Monday, January 30, 2012
Petua: Susu Pekat Manis Bila Terkena Air Mendidih
Zaman remaja dulu, peha kananku sampai ke betis pernah melecur kerana kena air panas mendidih. Ini kerana menolong tok sedara mengangkat kukusan daripada atas dapor kayu dan terangkat sekali dengan airnya dan tercurah ke bahagian peha dan betis. Panasnya tuhan saja yang tahu. Peha dan betis merah menyala macam udang kena bakar. Nasib masa tu tok sedara cepat-cepat mengeluarkan dua tin susu pekat manis yang berada dalam peti ais dan melumurkan ke seluruh peha dan betis. Nyatalah kesejukan susu daripada peti ais, menyejukkan kesan air panas pada peha. (selepas sejam, barulah dibasuh) Alhamdulillah sampai sekarang tidak ada langsung kesan parut. Inilah petua kepada sesiapa yg terkena air panas, minyak panas atau sterika...TQ Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment