Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

Monday, November 21, 2011

CINTA NAN ABADI

Setelah hampir sebulan lebih bermusafir 'mensucikan jiwa di tanah suci' dgn hati yg berat kukembali ke tanah air semalam 20 Nov 2011(tiba hampir jam 12 malam di KLIA) meninggalkan bumi Mekah yg penuh barakah dgn linangan air mata. Hati terasa amat sedih, bilakah akan dijemput sbg tetamuMu lagi Ya Rabb. Kerinduan ini amat dirasai, sungguh amat mencengkam jiwa. Jiwa seorang hamba yang menemui Penciptanya



Terkenang saat Berendam air mata di Bukit Safa bila memandang kaabah, sejuta rasa sejuta doa dan pengharapan kepada yang Maha Esa, tiada kata seindah bahasa yang dapat dirungkapkan bila seorang hamba yg kerdil dan hina menundukkan wajah serta menadah tangan dan dgn linangan air mata menyeru Ya Allah...

Di bumi yang barakah ini juga kubermuhasabah diri. Teringat menumpang kasihnya orang umpama melukut di tepi gantang, ada tak menambah, tak adapun tak mengurang. Namun menumpang kasihnya Allah, terasa berada di lautan kasih yang tak bertepi, semakin bertambah dan semakin mendalam. Cinta abadi yang tidak dapat dijual beli. Kasih seorang hamba kepada yg maha Pencipta.


Walaupun kini jasad sudah berada di Malaysia namun hati ini masih tetap merindukan Mekah/Kaabah/rutin suasana amal ibadat di sana yg penuh kekusyukan. Kini realiti kehidupan sebenar menjelma dan padaMu ya rabb kupohokan keampunan, kasihani diri yg hina ini dan bimbinglah ke jalanMu yang diredhai.Cinta bersemi di Mekah dan hati ini akan sentiasa merindu....Hanya padaMu Ya Allah aku serahkan seluruh jiwa dan ragaku. Jiwa seorang hamba kepada Penciptanya.Dan hati ini makin bertambah rindu padaMu...


KOLEKSI GAMBAR (sharing is caring and caring is LOVING)
Koleksi Gambar-gambar pengalaman seorg hamba yang mengerjakan haji utk tujuan perkongsian bagi menimbulkan keinginan utk rakan-rakan/pembaca blog ini untuk 'bersegera' menunaikan ibadat ini dalam usia yg muda (mohon tidak didownload atau disebarkan tanpa kebenaran @mckelate:

Album Lambaian Kaabah 1

Album Lambaian Kaabah 2

Baca sebelumnya:


Lambaian Kaabah 1



Lambaian Kaabah 2



Lambaian Kaabah 3



Lambaian Kaabah 4



Lambaian Kaabah 5



Lambaian Kaabah- Sebuah Perjalanan

Sunday, October 02, 2011

Lambaian Kaabah 6: Sebuah Perjalanan










“Wahai Allah, jadikanlah kami mencintai Madinah sebagaimana kami mencintai Makkah, atau bahkan lebih dari itu. Kami mohon, jadikanlah iklimnya menyehatkan bagi kami. Tambahkanlah keberkahan di dlm takaran (shaq dan mud) kami, & pindahkanlah panasnya Madinah hingga ke Juhfah.” (Hadis Bukhari). Ya Allah selamatkan perjalanan hajiku dan keluarga 4 Okt ke Madinah dan seterusnya ke Mekah dan kembali ke Malaysia 20 Nov 2011. Permudahkan segalanya agar kami dpt menunaikan ibadat dgn sempurna& menjadi tetamuMu yg istimewa.Berilah kami kekuatan dan keampunanMu Ya Allah.

Ya Allah
Moga selamat anak,suami, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai, pekerjaan, harta benda yg kutinggalkan semata-mata menyahut seruanMu ya Allah. Jadikan perjalanan haji ini paling indah dan bermakna dalam hidupku dan keluargaku dgn menjadikan kami tetamuMu yg istimewa, dipermudahkan segala2nya dan dapat beribadat dgn sempurna. Jangan kau uji kami dgn ujian yang kami tidak mampu menerimanya. Sesungguhnya kami insan yg lemah, sesungguhnya kami hambaMu yang lemah. Berilah kekuatan, kesihatan, kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan perintah HajiMu agar dpt melakukannya dgn penuh khusyuk dan tawaduk serta penuh rasa kebahagiaan bersama keluargaku

Ya Allah
Berikanlah kami peluang utk berdoa di tempat-tempat mustajab berdoa dan bersembahyang di tempat2 yg istimewa utk bersembahyang.Jauhkan kami drpd mara bahaya dan bencana serta drpd mereka yg berniat jahat dan tidak baik. Dekatkan kami pd mereka yg taat dan baik dan amat dekat dgnMu ya Allah.Berilah kami peluang utk fokus pada ibadah semata-mata, hilangkan sifat-sifat yang tidak baik drpd diri kami Ya Allah.Berilah kesihatan yang baik, akhlak yg terpuji, kesabaran dalam menjalankan perintahMu. Ya Allah dan yang paling penting kau ampunilah kami dan terimalah taubat kami ya Allah. aminnn...

Terima kasih pada semua. Sri Baloh dikunjungi saudara-mara, sahabat handai yg datang berziarah tak putus-putus dan mendoakan semoga selamat perjalanan hajiku dan keluarga & beroleh haji yg mabrur. Terharu dengan ingatan ikhlas mereka. Semoga Allah memberikan ganjaran di atas budi baik mereka dgn balasan syurga.TQ Allah di atas tali silaturrahim ini dan terima kasih atas doa yg tak putus-putus sepanjang pertemuan ini. Sesungguhnya tiada yg maha pengasih dan cinta selain drpdMu yg maha pengasih dan penyayang.



Baca sebelumnya:

Lambaian Kaabah 1


Lambaian Kaabah 2


Lambaian Kaabah 3


Lambaian Kaabah 4


Lambaian Kaabah 5

Thursday, September 29, 2011

Lambaian Kaabah 5 : Berserah diri pada Allah dan mengharapkan pertolongannya


Aku yang selalu inginkan yang TERBAIK, aku yang selalu ingin CEPAT, aku yang selalu ingin TERATUR dan TERSUSUN, aku yang mahukan yang SISTEMATIK , aku yang mahukan yang segala-galanya...

Astagfirullah hal azim.... ampunkan aku Ya Allah, ampuni aku Ya Allah...ampuni hambaMu ini
Siapa aku
Siapa diriku
Dari mana asalku
Kemana akhirnya diriku
Ampuni aku Ya Allah
Ampuni aku Ya Allah

Tiba-tiba aku tersedar dan terkejut bila aku merenung dan mengembara ke dalam diri
Petunjukmu di mana-mana bahawa jangan menaruh harapan kepada diri sendiri
Jangan menaruh harapan kepada manusia.
Manusia yang leka
Manusia yang lupa
Manusia yang banyak kekangan dan cacat serta cela
Manusia yang penuh dengan noda dan dosa
Sandarkan semuanya kepada Allah
Hanya kekuatan daripada Allah
Yang dapat mengatasi kekuatan cabaran dan ujian dunia


Ya Allah kami berserah diri padaMu.
PadaMu Ya Allah kami memohon
Sesungguhnya Kau Ya ALLAH yang Maha Tahu apa yang baik
dan apa yang buruk untuk kami di saat ini dan di masa hadapan.
Semuanya dariMu dan akan kembali kepadaMu.

Hanya dengan menyerahkan segalanya dalam pentadbiranMu hati ini menjadi tenang dan tenteram
Segala rasa gundah gulana dan debaran menjadi hilang dan hati berbunga rasa keinsafan dan harapan

Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada Ibnu Abbas r.a:



Apabila kamu bermohon, maka bermohonlah kepada Allah s.w.t. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah s.w.t. Dan, ketahuilah bahawa sekiranya sekalian makhluk saling bantu membantu kamu untuk memperolehi sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t untuk kamu, pasti mereka tidak akan sanggup mengadakannya. Dan, sekiranya sekalian makhluk mahu memudaratkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t buat kamu, nescaya mereka tidak sanggup berbuat demikian. Segala buku telah terlipat dan segala pena telah kering. (Petikan http://alhikam0.tripod.com/hikam033.html)

Mckelate 28 September 2011
Sri Baloh
Kelantan


Baca sebelumnya:

Lambaian Kaabah 1


Lambaian Kaabah 2


Lambaian Kaabah 3


Lambaian Kaabah 4

Sunday, September 25, 2011

Sharing is Caring and Caring is Loving





Hati ini terasa gembira dan teruja jika dapat berkongsi.
Berkongsi pendapat, berkongsi cerita, berkongsi rasa,berkongsi gambar ,berkongsi resepi dan berbagai lagi.

Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk,semuanya lahir daripada hati nan tulus dan ikhlas. Hanya Allah jua yg maha mengetahui apa yg ada dan terdetik dalam hati manusia.

Dengan prinsip "sharing is caring and caring is LOVING" kumulakan penulisan blog http://mckelate.blogspot.com, begitu juga dengan Facebook "Noorma Mckelate Malaysia" dan juga blog koleksi resepiku : http://mckelatekoleksiresepi.blogspot.com

Terima kasih kepada rakanku Ida Khan yang telah menggalakkanku membuat kompilasi. Asalnya Ida punya idea adalah untuk aku membuat buku koleksi resepi masakan namun sewaktu bulan ramadhan 2011 yang lalu, hati ini terdetik untuk berkongsi secara percuma dengan sesiapa sahaja. Wawasanku pada saat itu ialah ingin mengumpulkan pahala dengan apa saja cara bila mengenangkan hidup di dunia ini amat singkat dan bila-bila masa akan pergi selama-lamanya. Harapanku ialah moga-moga perkongsian resepi ini adalah umpama ilmu yang bermanfaat dan pahalanya akan terus mengalir sampai bila-bila kepada sesiapa juga yang mengajar dan menurunkan resepi ini zaman berzaman.

Semoga Allah memberikan ganjaran pahala ,keberkatan dan rahmat di atas niat ikhlas kita dalam perkongsian kita, dalam apa juga bentuk. Moga-moga amal baik kita ini akan sampai kepada kita bila kita tiada lagi di dunia ini. Aminn.


"Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam ISLAM, maka diamalkan orang, dicatatkan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya. dan sesiapa yang mengasaskan jalan yang tidak baik dalam Islam lalu diamalkan orang, maka dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dosanya "(Sahih al-Muslim)


Saturday, September 24, 2011

Lambaian Kaabah 4 : Terima Kasih Jemaah Masjid Baitul Rahman





Terima kasih jemaah Masjid Baitul Rahman, Kg Budi..kampungku yg tercinta kerana telah membuat majlis solat hajat kpd bakal-bakal haji kampung kami semalam.Moga Allah memberi ganjaran pahala dan moga semua dpt berkunjung ke rumah Allah suatu masa nanti. aminnn. TQ Allah

Sejarahnya masjid di kampungku ni mulanya kayu, kemudian batu satu tingkat . Pada masa kecil-kecil dulu selalu datang dengan arwah nenek dan atok, kemudian masjid ini telah dijadikan 2 tingkat, 100% duit derma orang ramai dua tiga tahun yg lalu. Namanya Ar Rahman mengambil nama masjid yg tidak musnah di Aceh selepas Tsunami. Allah hu akbar!

Melihat masjid ini hati tiba-tiba mengagumi kebesaran Allah, teringat kasih sayang orang-orang tua yg dulunya duduk di saf pertama dan kini mereka telah tiada meninggalkan kita, Moga mereka aman dan tenteram di sana. Benarlah tiada yg kekal abadi yg kekal hanya Allah..



Baca sebelumnya:

Lambaian Kaabah 1


Lambaian Kaabah 2


Lambaian Kaabah 3

Lambaian Kaabah 3 : Bingkisan Kepada Yang Mengenaliku

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang,

Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah, hamba Mu datang menyambut Panggilan Mu.

Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagi Mu.

Tiada yang lengkap kecuali Dia Yang Maha Sempurna,

Tiada yang kekal kecuali Dia Yang Maha Abadi,

Tiada yang layak dipuji kecuali Dia Yang Maha Terpuji,

Tiada yang kaya melainkan Dia Yang Maha Kaya,

Tiada yang maha tahu kecuali Dia Yang Maha Berilmu,

Tiada yang bersih kecuali Dia Yang Maha Suci,

Tiada yang lebih kasih dan cinta, kecuali Dia Yang Maha Pengasih & Penyayang.

Bila tiba waktu dan ketikanya

Tidak ada sesuatupun yang dapat menghalangnya

Tidak ada seseiapa jua yg dapat menegahnya

Semua sudah digariskanNya.

Hanya ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap serta kekhilafan

Halalkan yang termakan dan terminum

Panjang usia dan murah rezeki

Kita akan berjumpa lagi

Love

Mckelate




p/s Insyaallah akan berangkat pada 4 Oktober dan kembali pada 20 Nov 2011. Mohon ampun dan maaf kepada semua yg mengenali diri ini.Halalkan yg termakan dan terminum.


Bingkisan: adaptasi dan disesuaikan from internet


Moga Mummy selamat pergi dan kembali dan dpt mengerjakan ibadah dgn sempurna,aminnn ya rabb


* Kuserahkan dirimu anakku kepada Allah, semoga dikau sihat sejahtera,riang dan ceria sewaktu ketiadaan Mummy nanti. Jaga diri dan jangan nakal2 bersama daddy. I love you...peluk cium from Mummy







Lambaian Kaabah 1


Lambaian Kaabah 2

Friday, September 23, 2011

Lambaian Kaabah 2: Surat Seorang Adik



Assalamualaikum wbh

Kak N, saya doakan keberkatan dan keselamatan pemergian kak N ke sana. Saya maafkan kesemua apa jua kesalahan dan kesilapan yang dah kak N lakukan sama ada yang sengaja ataupun tidak, nampak mahupun yang tak nampak.
Saya pun mohon ampun dan maaf juga atas kesemua kesalahan saya lakukan terhadap kak N sengaja ataupun tidak dan juga sama ada nampak mahupun yang tak nampak. Halalkanlah segala yang saya termakan dan terminum.

Saya ni bukannya alim atau bagus sangat tapi saya nak berkongsi dan berpesan sikit supaya ibadah kak N nanti insyallah dipermudahkan.

Ingatlah pemergian ini adalah jemputan istimewa Allah SWT dan saya doakan kak N cukup bersedia. Niat perlulah tepat. Pergi kerana Allah semata-mata dan bukan sebab lain seperti temankan keluarga atau sbgnya. Ihram yang kita pakai itu umpama kain kapan, dan perjalanan kita ke Mekah seumpama perjalan ke alam barzakh. Kita mungkin pergi dan tak kembali. Sentiasalah bersabar atas apa jua cobaan dan dugaan yang bakal mendatang. Percukupkan lah bekalan persediaan dari segi ilmu dan mental. Kurangkanlah perbualan dan percakapan yang sia-sia dan gantikan dengan ibadah. Kan Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : "...sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Elakkan sikap mudah marah, kecil hati dan prasangka di sana nanti. Orang kat sane especiallly Arab dan Indon terutamanya kadang-kadang boleh nampak seolah2 kasar menyebabkan hati dan mulut kita berkata perkara yang tak sepatutnya. Kat sane juga kak noorma akan first time lihat kepelbagaian mazhab jadi hati2 agar tak mudah bersangka tak baik. The best medicine is positive thinking.

Kat sane juga nanti kak N kena hati-hati supaya tak rasa terbeban untuk menjaga org tanggungan/room mate/ kawan. Mungkin ada dugaan yang menyebabkan kita rasa ibadah kita tak sempurna disebabkan kita 'diganggu'/ terbeban dengan tanggungjawab kepada tanggungan kita. Ingat tu semua adalah dugaan Allah untuk melihat keikhlasan dan kekuatan kita. Sempurna atau tidak ibadah itu Allah jua yang menilainya dan memberikan ganjarannya..

Sebelum ke Madinah sebaiknya kenalilah Rasulullah SAW dengan lebih dalam terlebih dahulu. Pelajari sedikit sirahnya agar kita dapat menghayati pengorbanan yang baginda telah lakukan agar kak N lebih bersedia untuk menziarahi baginda di sana nanti. Kan kata org tak kenal maka tak cinta.. Jika ada kesempatan tolonglah kirimkan salam saya kepada Baginda SAW. Kalau terlupa atau tak ada kesempatan tak mengapa.

Di Mina nanti kak N perlulah hati-hati supaya tak jadi lewa dan alpa untuk kerjakan ibadah yang sunat sebab dugaan utama di sana ialah suasananya. Mudah sangat nak hilang fokus. Mudah sangat untuk melepak2 atau berborak2. Bawaklah Quran kecik atau buku-buku agama untuk bacaan supaya masa lapang disana diisi dengan penuh manfaat. Insyallah bila sampai di sana Kak Noorma boleh faham maksud saya nanti.

Jika ada kesempatan di depan kaabah nanti. kak N doakanlah saya dan keluarga saya dikurniakan taufik dan hidayah NYA sehingga ke akhir hayat, dipelihara dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau terlupa atau tak berkesempatan tak mengapa.

Oh satu lagi, jika kak N mendapat pesanan dari sini, tuliskanlah supaya tak terlupa bila disana ya.


Fahami dan hayatilah maksud sebenar talbiyah (Labbaikallah humma labbaik..) Insyallah niat yang betul dapat dihayati.

Saya doakan Kak N mendapat Haji yang mabrur. Saya juga doakan perjalanan kak N dimudahkan Allah SWT.

Amin..

Sekian,


-----------------------------------------------

****Terima kasih atas ingatan ini,moga Allah memberi ganjaran padamu dik . Thanks and love from me



Baca Seterusnya:


Lambaian Kaabah 3

Tuesday, September 20, 2011

Lambaian Kaabah 1 :Jemputan Haji Bersama Abah dan Mek

Sejak zaman remajaku abah dan mek selalu berkata ingin menunaikan haji bersamaku, rupa-rupanya kata-kata menjadi doa dan Allah telah makbulkan. Terasa teruja utk menunaikan haji bersama mereka, Allah telah mentakdirkan dan aku menerimanya dgn penuh rasa kesyukuran dan kasih sayang.


Abah dan mek yg sangat disayangi



Teringat berpelukan tiga beranak di ESQ kerana Allah dan kini kehangatan itu dirasakan lagi bila mendapat seruan haji. Tiada apa yg bermain di dalam fikiran seorang anak, hanya ingin berbakti sebaik mungkin pada abah dan mek serta ibu saudaraku yg turut serta. Sebagai seorang hambaNya yang hina,kerdil dan penuh dosa, tiada yang lain yang didambakan setiap kali tangan ditadahkan melainkan meminta belas kasihan,keampunan daripada segala dosa, diberikan kesihatan, nikmat kasih sayang serta akhlak yang mulia serta dapat beribadat dengan sempurna bersama-sama mereka.



Mek, abah dan ibu saudaraku yg akan bersamaku..


Mereka bersamaku dan aku serahkan diriku dan mereka ke tanganMu yang maha Esa, takdirkan yang terbaik untuk kami, jadikan kami tetamuMu yg istimewa, permudahkan segala-galanya bagi kami, jadikan kenangan haji kami yang terindah dan terbaik dalam hidup kami di dunia yang fana ini.


Pada adik-adikku tersayang Faizal, Yee, Daa, Elly dan Dilla, doakan kami dan teruskan berdoa. Doakan abah dan mek kerana doa anak-anak adalah mustajab kepada kedua ibu bapanya. Bukan wang ringgit dan harta benda yg dapat membeli sebuah kesihatan dan kesejahteraan diri ibu dan ayah kita melainkan dengan doa yg tak putus-putus dan Allah yang maha mendengar dan maha mengasihani pasti akan memakbulkan doa kita adik-adikku sayang.


Adik-adikku yang sangat disayangi dan dikasihi



Hilangkan rasa kebimbangan dan kegusaran, hantar pemergian kami nanti dengan senyuman dan kasih sayang dan doa kalian akan mengiringi kami sepanjang perjalanan. Kami pergi menemui DIA tuhan yang maha agung, dengan harapan menggunung agar diampunkan segala dosa dan diterima segala amalan dan ibadat kami dan doakan moga Allah takdirkan panjang usia dan murah rezeki, kita akan berjumpa lagi nanti, insyaallah.


Sesungguhnya hidup kita ini hanya sementara dan akhirat juga rumah kita yang abadi.


Mckelate





Lambaian Kaabah 2