Tuesday, September 20, 2011

Lambaian Kaabah 1 :Jemputan Haji Bersama Abah dan Mek

Sejak zaman remajaku abah dan mek selalu berkata ingin menunaikan haji bersamaku, rupa-rupanya kata-kata menjadi doa dan Allah telah makbulkan. Terasa teruja utk menunaikan haji bersama mereka, Allah telah mentakdirkan dan aku menerimanya dgn penuh rasa kesyukuran dan kasih sayang.


Abah dan mek yg sangat disayangi



Teringat berpelukan tiga beranak di ESQ kerana Allah dan kini kehangatan itu dirasakan lagi bila mendapat seruan haji. Tiada apa yg bermain di dalam fikiran seorang anak, hanya ingin berbakti sebaik mungkin pada abah dan mek serta ibu saudaraku yg turut serta. Sebagai seorang hambaNya yang hina,kerdil dan penuh dosa, tiada yang lain yang didambakan setiap kali tangan ditadahkan melainkan meminta belas kasihan,keampunan daripada segala dosa, diberikan kesihatan, nikmat kasih sayang serta akhlak yang mulia serta dapat beribadat dengan sempurna bersama-sama mereka.



Mek, abah dan ibu saudaraku yg akan bersamaku..


Mereka bersamaku dan aku serahkan diriku dan mereka ke tanganMu yang maha Esa, takdirkan yang terbaik untuk kami, jadikan kami tetamuMu yg istimewa, permudahkan segala-galanya bagi kami, jadikan kenangan haji kami yang terindah dan terbaik dalam hidup kami di dunia yang fana ini.


Pada adik-adikku tersayang Faizal, Yee, Daa, Elly dan Dilla, doakan kami dan teruskan berdoa. Doakan abah dan mek kerana doa anak-anak adalah mustajab kepada kedua ibu bapanya. Bukan wang ringgit dan harta benda yg dapat membeli sebuah kesihatan dan kesejahteraan diri ibu dan ayah kita melainkan dengan doa yg tak putus-putus dan Allah yang maha mendengar dan maha mengasihani pasti akan memakbulkan doa kita adik-adikku sayang.


Adik-adikku yang sangat disayangi dan dikasihi



Hilangkan rasa kebimbangan dan kegusaran, hantar pemergian kami nanti dengan senyuman dan kasih sayang dan doa kalian akan mengiringi kami sepanjang perjalanan. Kami pergi menemui DIA tuhan yang maha agung, dengan harapan menggunung agar diampunkan segala dosa dan diterima segala amalan dan ibadat kami dan doakan moga Allah takdirkan panjang usia dan murah rezeki, kita akan berjumpa lagi nanti, insyaallah.


Sesungguhnya hidup kita ini hanya sementara dan akhirat juga rumah kita yang abadi.


Mckelate





Lambaian Kaabah 2

No comments: