Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini...
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun, kita masih tidak menyedari tentang hakikat erti kebahagiaan yg sebenar-benarnya...
Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidup. Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan. Walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya.
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yg empuk tetapi ia tidak lebih enak atau tidurnya tidak nyenyak. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk, kadang-kadang dia lebih lena daripada kita.
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yg hebat, lauk pauk yg bagus tetapi lidahnya tidak enak. Lebih enak lagi orang yang kadang-kadang hanya makan satu dua lauk tetapi lebih sedap dan selesa makannya.
Kata Hamka "Lihatlah bagaimana Allah membahagikan nikmatNya,"
Semua orang menyangka, kalau orang itu mempunyai rumah yg besar dan makanan yg sedap, tentulah hidupnya bahagia dan tenang. Belum tentu!
Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT......
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang, ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan pun.
Jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah.
Jika Allah mengatur untuk kita apa yg orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...
Tuan puan, tengoklah dunia ni. Kadang-kadang, apabila manusia hilang satu benda dalam dunia, kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya. Saya nak sebut tuan puan, berapa banyak dalam hidup tuan puan telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. Tetapi hari ini, Allah telah mengeluarkan kita dalam keadaan yg baik. Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita mengatakan "Habislah aku kali ini," tetapi usia kita telah berjalan, kita masih hidup, makan dan menikmati kurniaan Tuhan.
Ketika kita kata "Ya Allah, tolonglah aku. Ya Allah, tolonglah aku. Aku susah Ya Allah!," Hari ini kita pun telah lupa pada perkataan itu dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka 'Nuh! Orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau!," "Nuh! Orang nak ambil tindakan kepada hang!," "Nuh! Orang nak ambil tindakan kepada kau," "Nuh! Ada orang nak bertindak kepada kau,"
Kata Allah, iman mereka bertambah. Bukan kita kata "Pasal apalah Allah uji aku? Apalah dosa aku?," Tidak! Kata Quran, iman mereka semakin bertambah. Mereka kata "Hasbunallah wa ni'mal wakil - Cukuplah bagi kami Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan,"
Pengalaman sering mematangkan kita...
Siapa yang tidak melaluinya, tidak akan memahami maksud ini. Orang-orang yg pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahu tentang keajaiban tawakal. Bila hati insan bulat kepada "Ya Rabb! Ya Allah! Aku serahkan urusan ini kepadaMu Ya Allah!,"
Kita sering lupa kita masih mempunyai kehidupan di akhirat...
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas. Nabi menyebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini. Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga (dicelup ke dalam syurga). Kemudian dia lalu ditanya "Wahai Fulan! adakah kau pernah merasakan derita dalam hidup?," "Tidak! Aku tidak pernah derita dalam hidup," - Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita.
Allah ambil manusia yg paling nikmat dalam dunia ini, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka, lalu dikeluarkan dia. "Pernahkah kau merasai nikmat?," Dia berkata "Tidak! Aku tidak pernah ada nikmat dalam hidup ini," - Hanya dengan secelup celupan dalam neraka, manusia lupa akan segala kisah nikmat dalam hidupnya.
Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?..
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini pun satu nikmat yang besar.
Satu hamba Allah yang patah kakinya yang tidak pernah menyebut dan tidak teringat akan nikmat kaki yang setiap hari dipijak. Tetapi apabila satu hari dia sakit kaki, dia berkata "Ya Allah, bagilah balik kaki aku. Sembuhkanlah balik," Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat.
Kata Hamka "Yang ada ini sudah harapan kita,"
Yang ada ini memang harapan kita, tetapi insan... Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada.
Bersyukurlah wahai diri...
Sebab itu, sebahagian para sarjana menyebut "Syukur itu kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar,"
Ramai orang yang terpaksa sabar, tetapi belum tentu orang yang mendapat nikmat itu bersyukur. Bila dia susah, dia berkata "Sabar jelah, nak buat apa," tetapi untuk menjadikan orang yang memiliki harta bersyukur dengan nikmatNya....
"Ya Allah, apa sahaja yang aku alami, daripada nikmatMu, daripada kurniaan, daripada sesiapa dalam kalangan hambaMu; tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan. Bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran,"
Subhanallah! Jika insan bersyukur kepada Allah, tidak terdaya. "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tidak mampu," (Ibrahim: 34)
Bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan merasakan - MashaAllah hidup ini, apa yang Allah kurniakan kepada kita, lebih daripada harapan kita sebenarnya. Kalau diingatkan daripada hari kita dilahirkan, tempat dilahirkan, rumah dilahirkan sehinggalah tempat yang kita miliki hari ini; mashaAllah! Tidak dapatlah nak diucapkan, berapa kali nak sebut pun tak mampu.
Pesanan Nabi buat umatnya...
Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia, ketika dia salah seorang daripada dua - Nabi dan Abu Bakar, ketika mereka berada di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya:
La Tahzan. Innallaha ma'ana - Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah ada bersama kita.