Tuesday, January 03, 2012

Mengapa Menangis...

Menangis kerana Cinta
Menangis kerana bahagia
Menangis kerana hati terluka dan kecewa
Menangis kerana terlalu gembira
Menangis kerana sedih dan duka
Menangis kerana menyesal
Menangis kerana dosa dan
Menangis kerana mengingati Allah atau takut kepadaNya merupakan satu kurniaan yang sangat besar daripada Allah sendiri. Berbahagialah orang yang dikurniakan nikmat ini.

Menangis mendengar ayat-ayat Allah:

"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah"(AL-RAHMAN-37)

"Maka apabila ditiup sangkakala,maka yang demikian dihari itu,hari yang payah" (Al-Maudasir-8-9)

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati" (Al-A'nkabut)

Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:"Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?"Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:"Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan."

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : “Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (Hadis Riwayat Abu Naim)

2 comments:

Haji Valentino Ibni Abu Bakar said...

subhanallah. Ya Allah moga aku tergolong dalam mata yg dipejamkan dr segala yg haram. mata yg berjaga mlm dlm jihad dan yg takutkan Allah.amin

Mckelate said...

amin ya rabb. Thanks Hj V