Assalamualaikum wbh
Kak N, saya doakan keberkatan dan keselamatan pemergian kak N ke sana. Saya maafkan kesemua apa jua kesalahan dan kesilapan yang dah kak N lakukan sama ada yang sengaja ataupun tidak, nampak mahupun yang tak nampak.
Saya pun mohon ampun dan maaf juga atas kesemua kesalahan saya lakukan terhadap kak N sengaja ataupun tidak dan juga sama ada nampak mahupun yang tak nampak. Halalkanlah segala yang saya termakan dan terminum.
Saya ni bukannya alim atau bagus sangat tapi saya nak berkongsi dan berpesan sikit supaya ibadah kak N nanti insyallah dipermudahkan.
Ingatlah pemergian ini adalah jemputan istimewa Allah SWT dan saya doakan kak N cukup bersedia. Niat perlulah tepat. Pergi kerana Allah semata-mata dan bukan sebab lain seperti temankan keluarga atau sbgnya. Ihram yang kita pakai itu umpama kain kapan, dan perjalanan kita ke Mekah seumpama perjalan ke alam barzakh. Kita mungkin pergi dan tak kembali. Sentiasalah bersabar atas apa jua cobaan dan dugaan yang bakal mendatang. Percukupkan lah bekalan persediaan dari segi ilmu dan mental. Kurangkanlah perbualan dan percakapan yang sia-sia dan gantikan dengan ibadah. Kan Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : "...sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam". (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)
Elakkan sikap mudah marah, kecil hati dan prasangka di sana nanti. Orang kat sane especiallly Arab dan Indon terutamanya kadang-kadang boleh nampak seolah2 kasar menyebabkan hati dan mulut kita berkata perkara yang tak sepatutnya. Kat sane juga kak noorma akan first time lihat kepelbagaian mazhab jadi hati2 agar tak mudah bersangka tak baik. The best medicine is positive thinking.
Kat sane juga nanti kak N kena hati-hati supaya tak rasa terbeban untuk menjaga org tanggungan/room mate/ kawan. Mungkin ada dugaan yang menyebabkan kita rasa ibadah kita tak sempurna disebabkan kita 'diganggu'/ terbeban dengan tanggungjawab kepada tanggungan kita. Ingat tu semua adalah dugaan Allah untuk melihat keikhlasan dan kekuatan kita. Sempurna atau tidak ibadah itu Allah jua yang menilainya dan memberikan ganjarannya..
Sebelum ke Madinah sebaiknya kenalilah Rasulullah SAW dengan lebih dalam terlebih dahulu. Pelajari sedikit sirahnya agar kita dapat menghayati pengorbanan yang baginda telah lakukan agar kak N lebih bersedia untuk menziarahi baginda di sana nanti. Kan kata org tak kenal maka tak cinta.. Jika ada kesempatan tolonglah kirimkan salam saya kepada Baginda SAW. Kalau terlupa atau tak ada kesempatan tak mengapa.
Di Mina nanti kak N perlulah hati-hati supaya tak jadi lewa dan alpa untuk kerjakan ibadah yang sunat sebab dugaan utama di sana ialah suasananya. Mudah sangat nak hilang fokus. Mudah sangat untuk melepak2 atau berborak2. Bawaklah Quran kecik atau buku-buku agama untuk bacaan supaya masa lapang disana diisi dengan penuh manfaat. Insyallah bila sampai di sana Kak Noorma boleh faham maksud saya nanti.
Jika ada kesempatan di depan kaabah nanti. kak N doakanlah saya dan keluarga saya dikurniakan taufik dan hidayah NYA sehingga ke akhir hayat, dipelihara dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau terlupa atau tak berkesempatan tak mengapa.
Oh satu lagi, jika kak N mendapat pesanan dari sini, tuliskanlah supaya tak terlupa bila disana ya.
Fahami dan hayatilah maksud sebenar talbiyah (Labbaikallah humma labbaik..) Insyallah niat yang betul dapat dihayati.
Saya doakan Kak N mendapat Haji yang mabrur. Saya juga doakan perjalanan kak N dimudahkan Allah SWT.
Amin..
Sekian,
-----------------------------------------------
****Terima kasih atas ingatan ini,moga Allah memberi ganjaran padamu dik . Thanks and love from me
Baca Seterusnya:
No comments:
Post a Comment