Thursday, September 29, 2011

Lambaian Kaabah 5 : Berserah diri pada Allah dan mengharapkan pertolongannya


Aku yang selalu inginkan yang TERBAIK, aku yang selalu ingin CEPAT, aku yang selalu ingin TERATUR dan TERSUSUN, aku yang mahukan yang SISTEMATIK , aku yang mahukan yang segala-galanya...

Astagfirullah hal azim.... ampunkan aku Ya Allah, ampuni aku Ya Allah...ampuni hambaMu ini
Siapa aku
Siapa diriku
Dari mana asalku
Kemana akhirnya diriku
Ampuni aku Ya Allah
Ampuni aku Ya Allah

Tiba-tiba aku tersedar dan terkejut bila aku merenung dan mengembara ke dalam diri
Petunjukmu di mana-mana bahawa jangan menaruh harapan kepada diri sendiri
Jangan menaruh harapan kepada manusia.
Manusia yang leka
Manusia yang lupa
Manusia yang banyak kekangan dan cacat serta cela
Manusia yang penuh dengan noda dan dosa
Sandarkan semuanya kepada Allah
Hanya kekuatan daripada Allah
Yang dapat mengatasi kekuatan cabaran dan ujian dunia


Ya Allah kami berserah diri padaMu.
PadaMu Ya Allah kami memohon
Sesungguhnya Kau Ya ALLAH yang Maha Tahu apa yang baik
dan apa yang buruk untuk kami di saat ini dan di masa hadapan.
Semuanya dariMu dan akan kembali kepadaMu.

Hanya dengan menyerahkan segalanya dalam pentadbiranMu hati ini menjadi tenang dan tenteram
Segala rasa gundah gulana dan debaran menjadi hilang dan hati berbunga rasa keinsafan dan harapan

Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada Ibnu Abbas r.a:



Apabila kamu bermohon, maka bermohonlah kepada Allah s.w.t. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah s.w.t. Dan, ketahuilah bahawa sekiranya sekalian makhluk saling bantu membantu kamu untuk memperolehi sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t untuk kamu, pasti mereka tidak akan sanggup mengadakannya. Dan, sekiranya sekalian makhluk mahu memudaratkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t buat kamu, nescaya mereka tidak sanggup berbuat demikian. Segala buku telah terlipat dan segala pena telah kering. (Petikan http://alhikam0.tripod.com/hikam033.html)

Mckelate 28 September 2011
Sri Baloh
Kelantan


Baca sebelumnya:

Lambaian Kaabah 1


Lambaian Kaabah 2


Lambaian Kaabah 3


Lambaian Kaabah 4

Tuesday, September 27, 2011

We are HEPi@UNIMAS dan Sekilas Alumni UNIMAS

Tahniah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS di atas kejayaan Majlis 3 dalam 1 iaitu Majlis Merdeka Raya, Pelancaran Button Badge dan Buletin Sekilas Alumni UNIMAS


Keluaran sulung Buletin Sekilas Alumni UNIMAS dan dilancarkan oleh TNC HEPA UNIMAS pada 27 september 2011


Turut dilancarkan ialah Button Badge We are HEPi@UNIMAS


me bergambar dengan replika besar button badge We are HEPi@UNIMAS

Staf PKP bangga dengan penerbitan baru Sekilas Alumni,menambahkan lagi penerbitan HEPA yg sedia ada seperti Buku Panduan Pelajar, Majalah MYHEP@UNIMAS , Buku Dasar dan Polisi HEPA dan Buletin Info Kolej


Gambar sekitar Majlis Merdeka Raya dan Pelancaran Button Badge & Buletin Sekilas Alumni HEPA

Sunday, September 25, 2011

Sharing is Caring and Caring is Loving





Hati ini terasa gembira dan teruja jika dapat berkongsi.
Berkongsi pendapat, berkongsi cerita, berkongsi rasa,berkongsi gambar ,berkongsi resepi dan berbagai lagi.

Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk,semuanya lahir daripada hati nan tulus dan ikhlas. Hanya Allah jua yg maha mengetahui apa yg ada dan terdetik dalam hati manusia.

Dengan prinsip "sharing is caring and caring is LOVING" kumulakan penulisan blog http://mckelate.blogspot.com, begitu juga dengan Facebook "Noorma Mckelate Malaysia" dan juga blog koleksi resepiku : http://mckelatekoleksiresepi.blogspot.com

Terima kasih kepada rakanku Ida Khan yang telah menggalakkanku membuat kompilasi. Asalnya Ida punya idea adalah untuk aku membuat buku koleksi resepi masakan namun sewaktu bulan ramadhan 2011 yang lalu, hati ini terdetik untuk berkongsi secara percuma dengan sesiapa sahaja. Wawasanku pada saat itu ialah ingin mengumpulkan pahala dengan apa saja cara bila mengenangkan hidup di dunia ini amat singkat dan bila-bila masa akan pergi selama-lamanya. Harapanku ialah moga-moga perkongsian resepi ini adalah umpama ilmu yang bermanfaat dan pahalanya akan terus mengalir sampai bila-bila kepada sesiapa juga yang mengajar dan menurunkan resepi ini zaman berzaman.

Semoga Allah memberikan ganjaran pahala ,keberkatan dan rahmat di atas niat ikhlas kita dalam perkongsian kita, dalam apa juga bentuk. Moga-moga amal baik kita ini akan sampai kepada kita bila kita tiada lagi di dunia ini. Aminn.


"Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam ISLAM, maka diamalkan orang, dicatatkan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya. dan sesiapa yang mengasaskan jalan yang tidak baik dalam Islam lalu diamalkan orang, maka dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dosanya "(Sahih al-Muslim)


Saturday, September 24, 2011

Lambaian Kaabah 4 : Terima Kasih Jemaah Masjid Baitul Rahman





Terima kasih jemaah Masjid Baitul Rahman, Kg Budi..kampungku yg tercinta kerana telah membuat majlis solat hajat kpd bakal-bakal haji kampung kami semalam.Moga Allah memberi ganjaran pahala dan moga semua dpt berkunjung ke rumah Allah suatu masa nanti. aminnn. TQ Allah

Sejarahnya masjid di kampungku ni mulanya kayu, kemudian batu satu tingkat . Pada masa kecil-kecil dulu selalu datang dengan arwah nenek dan atok, kemudian masjid ini telah dijadikan 2 tingkat, 100% duit derma orang ramai dua tiga tahun yg lalu. Namanya Ar Rahman mengambil nama masjid yg tidak musnah di Aceh selepas Tsunami. Allah hu akbar!

Melihat masjid ini hati tiba-tiba mengagumi kebesaran Allah, teringat kasih sayang orang-orang tua yg dulunya duduk di saf pertama dan kini mereka telah tiada meninggalkan kita, Moga mereka aman dan tenteram di sana. Benarlah tiada yg kekal abadi yg kekal hanya Allah..



Baca sebelumnya:

Lambaian Kaabah 1


Lambaian Kaabah 2


Lambaian Kaabah 3

Lambaian Kaabah 3 : Bingkisan Kepada Yang Mengenaliku

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang,

Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah, hamba Mu datang menyambut Panggilan Mu.

Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagi Mu.

Tiada yang lengkap kecuali Dia Yang Maha Sempurna,

Tiada yang kekal kecuali Dia Yang Maha Abadi,

Tiada yang layak dipuji kecuali Dia Yang Maha Terpuji,

Tiada yang kaya melainkan Dia Yang Maha Kaya,

Tiada yang maha tahu kecuali Dia Yang Maha Berilmu,

Tiada yang bersih kecuali Dia Yang Maha Suci,

Tiada yang lebih kasih dan cinta, kecuali Dia Yang Maha Pengasih & Penyayang.

Bila tiba waktu dan ketikanya

Tidak ada sesuatupun yang dapat menghalangnya

Tidak ada seseiapa jua yg dapat menegahnya

Semua sudah digariskanNya.

Hanya ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap serta kekhilafan

Halalkan yang termakan dan terminum

Panjang usia dan murah rezeki

Kita akan berjumpa lagi

Love

Mckelate




p/s Insyaallah akan berangkat pada 4 Oktober dan kembali pada 20 Nov 2011. Mohon ampun dan maaf kepada semua yg mengenali diri ini.Halalkan yg termakan dan terminum.


Bingkisan: adaptasi dan disesuaikan from internet


Moga Mummy selamat pergi dan kembali dan dpt mengerjakan ibadah dgn sempurna,aminnn ya rabb


* Kuserahkan dirimu anakku kepada Allah, semoga dikau sihat sejahtera,riang dan ceria sewaktu ketiadaan Mummy nanti. Jaga diri dan jangan nakal2 bersama daddy. I love you...peluk cium from Mummy







Lambaian Kaabah 1


Lambaian Kaabah 2

Friday, September 23, 2011

Lambaian Kaabah 2: Surat Seorang Adik



Assalamualaikum wbh

Kak N, saya doakan keberkatan dan keselamatan pemergian kak N ke sana. Saya maafkan kesemua apa jua kesalahan dan kesilapan yang dah kak N lakukan sama ada yang sengaja ataupun tidak, nampak mahupun yang tak nampak.
Saya pun mohon ampun dan maaf juga atas kesemua kesalahan saya lakukan terhadap kak N sengaja ataupun tidak dan juga sama ada nampak mahupun yang tak nampak. Halalkanlah segala yang saya termakan dan terminum.

Saya ni bukannya alim atau bagus sangat tapi saya nak berkongsi dan berpesan sikit supaya ibadah kak N nanti insyallah dipermudahkan.

Ingatlah pemergian ini adalah jemputan istimewa Allah SWT dan saya doakan kak N cukup bersedia. Niat perlulah tepat. Pergi kerana Allah semata-mata dan bukan sebab lain seperti temankan keluarga atau sbgnya. Ihram yang kita pakai itu umpama kain kapan, dan perjalanan kita ke Mekah seumpama perjalan ke alam barzakh. Kita mungkin pergi dan tak kembali. Sentiasalah bersabar atas apa jua cobaan dan dugaan yang bakal mendatang. Percukupkan lah bekalan persediaan dari segi ilmu dan mental. Kurangkanlah perbualan dan percakapan yang sia-sia dan gantikan dengan ibadah. Kan Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : "...sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Elakkan sikap mudah marah, kecil hati dan prasangka di sana nanti. Orang kat sane especiallly Arab dan Indon terutamanya kadang-kadang boleh nampak seolah2 kasar menyebabkan hati dan mulut kita berkata perkara yang tak sepatutnya. Kat sane juga kak noorma akan first time lihat kepelbagaian mazhab jadi hati2 agar tak mudah bersangka tak baik. The best medicine is positive thinking.

Kat sane juga nanti kak N kena hati-hati supaya tak rasa terbeban untuk menjaga org tanggungan/room mate/ kawan. Mungkin ada dugaan yang menyebabkan kita rasa ibadah kita tak sempurna disebabkan kita 'diganggu'/ terbeban dengan tanggungjawab kepada tanggungan kita. Ingat tu semua adalah dugaan Allah untuk melihat keikhlasan dan kekuatan kita. Sempurna atau tidak ibadah itu Allah jua yang menilainya dan memberikan ganjarannya..

Sebelum ke Madinah sebaiknya kenalilah Rasulullah SAW dengan lebih dalam terlebih dahulu. Pelajari sedikit sirahnya agar kita dapat menghayati pengorbanan yang baginda telah lakukan agar kak N lebih bersedia untuk menziarahi baginda di sana nanti. Kan kata org tak kenal maka tak cinta.. Jika ada kesempatan tolonglah kirimkan salam saya kepada Baginda SAW. Kalau terlupa atau tak ada kesempatan tak mengapa.

Di Mina nanti kak N perlulah hati-hati supaya tak jadi lewa dan alpa untuk kerjakan ibadah yang sunat sebab dugaan utama di sana ialah suasananya. Mudah sangat nak hilang fokus. Mudah sangat untuk melepak2 atau berborak2. Bawaklah Quran kecik atau buku-buku agama untuk bacaan supaya masa lapang disana diisi dengan penuh manfaat. Insyallah bila sampai di sana Kak Noorma boleh faham maksud saya nanti.

Jika ada kesempatan di depan kaabah nanti. kak N doakanlah saya dan keluarga saya dikurniakan taufik dan hidayah NYA sehingga ke akhir hayat, dipelihara dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau terlupa atau tak berkesempatan tak mengapa.

Oh satu lagi, jika kak N mendapat pesanan dari sini, tuliskanlah supaya tak terlupa bila disana ya.


Fahami dan hayatilah maksud sebenar talbiyah (Labbaikallah humma labbaik..) Insyallah niat yang betul dapat dihayati.

Saya doakan Kak N mendapat Haji yang mabrur. Saya juga doakan perjalanan kak N dimudahkan Allah SWT.

Amin..

Sekian,


-----------------------------------------------

****Terima kasih atas ingatan ini,moga Allah memberi ganjaran padamu dik . Thanks and love from me



Baca Seterusnya:


Lambaian Kaabah 3

Tuesday, September 20, 2011

Lambaian Kaabah 1 :Jemputan Haji Bersama Abah dan Mek

Sejak zaman remajaku abah dan mek selalu berkata ingin menunaikan haji bersamaku, rupa-rupanya kata-kata menjadi doa dan Allah telah makbulkan. Terasa teruja utk menunaikan haji bersama mereka, Allah telah mentakdirkan dan aku menerimanya dgn penuh rasa kesyukuran dan kasih sayang.


Abah dan mek yg sangat disayangi



Teringat berpelukan tiga beranak di ESQ kerana Allah dan kini kehangatan itu dirasakan lagi bila mendapat seruan haji. Tiada apa yg bermain di dalam fikiran seorang anak, hanya ingin berbakti sebaik mungkin pada abah dan mek serta ibu saudaraku yg turut serta. Sebagai seorang hambaNya yang hina,kerdil dan penuh dosa, tiada yang lain yang didambakan setiap kali tangan ditadahkan melainkan meminta belas kasihan,keampunan daripada segala dosa, diberikan kesihatan, nikmat kasih sayang serta akhlak yang mulia serta dapat beribadat dengan sempurna bersama-sama mereka.



Mek, abah dan ibu saudaraku yg akan bersamaku..


Mereka bersamaku dan aku serahkan diriku dan mereka ke tanganMu yang maha Esa, takdirkan yang terbaik untuk kami, jadikan kami tetamuMu yg istimewa, permudahkan segala-galanya bagi kami, jadikan kenangan haji kami yang terindah dan terbaik dalam hidup kami di dunia yang fana ini.


Pada adik-adikku tersayang Faizal, Yee, Daa, Elly dan Dilla, doakan kami dan teruskan berdoa. Doakan abah dan mek kerana doa anak-anak adalah mustajab kepada kedua ibu bapanya. Bukan wang ringgit dan harta benda yg dapat membeli sebuah kesihatan dan kesejahteraan diri ibu dan ayah kita melainkan dengan doa yg tak putus-putus dan Allah yang maha mendengar dan maha mengasihani pasti akan memakbulkan doa kita adik-adikku sayang.


Adik-adikku yang sangat disayangi dan dikasihi



Hilangkan rasa kebimbangan dan kegusaran, hantar pemergian kami nanti dengan senyuman dan kasih sayang dan doa kalian akan mengiringi kami sepanjang perjalanan. Kami pergi menemui DIA tuhan yang maha agung, dengan harapan menggunung agar diampunkan segala dosa dan diterima segala amalan dan ibadat kami dan doakan moga Allah takdirkan panjang usia dan murah rezeki, kita akan berjumpa lagi nanti, insyaallah.


Sesungguhnya hidup kita ini hanya sementara dan akhirat juga rumah kita yang abadi.


Mckelate





Lambaian Kaabah 2

Saturday, September 17, 2011

Merdeka Raya UNIMAS 2011: Gerai HEPA No 1

Rasa gembira bila HEPA berjaya mendapat tempat PERTAMA Pertandingan Gerai Merdeka Raya dan Ramah Tamah AidilFitri UNIMAS 2011 dan membawa pulang RM500. Tahniah kerana telah maju ke hadapan setelah mendapat tempat KETIGA tahun lalu. Tahniah kpd Dr Zara Manap selalu Ketua pelaksana dan seluruh team BHEPA yg terlibat. We R HEPi@ UNIMAS.



Me @ gerai HEPA

me with HEPA staff sempat bergambar sebelum majlis raya UNIMAS



YBhg Prof Datuk Dr Khairuddin AB Hamid dan datin serta TNC HEPA, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman

sempat bergambar dengan Pendaftar UNIMAS (kanan sekali)
TNC HEPA bersama me and staf UNIMAS


Bergambar bersama Datin Dyg Mariani, isteri Datuk NC UNIMAS with Dr Zara

WE LOVE UNIMAS...

Click for more pictures of MERDEKA RAYA UNIMAS 2011


Click for more pictures of RAYA UNIMAS 2010


Click for more pictures of RAYA @UNIMAS 2009 & other pics

Monday, September 12, 2011

Warga UNIMAS kini 13 ribu orang...

Alhamdulillah selesailah sudah Minggu Aluan Pelajar dengan tamatnya Malam Rumpun Budaya hampir jam 12 malam tadi (10 September)...Kini menanti kehadiran pelajar senior pula pulang ke UNIMAS. Pastinya suasana kampus UNIMAS akan menjadi lebih meriah dengan hampir 11 ribu pelajar dan 2 ribu staf. WE LOVE UNIMAS GEMILANG...



Dewan Tunku Abdul Rahman Putra UNIMAS (DeTAR PUTRA )


Pelajar baru UNIMAS sesi 2011/2012 merupakan pelajar pertama menggunakan DeTAR Putra UNIMAS yang boleh memuatkan 4000 orang dan berkembar dengan Dewan Bankuet yang boleh memuatkan 2000 orang



Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid dan tetamu jemputan hadir ke Malam Rumpun Budaya UNIMAS


Bergambar bersama TNC HEPA UNIMAS, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman selepas Majlis Ikrar Pelajar (MIP) di hadapan DeTAR Putra


Pengacara Majlis MIP


Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid ditemubual wartawan selepas MIP


  • Click for more pictures of Minggu Aluan Pelajar(MAP) UNIMAS
  • Sunday, September 04, 2011

    Riang Ria Aidilfitri 2011 with My Hero , Fadly

    Kaulah satu-satunya di antara berjuta insan yg teristimewa

    Senyum tawa dan gurau sendamu membawa bahagia

    Aksi dan kerenahmu mencuit hati walaupun ada masa mummy jadi geram bila anak mummy 'terlebih juruh'

    Kau yang amat kusayang dari dulu kini dan selama-lamanya

    Mummy sayang Fadly now and always...FOREVER.. be good ok nak...

    Raya Aidilfitri 2011

    Syukur masih dipanjangkan usia oleh Allah dapat menyambut raya tahun ini bersama keluarga di kampung... dan beberapa hari menjelang raya mendapat perkhabaran paling indah dan gembira, tersenarai utk menunaikan haji ke Mekah pada tahun ini bersama abah, mek dan mak saudara Moksu Nab.
    TQ Allah
    Bersama keluarga bersembahyang sunat hari raya di Masjid Baitul Rahman, Kg Budi

    Bergambar sekeluarga di rumah my sister Idaa

    Bergambar bersama keluarga di Sri Baloh

    With my beloved sisters & anak saudara Deena
    Bersama juadah di pagi raya with my sister Ely

    with my beloved sister Dilla

  • Click for My Raya 2011 Pics

  • Thursday, September 01, 2011

    Teruja meeting Apek aka Khairul Fahmi Che Mat Di Hari Raya 2011

    Sempat bergambar dengan Apek di Aidilfitri di rumah my fren Gee... orangnya hensom macam hero Korea, kulit kemerahan kerana panas kot sebab training. Tak sempat sembang panjang kerana anak mengamuk hu hu hu :P

    Walaupun anak mengamuk kerana baru bangun tidur tetapi Apek tetap sporting
    melayan Mckelate


    Sempat juga bergambar dengan Teek..orangnya comel lote, kecil molek and look very pretty in person. Sempat bersembang sekejap walaupun anak mengamuk hehehe...

    Mckelate: kak nampak Teek dalam blog
    Teek: tu la ge ge (tu la riuh...)
    Mckelate: Tak kisah sapa juga pilihan Apek asalkan Apek bahagia...
    Teek : (hanya tersenyum...)

    Memang sama cantik, sama padan bagai pinang dibelah dua
    Kalau dah jodoh, asam di darat, ikan di laut dalam kuali bertemu jua...