Parut di kaki boleh dijaga dgn macam-macam petua,dah makin hilang...parut di hati siapa juga yang tahu...
Ada orang kata, lagi banyak parut di hati itu tandanya orang itu adalah penyayang, suka memberi kasih sayang dan menyayangi walau tidak kekal dan hanya tinggal parut sebagai kenangan.
Jangan berhenti
memberi kasih sayang dan menyayangi walaupun tidak dihargai. Jangan berhenti
berharap selagi nyawa di kandung badan.
Jangan berhenti
dan putus asa dengan rahmat Allah kerana tiada yang mustahil dengan izinNya.
"Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39
Hiduplah dengan berguna, bahagia dan penuh bermakna dengan kasih sayang dan rahmatNya.
No comments:
Post a Comment