Bermula dengan ' AbSoLuTeLy KeLaTTe ' tahun 2003 kemudian 'A Self Discovery Kelate' dan selepas 7 tahun RAYKINZOKU.FOTOPAGES.COM berhenti berkarya pada tahun 2010. Hati terasa amat sedih kerana laman RAYKINZOKU.FOTOPAGES.COM ini adalah antara laman yang sangat kuminati dan aku menjadi pengunjung yang setia. Ia membawa aku mengenali siapa diriku sebagai anak jati Kelate. Ia juga membantu aku mengenal asal usul diriku dan bangga dengan kelebihan dan kekurangan negeri Kelantan kesayanganku ini.
Sejak RAYKINZOKU.FOTOPAGES.COM berhenti berkarya, aku tiba-tiba merasakan kekosongan yang amat sangat. Hari-hari yang kulalui dalam dunia siber terasa sunyi, hati digamit rindu kepada penulisan, pandangan, buah fikiran, cerita-cerita baru dan lama yang diulas dan gambar-gambar yang dikongsikan. Tapi yang paling menyedihkan diriku ialah aku tiba-tiba terasa kehilangan seorang teman yang menemaniku sepanjang perjalanan ini.
RAYKINZOKU... walau di mana dirimu berada,kudoakan kau dalam keadaan sihat wal afiat dan bahagia bersama keluarga dan kerjayamu. Moga Allah memberkati segala perkongsianmu di RAYKINZOKU.FOTOPAGES.COM dengan balasan pahala hingga ke syurga.
I miss u... and i hope and pray that you will be back...
Semuanya kini tinggal kenangan yang sangat manis.....
TUJUH tahun ...
Telah aku lihat apa yang aku patut " lihat "
Telah aku rasa apa yang aku patut " rasa " ...
.. dan telah aku sedar akan apa yang aku patut " sedar ".
Dan TUJUH tahun itu juga,
... akhirnya berhenti di sini.
Terima kasih atas sokongan semua ...
Sekian ..
RAYKINZOKU.FOTOPAGES.COM
1 comment:
Samolah kito.. ambo pon naik gilow cari blogger hok cerito pasal qlate tp xdop lg hok sehebat RAYKINZOKU.
Harap bena la kalu dio baco ni dio sambung balik fotopage dio...please please please x1000
Post a Comment