Saturday, February 11, 2012

Mencari Bahagia



Ya Allah... sinarkan cahaya dalam hatiku
Agar aku tidak tergelincir daripada orbitmu
Aku hanya ingin mencari sebuah kebahagiaan
Juga sebuah kedamaian hati
Pada luasnya lautan rahmatMu
Keampunan pada naungan kasih sayangMu

Ujian dan cabaran hidup ini...
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku.
Aku akan terus berbaik sangka kepadaMu Ya Allah… 
Pastinya Engkau akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. 
Aku sedar aku gelisah
Aku sedih, pilu dan hiba
kerana ilmuku terbatas. 
Tetapi kerana diriMu Ya Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin dengan ilmuMu yang Maha luas. 
Yang pahit ini akan menjadi ubat. 
Yang pedih ini akan menjadi penawar.
Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu..
Kasihanilah diriku ini Ya Allah....
Hanya padaMu aku bersujud dan menyerahkan diri...

amin amin amin....
-Mckelate 11 Feb 2012

No comments: