Sunday, September 25, 2011

Sharing is Caring and Caring is Loving





Hati ini terasa gembira dan teruja jika dapat berkongsi.
Berkongsi pendapat, berkongsi cerita, berkongsi rasa,berkongsi gambar ,berkongsi resepi dan berbagai lagi.

Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk,semuanya lahir daripada hati nan tulus dan ikhlas. Hanya Allah jua yg maha mengetahui apa yg ada dan terdetik dalam hati manusia.

Dengan prinsip "sharing is caring and caring is LOVING" kumulakan penulisan blog http://mckelate.blogspot.com, begitu juga dengan Facebook "Noorma Mckelate Malaysia" dan juga blog koleksi resepiku : http://mckelatekoleksiresepi.blogspot.com

Terima kasih kepada rakanku Ida Khan yang telah menggalakkanku membuat kompilasi. Asalnya Ida punya idea adalah untuk aku membuat buku koleksi resepi masakan namun sewaktu bulan ramadhan 2011 yang lalu, hati ini terdetik untuk berkongsi secara percuma dengan sesiapa sahaja. Wawasanku pada saat itu ialah ingin mengumpulkan pahala dengan apa saja cara bila mengenangkan hidup di dunia ini amat singkat dan bila-bila masa akan pergi selama-lamanya. Harapanku ialah moga-moga perkongsian resepi ini adalah umpama ilmu yang bermanfaat dan pahalanya akan terus mengalir sampai bila-bila kepada sesiapa juga yang mengajar dan menurunkan resepi ini zaman berzaman.

Semoga Allah memberikan ganjaran pahala ,keberkatan dan rahmat di atas niat ikhlas kita dalam perkongsian kita, dalam apa juga bentuk. Moga-moga amal baik kita ini akan sampai kepada kita bila kita tiada lagi di dunia ini. Aminn.


"Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam ISLAM, maka diamalkan orang, dicatatkan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya. dan sesiapa yang mengasaskan jalan yang tidak baik dalam Islam lalu diamalkan orang, maka dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dosanya "(Sahih al-Muslim)


No comments: