Thursday, September 29, 2011

Lambaian Kaabah 5 : Berserah diri pada Allah dan mengharapkan pertolongannya


Aku yang selalu inginkan yang TERBAIK, aku yang selalu ingin CEPAT, aku yang selalu ingin TERATUR dan TERSUSUN, aku yang mahukan yang SISTEMATIK , aku yang mahukan yang segala-galanya...

Astagfirullah hal azim.... ampunkan aku Ya Allah, ampuni aku Ya Allah...ampuni hambaMu ini
Siapa aku
Siapa diriku
Dari mana asalku
Kemana akhirnya diriku
Ampuni aku Ya Allah
Ampuni aku Ya Allah

Tiba-tiba aku tersedar dan terkejut bila aku merenung dan mengembara ke dalam diri
Petunjukmu di mana-mana bahawa jangan menaruh harapan kepada diri sendiri
Jangan menaruh harapan kepada manusia.
Manusia yang leka
Manusia yang lupa
Manusia yang banyak kekangan dan cacat serta cela
Manusia yang penuh dengan noda dan dosa
Sandarkan semuanya kepada Allah
Hanya kekuatan daripada Allah
Yang dapat mengatasi kekuatan cabaran dan ujian dunia


Ya Allah kami berserah diri padaMu.
PadaMu Ya Allah kami memohon
Sesungguhnya Kau Ya ALLAH yang Maha Tahu apa yang baik
dan apa yang buruk untuk kami di saat ini dan di masa hadapan.
Semuanya dariMu dan akan kembali kepadaMu.

Hanya dengan menyerahkan segalanya dalam pentadbiranMu hati ini menjadi tenang dan tenteram
Segala rasa gundah gulana dan debaran menjadi hilang dan hati berbunga rasa keinsafan dan harapan

Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada Ibnu Abbas r.a:



Apabila kamu bermohon, maka bermohonlah kepada Allah s.w.t. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah s.w.t. Dan, ketahuilah bahawa sekiranya sekalian makhluk saling bantu membantu kamu untuk memperolehi sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t untuk kamu, pasti mereka tidak akan sanggup mengadakannya. Dan, sekiranya sekalian makhluk mahu memudaratkan kamu dengan sesuatu yang tidak ditulis Allah s.w.t buat kamu, nescaya mereka tidak sanggup berbuat demikian. Segala buku telah terlipat dan segala pena telah kering. (Petikan http://alhikam0.tripod.com/hikam033.html)

Mckelate 28 September 2011
Sri Baloh
Kelantan


Baca sebelumnya:

Lambaian Kaabah 1


Lambaian Kaabah 2


Lambaian Kaabah 3


Lambaian Kaabah 4

No comments: