Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang pengasih dan penyayang...
Hari berganti hari
Tahun berganti tahun...
4 Januari ...
Hari lahirku datang lagi
Tiada lain yang dapat kukatakan
Melainkan rasa kesyukuranku padaMu Ya Allah
Kau telah memanjangkan usiaku
Kau telah memberikanku rezeki yang melimpah-ruah
Kau berikanku keluarga yang penyayang
Kau berikanku saudara-mara dan handai taulan yang prihatin
Kau telah memberikanku kesihatan
Kau telah memberikanku hadiah yang amat berharga
Kau telah menerangi hati dan jiwaku semasa dalam kegelapan
Kau telah memberikanku kebahagiaan disebalik duka dan kekecewaan
Kau telah memberikanku nikmat kasih sayang yang suci dan murni
Kau telah menunjukkan jalan pada setiap cubaan dan dugaan
Kau juga telah memberikanku anugerah bakat dan ilham
Kau telah memberikan kemuliaan dan kekayaan
dengan menjadikan insan hina dan penuh dosa
ini menjadi tetamuMu yang istimewa,
dengan kenangan paling indah serta penyucian jiwa
Kau memberikan segala-segalanya
yang tidak terbalas oleh hambaMu yang kerdil dan hina ini.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku.
Sedangkan amalan, ingatan dan pengabdianku terlalu sedikit terhadapMu
Ya Allah, aku insan yang tidak sempurna
Namun kau terimalah aku dalam ketidak sempurnaan ini
Kasihanilah aku Ya Allah, yang maha pengasih dan penyayang
Bimbinglah aku agar dekat pada jalanMu yang benar
Tanamkan rasa kesyukuran, ikhlas dan redha pada diriku
Terhadap ketentuan dan takdirMu
dan andainya aku tiada lagi di dunia ini
Ampunilah segala dosaku Ya Allah
Dan tempatkanlah aku di dalam syurgaMu
Kerana aku sangat takut kepada azab di nerakaMu
Noorma Mckelate
4 Jan 2012
Kota Samarahan
Sarawak
No comments:
Post a Comment