terlihat ialah derita dan kesedihan.  Percayalah bukan semua perpisahan itu datang dengan kedukaan, kesedihan dan ratapan air mata.  Ada juga perpisahan yang berlaku secara pilihan bersama, secara baik-baik sahaja dan secara TERHORMAT.  Terimalah hakikat ini dengan penuh keredhaan.  

Jangan ditanya mengapa perpisahan, apatah lagi jika perhubungan adalah dalam masa yang agak panjang.  Pasti ada sebab musabab yang tidak dapat dikongsi dan dinyatakan secara umum.  Fahamilah, ianya terlalu personal dan melibatkan reputasi dan airmuka seseorang. Mungkin juga airmuka 'mereka dan keluarga mereka'  Lebih baik jika soalan ini tidak ditanya.  Soalan lain yang sangat biasa ditanya ialah "tidak adakah ruang untuk kembali bersama..."  Maaf kenapa harus bertanya soalan seperti ini kalau pertanyaan ini ditujukan kepada seseorang yang sudah matang berfikir, seorang yang mempunyai ilmu  dan pendidikan , apatah lagi jika soalan ini ditujukan kepada seseorang yang mempunyai kedudukan yang baik dalam organisasi tempat dia bekerja.  Pastinya perpisahan yang berlaku bukan satu perkara yang difikirkan sehari dua.  Pastinya bukan satu perkara yang dipandang ringan dan keputusan yang dibuat tergesa-gesa.  Pastinya ia telah dibuat dengan mengambil segala pertimbangan, telah difikirkan dari segala sudut dan mungkin juga sudah mendapat bantuan mereka yang pakar dalam hal ini.  Oleh itu hormatilah dan fahamilah.  Jangan sesekali perpisahan dilihat dalam sudut yang sangat sempit tetapi lihatlah ia dalam sudut yang amat luas.  Lihatlah ia sebagai suratan takdir yang tidak dapat dielakkan.  Lihatlah ia sebagai satu perkara yang boleh menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental.

Menoleh ke belakang dan berterima kasih serta bersyukur kepada Allah
Memandang ke hadapan, meletakkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah
Allah menutup pintu yang tidak ada sesiapapun yang boleh membukanya
Allah membuka pintu yang tidak ada sesiapapun yang boleh menutupnya

Tiada yang dapat meramal apa yang akan berlaku kehadapan. Semuanya ditangan Dia yang maha esa. Kita hanya mampu berusaha untuk membuat yang terbaik, selebihnya kita serahkan segalanya di tangan Allah yang maha mengetahui.

mckelate
Kota Samarahan
16 Feb 2013

Bila Dilamun Rindu


Wednesday, February 13, 2013

Jatuh Cinta


Tiada siapa yang dapat menjangkakan kehadiran sebuah cinta
Ia datang secara tiba-tiba
Menyentuh rasa
Hati berbunya rasa rindu kepadanya...

Thursday, January 17, 2013


KAMI KECEWA DENGAN RAJAGOBAL

Tiga pemain hebat Kelantan TRW tetapi seorang sentiasa TERCICIR dan ada masanya seperti sengaja DISISIHKAN daripada senarai RG. Hati penyokong setia Kelantan TRW terasa seperti diguris sekali lagi oleh RG. Kemampuan Piya untuk menyarung jersi kebangsaan bukan diangkat oleh penyokong Kelantan TRW malah diakui oleh mereka yang berpengalaman dalam bolasepak tempatan seperti pengulas tersohor yang juga bekas pemain kebangsaan, Azlan johar dan Reduan Abdullah.

Malah laman bola terkemuka dunia Goal.Com telah mengiktiraf Piya @Badri Radzi sebagai pemain pilihan Asia bulan Oktober 2012 juga turut menunjukkan hasil survey pembacanya yang menunjukkan 79.3 peratus pembacanya mengatakan Piya layak untuk mewakili Malaysia, sayangnya nama Piya seringkali ditinggalkan oleh RG. Laman Goal.Com juga turut mengakui kehebatan Ketua Pasukan Kesayangan rakyat Kelantan ini sebagai "A strong tackler with an eye for a killer pass" (Seorang yang mempunyai ketajaman radar mata yang mampu membuat hantaran maut ke gol lawan).

Dalam ramai mereka yang bijak pandai berkepakaran dakam bidang bolasepak tanahair mengatakan HARIMAU MALAYA KEKURANGAN PEMAIN TENGAH YANG KREATIF DAN BERWIBAWA, RG langsung tidak memandang Piya walaupun dengan sebelah mata.


Piya mempunyai legasinya yg tersendiri kerana sejak menyarung jersi Kelantan pada tahun 2008 dalam usia 26 tahun, Piya terus menerus menyumbang kepada kecemerlangan pasukan Kelantan bersama rakan-rakan lain dalam pasukan Kelantan. Beliau diakui oleh akhbar SINAR HARIAN sebagai seorang pemain dan kapten yang begitu kreatif mengemudi jentera tengah Kelantan seolah-olah menjadi inspirasi kepada rakan sepasukannya yang lain.
Kepakaran beliau dalam situasi bola mati juga menjadi sandaran utama Kelantan (SINAR HARIAN 20 Oktober 2012)

Harian Metro (22/10/2012) menyifatkan Piya sebagai kapten paling berjaya dalam sejarah bola sepak negeri Kelantan selepas berjaya mengemudi The Red Warriors meraih Juara Treble dan mencatat sejarah manis bagi negeri Kelantan.

Tiada apa yang nak dikatakan lagi, ianya TERANG LAGI BERSULUH, harapan kita Piya menyarung jersi Kelantan bukan kerana soal Piya pemain Kelantan...tetapi kta berasa Piya mampu menyumbang untuk Malaysia aka Harimau Malaya untuk meraih kejayaan.

Piya...teruskan perjuangan bersama pasukan Kelantan The Red Warriors kerana anda TETAP TERBAIK dan menjadi KEBANGGAAN kami. GOMO KELATE GOMO!!! 

Kredit Gambar : Seperti yang dinyatakan

Penulis @ Mckelate adalah penyokong setia Kelantan The Red Warriors


Monday, October 01, 2012

Hati Tetap Menaruh Harapan


Lumrah naluri manusia ingin disayangi dan menyayangi
Ingin dihargai, diberi perhatian dan kasih sayang
Namun ada masanya harapan yang indah hanya mimpi
Realitinya amat sukar dan menyakitkan
Umpama membina harapan di persisiran pantai
Akhirnya musnah disapa ombak
Namun, siapakah yang pernah mengalah kepada Cinta
Walau pahit dan kelukaan datang silih berganti
Namun hati tetap menaruh harapan
Pada cinta yang suci dan murni
Pada ketentuan dan rahmat Ilahi
PadaNya kita berserah
Pada takdirNya kita redha dan bersyukur

mckelate
1 Oktober 2012
Kota Samarahan

Sunday, September 30, 2012

Web Poster Kelate The The Red Warriors : http://mckelate.tumblr.com





Saya sudah lama mengikuti perkembangan bola sepak Kelantan The Red Warriors dan sememangnya menyokong pasukan Kelate TRW sejak dulu, kini dan selamanya @ forever. Saya jatuh cinta dengan TRW sejak dahulu dan akan terus di alam percintaan dengan kelate TRW selamanya. Kasih sayang saya kepada pasukan ini membawakan ilham/idea dan membuat saya berkarya dengan membuat web-web poster untuk TRW. Sememangnya web poster saya sangat memuji-muja pasukan kesayangan saya , penuh dengan kata-kata yang bermotivasi tinggi dan bersemangat dan sangat positif. Ianya lahir daripada hati dan keiikhlasan saya berkarya. Yes I am very bias becoz I love Kelate TRW very-very much. 




Pada sesiapa yang merasai ‘kasih sayang dan kesetiaan serta patriotik’ kepada pasukan Kelate TRW kesayangan kita dan menghargai usaha saya ini, saya ucapkan terima kasih. Nyatalah kita semua peminat setia dan patriotik kepada pasukan kita, walaupun kita tidak bertentang mata atau berkenal mesra. namun hati=hati kita bersatu kerana pasukan kita yang disayangi. Perjuangan kita adalah “All for one and one for all”.ada yang sudi sharing web poster ini, terima kasih… silakan, cuma jangan ubah suai, kekalkan dalam bentuk yang asal dan jangan lupa kredit kepada mckelate.tumblr.com





Pada yang sudi sharing web poster ini, terima kasih… silakan, cuma jangan ubah suai, kekalkan dalam bentuk yang asal dan jangan lupa kredit kepada mckelate.tumblr.com


Teruskan sokongan anda kepada Kelate TRW, Gomo Kelate Gomo!!!


Salam sayang/Love always,


Noorma Mckelate Yusoff
noorma@gmail.com

Friday, September 28, 2012

PIYA Badhri Radzi Kapten Kelantan TRW Yang HEBAT!!!


Kapten Fantastik! 

Mungkin itulah ayat yang tepat bagi menggambarkan kehebatan dan pengaruh ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi atau lebih dikenal dengan gelaran Piya.


Lahir pada tanggal 2 Jun 1982 di Pengkalan Chepa, Piya mula bermain bola secara aktif sejak berumur 12 tahun. Ketika itu beliau bermain untuk Sekolah Kebangsaan Padang Garong sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putera pada tahun 1995. Menurut Piya, beliau memang dari kecil mengimpikan untuk menjadi pemain bola sepak.

"Memang cita-cita saya nak jadi pemain bola sepak. Ayah saya dulu juga merupakan pemain bola sepak dan pernah bermain untuk pasukan TNB Kelantan. Ketika itu era semi-pro. Setiap kali ayah saya ada perlawanan, saya akan pergi menonton. Saya tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan ayah saya beraksi. Dari situlah muncul minat saya untuk bermain bola sepak," cerita Piya.

Pada tahun 2002, ketika Piya berumur 20 tahun, beliau telah menyertai pasukan Milo Kelantan sebelum dipanggil menyertai pasukan Liga Simpanan pada tahun 2003 di bawah bimbingan jurulatih Anizan Daud.

Pada tahun 2004, beliau telah diserapkan untuk bermain dalam Liga Malaysia. Pada tahun 2005, Piya menyertai pasukan TNB Kelantan selama semusim sebelum menyarung jersi JPS Kelantan pada tahun berikutnya.

Ketika bersama JPS Kelantan, Piya telah berjaya membantu pasukan menjuarai Liga FAM dan sekaligus layak ke Liga Perdana.

Permainan Piya bersama JPS Kelantan telah menarik minat pasukan PDRM yang kemudiannya menagih khidmat beliau, menyarung jersi pasukan PDRM pada tahun 2007, sekaligus berjaya membantu pasukan berkenaan muncul sebagai juara Liga Perdana.

Selepas beberapa tahun berkelana di negeri orang, akhirnya pada tahun 2008, ketika berusia 26 tahun, Piya telah dipanggil pulang ke Kelantan untuk menyarung jersi merah putih kebanggaan rakyat negeri Kelantan. Ketika itu beliau bermain di bawah bimbingan jurulatih Norizan Bakar dan ketua pasukan ketika itu ialah Khairul Anuar Ramli.



Pada tahun itu juga, Piya dan rakan sepasukan berjaya membawa pasukan Kelantan layak ke saungan Liga Super musim 2009.

Bermula pada tahun 2009, bermulalah kebangkitan pasukan Kelantan dari zaman malap. Ketika itu, Presiden Tan Sri Annuar Musa telah membawa masuk ketua jurulatih, Peter James Butler dan beberapa pemain baru seperti Khalid Jamlus, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad untuk memantapkan lagi pasukan. Dan ketika itu jugalah Badri Radzi telah dipilih untuk mengetuai pasukan Kelantan.

"Ketika mula-mula dilantik sebagai ketua pasukan, saya menolak tawaran itu kerana masih ada pemain senior yang layak memakai lilitan ketua pasukan berbanding saya. Namun, setelah membuat undian dan ketua jurulatih, peter James Butler, berkeras mahukan saya menjadi ketua pasukan, akhirnya saya menerima tugas tersebut, bermula pada tahun 2009," menurut Piya.

Aksi cemerlang Piya bersama pasukan Kelantan sedikit terjejas selepas beliau mengalami kecederaan yang serius semasa perlawanan menentang Pulau Pinang pada tahun 2009. Kecederaan patah kaki kiri mengambil masa tujuh bulan untuk sembuh menyaksikan beliau terlepas aksi pertama final Piala Malaysia 2009 ketika era B. Sathianathan.

Piya kembali menyertai pasukan selepas Piala Malaysia tersebut.

Pada musim 2010, Piya telah berjaya pulih sepenuhnya dari kecederaan dan mula bermain dengan baik. Antara kejayaan yang dikecapi pada tahun 2010 ialah tempat kedua Liga Super dan juara Piala Malaysia 2010. Kenangan itu merupakan kenangan yang paling manis sepanjang karier beliau sebagai pemain bola sepak.



"Kejayaan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan merupakan kenangan yang paling manis. Apatah lagi menjulang piala selaku ketua pasukan dan menjaringkan gol kemenangan, itu merupakan kenangan yang paling manis sepanjang karier saya," kata Piya.

Menceritakan kenangan pahit sepanjang karier pula, Piya menyatakan terpaksa direhatkan lama kerana kecederaan adalah kenangan pahit beliau.

"Ketika cedera di Pulau Pinang, saya berasa seolah-olah tidak akan mampu untuk bermain bola lagi. Ketika diusung keluar padang lagi saya sudah menangis mengenankan apa yang akan berlaku seterusnya. Saya terfikir adakah saya masih mempu bermain. Macam-macam perasaan yang bermain di fikiran ketika itu," cerita Piya.

Untuk musim 2012, Piya berazam untuk menjulang Piala FA serta mengekalkan kejuaraan Liga Super. Selain itu, beliau juga berjanji akan melakukan yang terbaik untuk saingan Piala AFC. Beliau bercita-cita untuk menyarung jersi Kebangsaan untuk Piala AFF tahun ini.

"Yang pertama, saya mahukan Piala FA, satu-satunya piala yang belum kita miliki walaupun sudah dua kali beraksi di pentas final. Yang kedua, saya mahu kekalkan kejuaraan Liga Super. Sementara dalam Piala AFC, saya akan cuba buat yang terbaik memandangkan ini kali pertama kita bermain di pentas AFC. kita sendiri tidak mampu lagi mengukur keupayaan sebenar. Pada tahun ini juga, kalau ada rezeki, saya nam merasai menyarung jersi pasukan Malaysia dalam kejohanan Piala AFF," jelas Piya.

Ditanya mengenai cabaran menjadi pemain bola sepak, Piya mengakui menjadi pemain bola sepak sememangnya banyak cabaran.

"Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Membuat silap adalah perkara biasa dalam bola sepak. Jurulatih pernah berpesan kepada saya, jika buat silap, jangan peduli apa orang kata. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Apa yang penting, kita sudah melakukan yang terbaik ketika berada di atas padang. Ambil kritikan itu untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi lebih baik."


Apakah harapan Piya kepada penyokong?

Harapan saya kepada penyokong, kalau boleh, setiap kali perlawanan saya mahu stadium sentiasa penuh. Beri semangat kepada pemain-pemain da pemain akan berikan 120%. Biar lawan gerun untuk bermain di Kota Bharu.

Adakah Piya mengimpikan untuk bersara di Kelantan?

Soalan cepu emas yang sukar untuk dijawab buat masa sekarang. Apa yang pasti, pada musim ni, saya mahu merasai kenikmatan menjuarai Piala FA. Sudah dua kali kita layak ke final dan sudah dua kali kita tewas di final. Jadi tahun ini, saya target untuk menang Piala FA selain mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Macam mana dapat nama "Piya"?

Nama "Piya" ini sebenarnya diberi oleh seorang bekas jurulatih semasa saya bermain di Padang Bank. Beliau dikenali dengan nama gelaran "etuk". Beliau yang beri nama "Piya" kepada saya kerana ketika itu ada seorang pemain Colombia, Faustiono Asprilla yang cukup tersohor. Beliau cakap, nama "Piya" ini sesuai untuk saya. Dan dari hari itu hinggalah sekarang, nama gelaran "Piya" itu melekat dan sinonim dengan diri saya.

Oleh : DUNIA WARRIORS, Edisi Mac/April 2012



Selamat Hari Jadi Piya 2012







Mckelate:  Akan mendoakan PIYA dan menyokong PIYA dan pasukan Kelantan selamanya.  Semoga PIYA sentiasa beroleh kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. PIYA IS THE BEST...Gomo Kelate Gomo!

Saturday, September 08, 2012

Kenangan Terindah Bersama Piya & the gang

Kenangan Terindah Bersama Piya & the gang pada Aidilfitri 2012 di rumah
Pengurus Pasukan Kelantan, Hj Azman Ibrahim.
Gomo Kelate Gomo!






Kenangan Terindah bersama my fav TRW Player, Kapten Pasuke Kelate, Badhri Radzi aka Piya...di rumah kawanku Nik Noor Ezah (isteri Hj Azman, Pengurus Pasukan Kelate) bersama Yah Darling Nik Maziah Nik Mashor yg sudi menemaniku. Tiada perkataan yg dapat menggambarkan bila peminat bertemu bintang bola pujaan (chewah..chewah) dan yang lebih meninggalkan kenangan manis, rakaman detik yg terindah ini dimuatkan pula dalam Sinar Harian (antara penaja TRW), Pasti Dato Hussamuddin Yaacub dan Datin Jamilah Yahya tak terkejut kerana dia tahu sangat mckelate ni sama mcm dia orang juga peminat tegar Kelate The Red Warriors. Love TRW forever... GKG!








Sunday, June 24, 2012

Kelantan The Red Warriors Proudly Support Local Soccer


Di saat orang lain masih menjadikan kelab bola sepak dan negara luar sebagai idola mereka, kita semua menyokong pasukan kita Kelantan TRW dengan semangat Gomo Kelate Gomo. Kita bukan fanatik tetapi kita adalah PATRIOTIK. Kita bangga dengan pasukan negeri sendiri. Melalui cara ini kita menyokong pembangunan dan usaha meningkatkan mutu bola sepak tempatan iaitu negara kita Malaysia. Di saat orang lain membayar tiket dengan harga jauh lebih rendah untuk menyokong pasukan mereka, kita sanggup membayar dengan harga yang tinggi dan MAHAL. Kita sanggup datang dari jauh kerana Kelantan TRW dan kita sanggup berhujan dan berpanas kerananya kerana KITA SAYANG DAN BANGGA dengan pasukan kita. Biar kita tidak mendengar pujian atau menerima ucapan tahniah atas usaha dan sumbangan bakti kita dalam memeriahkan arena bola sepak Malaysia, cukuplah kita tersenyum bila mendengar Dato' Rahim Razali Pengulas Tersohor Malaysia mengatakan "Atmosfera bola sepak sebenar di Malaysia adalah di Kelantan"...dan kita boleh juga tersenyum bila Tan Sri Datuk Tony Fernandes mengatakan "Penyokong Kelantan adalah FENOMENA pada pasukan mereka" Gomo Kelate Gomo!!! 





Wednesday, June 20, 2012

Allah is the best listener...


Appreciate whatever you've got. You never know when ALLAH is going to take them away. Be thankful ~ alhamdullilah. Every falling tear, every silent sob.. Allah knows. He has given you an opportunity to get closer to Him through the trials. Allah is the Most Wise...and when we pray and put our nose to the ground,we feel a joy,a rest,a strength,that is outside this world...Allah is enough as a witness.


Wednesday, June 13, 2012

IS HE IN TO YOU???


  • A man that can't be present for you emotionally at all times may not be a man that makes a good long term partner.
  • Men fall in LOVE with you when they think about you and when you stay on their minds when you are apart.

  • If  he sees you as long term potential and has deep feelings, he won't be up and down, hot and cold. Sure he may have an off day, but he wouldn't dream of being this way to the woman he wants to keep around. This is treatment he reserves for his back burner girls or women that allow him to get away with such behavior.  The sad truth for the reason they stay around and blow hot and cold is they are keeping their OPTIONS OPEN.

  • Often men have several options. You may not be the only girl he is showing his attention to. Often men will keep you on the back burner so to speak. They call you, text you, spend time here and there with you. This is to keep you interested enough so that you will remain an OPTION. He is just buying time and having something to do until the one that knocks his socks off comes along. When he thinks he found her, he leaves you in the dust. 

                fffrom: squidoo.com