Thursday, January 26, 2012

Akhiri Dengan Indah, Biarlah Masa Menjadi PengubatNya




Tidak ada hubungan yang sempurna, namun jika tiba masanya tiada lagi rasa kasih sayang, hormat-menghormati, kejujuran dan jauh daripada menuju jalan Allah, maka perpisahan tidak dapat dielakkan lagi.


Jika diteruskan juga nanti ia menjadi satu perhubungan yang 'meloyakan' kerana ada rasa masin, pahit, kelat dan sememangnya tidak sihat untuk mereka yang mendambakan jiwa yang tenang, damai dan tenteram dan bahagia. Biarlah hubungan itu ditamatkan secara terhormat dengan persetujuan bersama dan dengan penuh rasa persahabatan dan persaudaraan.  Akhiri dengan indah ...tiada rasa dendam dan benci.  Bina kebahagiaan daripada kesilapan semalam dan biarlah masa menjadi pengubat dan penawarnya.


Moga berbahagialah mereka yang menemui cinta sejati sehingga ke syurga.

No comments: