Friday, February 24, 2012

Puisi Aku Mahu Terbang Tinggi oleh Mckelate



Aku mahu terbang tinggi
sebebas burung di celah awan
menerjah sapaan mentari pagi
dan terus terbang tinggi
meninggalkan cerita silam
biar ditelan kepulan awan

Aku mahu terbang tinggi
Mengembara membawa sekeping hati
Tinggalkan segala kenangan pahit
dan membina hidup baru yang lebih bermakna

Aku mahu terbang tinggi
kerana kini ku bersayap, dan aku ingin terbang
Merentas langit cita citaku
dan aku akan hanya akan terbang pulang
ke mahligai di mana cintaku dan bahagiaku
menantiku...

-mckelate

No comments: