Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012!!!

Berazam untuk menjadi lebih baik tidak perlu menunggu tahun baru. Manusia yang menghargai kehidupannya sentiasa akan mencuba menjadi lebih baik daripada semalam. Kalau salah pohonkan kemaafan, kalau melakukan kesilapan perbaikilah. Kalau berdosa, mohon ampun dan bertaubatlah. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah dan beriltizam menjadi lebih baik. Semoga kita semua mendapat 'happy ending' dalam kehidupan sementara di dunia ini. Selamat Tahun Baru 2012!!!

Friday, December 30, 2011

Sakura 6 Years of Excellence!!!



Kolej Sakura adalah merupakan kolej kediaman yang ke 7 dibina di UNIMAS. Esok, 31 Disember 2011 genaplah 6 tahun usia kolej ini. Ianya merupakan satu-satunya kolej siswi di UNIMAS dan satu-satunya kolej yang menggunakan nama bunga iaitu bunga Sakura (bunga yang hanya terdapat di negara Jepun) . Pembinaannya adalah menggunakan dana JBIC Jepun dan nama Sakura diabadikan sebagai memperingatinya.

Bagi meraikan sambutan 6 tahun Kolej Sakura, siswi-siswi Sakura telah mengadakan pelbagai program seperti mengadakan Konsert Amal serta lain-lain aktiviti yang menarik dan telah dijalankan dengan jayanyaTahniah Girls... We are so proud of u...

Selamat Hari Jadi Sakura dan terima kasih kepada Pengurusan Utama UNIMAS serta semua warga UNIMAS yang telah memberi sokongan kepada kejayaan Sakura selama ini dan semoga sokongan ini akan berterusan pada masa hadapan

Daripada: Seluruh Warga Kolej Sakura UNIMAS












Puisi Rindu oleh Noorma Mckelate



Rindu
Tiba-tiba datang bertamu
menghidangkan resah pilu
ingin bertemu

Rindu membuka bicara semalam
menebalkan ingatan
kepadanya

Rindu
bila mata bertemu
bila hati berbicara
berderai segala rindu
yang tertinggal adalah kita
berbicara tentang C I N T A...

Noorma Mckelate
Taman Pelangi, Johor Bharu
1986

Thursday, December 29, 2011

Puisi Rindu Di Selat Teberau oleh Noorma Mckelate




Selat Teberau
 Buat kesekian kalinya
 aku terdampar di dadamu
 menggengam harapan di tangan kiriku
 membawa kenangan di tapak kakiku
 namun setiap kali airmu surut
 terasa kelemasan seorang aku
 menagih seteguk rindu yang telah hilang


Selat Teberau
 Aku tidak pernah membencimu
 kerana anginmu yang lembut telah membelai luka di hatiku
 dan suara ombak yang datang dan pergi
 telah membasuh kekecewaanku

 Selat Teberau
 andai aku pergi dari dadamu
 pasti aku tidak akan melupakan
 sebuah pengalaman dan kenangan
 yang berakhir di kala senja
 bersama pelukan kasihmu


Nukilan

Noorma Mckelate
Selat Teberau, Johor 1987

Wednesday, December 28, 2011

Tenggelam Dalam CINTANYA

Detik-detik lalu telah berlalu, detik-detik mendatang akan menjelma .Begitulah perjalanan kehidupan ini. Moga di tahun baru 2012 nanti, akan semakin kukuh rasa CINTA padaNYA dan moga akan tenggelam dalam CINTA itu bersama orang-orang yang hatinya berbunga dgn CINTANYA. Semuanya keranaMu ya rabb. 


"Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka"(Hadith Sahih Riwayat Muslim)



Mennjelang tahun baru 2012 serta menjelang ulang tahun kelahiranku juga, dalam hatiku berbicara...

Biarlah kita tidak punya masa untuk menyegarkan taman di halaman rumah, kita juga mungkin tiada teman di dalam taman itu, namun moga kita sentiasa ada masa untuk menyegarkan taman di dalam hati dengan bunga-bunga kesabaran, ikhlas dan redha agar berkembang mekar rasa kasih sayang dan kebahagiaan dalam jiwa. Moga dengannya kita akan merasa betapa indahnya kehidupan ini. Moga harum mewangi taman hati kita nanti ditemani oleh orang-orang yang beriman di sekeliling taman hati.

"...dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, Yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)" (QS.3:14)

PUISI BERSEMADI oleh Noorma Mckelate


Dia 
Tidak lagi dia yang kukenal
Tidak lagi dia yang kupuja
kerana langit jua tidak selalunya cerah
kerana anak sungai lagikan berubah

Dia
Redup wajahnya tidak lagi membayangkan apa-apa
mesra senyumannya tidak lagi mengoncang jiwa
lirikan matanya tidak lagi mengundang rindu
yang dulu sering bertamu di hatiku

Dia
baru saja kuhalau daripada hatiku
Telah kugali sebuah kuburan
bersaksikan hujan dan airmata

Dia
bersemadilah di situ
takkan kuziarah pusaramu
takkan kusiram haruman mawar
hanya kupanjatkan doa kudus
kerana dia tidak MATI
hanya MATI di hati ini

Nukilan rasa: 
Noorma Mckelate  15 Nov 1996

Tuesday, December 27, 2011

Puisi Cinta - Perahu itu



Saat, keinginan berlayar tak tertahan
Kubawa hati mengarungi samudera nan terbungkus awan
Indah, seindah rasa menyelimuti harapan
Tentang asa, cita-cita dan masa depan

Kupenuhi perahu dengan segumpal CINTA
Kugantungi secercah cahaya sebagai penyerta
Kuhiasi dinding-dindingya dengan rindu yang sejuta
Kukayuh sesekali dengan cemburu dan air mata

Dan....
Ketika perahu terlalu sarat akan beban
Ketika terbentuk hasrat memiliki perahu tambahan
Ketika aku tak sanggup mengayuh sendirian

Aku tergulung ombak demikian kencang
Terguncang keras menerpa bebatuan karang
Meninggalkan cerita tentang harapan, terbuang
Mengikis gumpalan CINTA yang terlanjur memberi terang

Aku tenggelam
Perahuku karam

By Monique


Syair Perahu – Hamzah Fansuri




Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

Thursday, December 22, 2011

MASNITA BERI SUMBANGAN KRISMAS KEPADA PELAJAR UNIMAS


Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA) amat prihatin dengan kebajikan ahli-ahlinya, staf dan pelajar UNIMAS serta masyarakat setempat.  "Membantu mereka yang memerlukan" itulah yang selalu diamalkan oleh MASNITA.  Menjelang perayaan krismas tidak lama lagi, MASNITA telah memberi sumbangan kepada 17 orang pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dalam bentuk wang tunai.  Majlis telah disempurnakan oleh YDP MASNITA, Datin Dyg Mariani Abg Hj Zain di Rumah Universiti UNIMAS pada 21 Disember 2011 dalam upacara yang ringkas dan sederhana tetapi amat memberi makna.


Tuesday, December 20, 2011

HAMKA: Di Bawah Lindungan Kaabah

Diri ini cukup kagum dan meminati HAMKA, beliau adalah idola diri ini sejak kecil, hingga kini masih mendengar ceramah-ceramahnya online dan masih terkesan dengan novel-novel beliau. Novel beliau Tenggelamnya Kapal Vam Der Wijck masih kuingati sehingga kini. Begitu seni dan halus rasa cinta yang diolah dalam penulisan novel-novelnya sehingga menyentuh kalbuku.

 Disertakan link buku beliau Di Bawah Lindungan Kaabah yang difilemkan. Tontonlah Full Movie di sini... Di Bawah Lindungan Kaabah...





Al Fatihah untuk HAMKA... pemergiannya tiada gantinya sehingga kini...



Biodata HAMKA


Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan julukan Hamka, yakni singkatan namanya, (lahir di Maninjau,Tanjung Raya, kabupaten Agam, Sumatera Barat, 17 Februari 1908 – meninggal di Jakarta, 24 Juli 1981 pada umur 73 tahun) adalah sastrawan Indonesia, sekaligus ulama, ahli filsafat, dan aktivis politik.

Hamka merupakan salah satu orang Indonesia yang paling banyak menulis dan menerbitkan buku. Oleh karenanya dia dijuluki sebagaiHamzah Fansuri di era modern. Belakangan ia diberikan sebutan Buya, yaitu panggilan untuk orang Minangkabau yang berasal dari kataabi, abuya dalam bahasa Arab, yang berarti ayahku, atau seseorang yang dihormati.

Ayahnya adalah Haji Abdul Karim bin Amrullah, yang merupakan pendiri Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Sementara ibunya adalah Siti Shafiyah Tanjung yang meninggal pada tahun 1934. Dalam silsilah Minangkabau, ia berasal dari suku Tanjung, sebagaimana suku ibunya.

Monday, December 19, 2011

HIDUP ADALAH SATU PELAYARAN


Yang sakit tapi tak nampak di mata
Yang Senyum di bibir sedang hati terluka
Yang Wajah ceria sedang sinar duka di mata
Yang hanya DOA sahaja menjadi penawar
Yang hanya Solat membawa kedamaian jiwa
Yang hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang dan bahagia...

mckelate '2011

Wednesday, December 14, 2011

LAW KANA BAINANA (Khas Buat Rakan-rakan Jemaah Haji 2011)





LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.





Lagu ini pula mengingatkan Mekah.  Ia selalu didengar sewaktu ke Masjidil Haram daripada Hotel Abeer Garden tempat kediaman kami.  Ianya dimainkan berulang-ulang daripada sebuah kedai elektronik di situ yang berhampiran dengan Kedai Bin Dawood.




Khas buat yang tak tahu apa maksud nasyid Ya Tayba...

Tuesday, December 13, 2011

Pesanan Ustaz Abdul Aziz Ismail Nuh



KEMANISAN KUASA IMAN

Kita bangkit meredah belukar tajam yang pedihnya sampai ke dasar hati demi meninggalkan segala tipudaya syahwat dan keghairahan nafsu. Kita memilih untuk menelan kepahitan kerana janji kemanisan yang ditawarkan oleh Allah . Alangkah hebatnya KUASA IMAN jika ia hidup pada diri setiap insan. Kepahitan bertukar menjadi manisan, kesusahan beralih menjadi kesenangan dan kemurungan hati berganti gembira. Semuanya kerana kita memilih JALAN ALLAH untuk dilalui. Kerana tangisan pada jalan Allah bermakna kegembiraan yang terlalu hebat. Sebaliknya tangisan di jalan kekufuran adalah kehancuran yang menjunamkan diri ke jurang kehancuran!

Kehidupan ini penuh dengan keajaiban, dan kita adalah sebahagian dari keajaiban dunia ini. Rasa syukur kita sering hilang dan terbenam pada kehidupan sehari hari kita yang sering menyebalkan. Kehidupan kita menyebalkan, mungkin kerana kita melihatnya sebagai sesuatu yang menyebalkan. Kita boleh mengubahnya dan membuat kehidupan kita menjadi lebih menyenangkan dan menyegarkan. Bukan dengan bekerja 24 jam sehari, tetapi dengan menyedari bahwa rasa syukur kita dapat membuat kita lebih bahagia.Sikap berterimakasih dan bersyukur akan kehidupan ini terhadap hal hal kecil yang terjadi pada diri kita akan membuat kita lebih sedar akan kehidupan dan membuat kita merasakan “kekayaan” yang kita miliki.



HATI-HATI DENGAN RASA PUAS &BANGGA


Berhati-hati dengan rasa puas dan bangga. Amal boleh menyebabkan seseorang takbur dan sombong. Pandai menilai dan mengaibkan orang lain kerana kononnya ilmu dan amal yang dilakukannya lebih baik daripada orang lain. Selepas itu dia berasa berpuas hati dan tidak menemukan sebarang kecacatan dalam amalnya, berasa diri paling benar, paling tinggi imannya. Maka lahirlah manusia yang terlalu yakin dengan kekuatan ilmu dan ibadatnya. Dia lupa siapakah sesungguhnya yang mencampakkan hidayah ke dalam hatinya, menggerakkan tubuh badannya untuk sujud, menuliskan catatan takdirnya hari ini, esok dan di penghujung hidupnya?



Allah berfirman : "Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam." (Surah al-Takwir, ayat 29). Di sini kita boleh melihat belitan syaitan yang begitu halus merosakkan amal ibadat seorang hamba.
Allah berfirman lagi : "Jika tidaklah kerana kurniaan Allah nescaya tidak seorang pun daripada kamu bersih selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya." (Surah Al-Nuur, ayat 21)






JANGAN JADI MANGSA IBLIS


Iblis amat memahami sikap dan tingkah laku mangsanya. Setiap mangsa telah disediakannya manual dan kaedah untuk membelit dan menjerumuskan mereka tatkala mereka melencong dari jalan Allah. Bagi ahli ibadah, Iblis menjerumuskan para abid melalui pelbagai pendekatan. Belitan iblis dimulai dengan sang abid memandang tinggi pada dirinya sendiri dan merendahkan amal orang lain. Kemudian diwujudkannya rasa puas dengan amal yang dilakukan dengan ilmu yang sedikit, sedangkan ilmu yang sahih dan mendalam adalah jaminan selamat daripada tipudaya iblis. Setelah itu iblis memesongkan kefahaman bahawa ibadah adalah untuk pahala dan dengan pahala itu sang abid merasa tidak mengapa jika melakukan dosa-dosa kecil yang akhirnya terjerumuslah dia ke dalam dosa besar. Selain itu ibadat yang dilakukan menafikan hak diri dan keluarga serta melahirkan peribadi yang kasar dan cenderung menyalahkan orang lain yang tidak sefaham dengannya!


HATI YANG REDHA


Hati yang bersinar ada pada wajah yang redha, ceria dan gembira dengan apa saja ketentuan Ilahi. Kesedihan dan kerisauan boleh menjejaskan kesihatan hati. Sedih dan risau juga merupakan tanda tidak redha dengan apa yang ditentukan Allah. Semestinya orang beriman yang dilanda musibah meyakini bahawa ada tiga keuntungan di sebalik ujian Allah ini iaitu, pembersih dosa-dosa mereka, janji berupa pahala di akhirat jika mereka redha dan yang ketiga mendapat pengganti sesuatu yang lebih baik dari apa yang diuji itu secepatnya di dunia ini:)




Firman Allah: ”Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Mereka telah ditimpa kemusnahan harta benda dan serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesunguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 214)







dipetik daripada Facebook Ustaz Abdul Aziz Ismail Nuh

Sunday, December 11, 2011

Kebesaran Allah



Sambil melihatlah kebesaranNya di atas kepalamu..
Sedarlah kebesaranNya sedang..

Mengalir darah ditubuhmu..
Mendegupkan jantungmu
... Mendenyutkan nadimu..

RezekiNya kau makan
UdaraNya kau sedut
BumiNya Kau henjak
LangitNya menjadi teduhan..

"Apa lagi yang belum cukup?"

...Untuk kau membesarkanKu...


dipetik daripada Facebook Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar 
(menjelang gerhana bulan semalam). 
Thanks Ustaz for this reminder...

Cinta Rabiah al-Adawiyah


Sungguh agungnya kasih sayang dan cinta seorang hamba kepada penciptanya seperti Rabiah al Adawiyah...setiap saat dan detik dalam hidupnya penuh dengan rasa CINTA yang abadi kepadaNya sehingga hilang kelazatan nikmat cinta duniawi yang sementara.  Kutitipkan syair-syairnya di sini untuk tauladan dan penghayatan kita bersama.  Allahu Akhbar...








Tuhanku, tenggelamkan aku dalam cinta-Mu
Hingga tak ada sesuatupun yang menggangguku dalam jumpa-Mu
Tuhanku, bintang-gemintang berkelap-kelip
Manusia terlena dalam buai tidur lelap
Pintu-pintu istana pun telah rapat tertutup
Tuhanku, demikian malampun berlalu
Dan inilah siang datang menjelang
Aku menjadi resah gelisah
Apakah persembahan malamku Kau Terima
Hingga aku berhak mereguk bahagia
Ataukah itu Kau Tolak, hingga aku dihimpit duka,
Demi kemahakuasaan-Mu lah
Inilah yang akan selalu ku lakukan
Selama Kau Beri aku kehidupan
Demi kemanusiaan-Mu,
Andai Kau Usir aku dari pintu-Mu
Aku tak akan pergi berlalu
Karena cintaku pada-Mu sepenuh kalbu








Ya Allah, apa pun yang akan Engkau
Karuniakan kepadaku di dunia ini,
Berikanlah kepada musuh-musuh-Mu
Dan apa pun yang akan Engkau
Karuniakan kepadaku di akhirat nanti,
Berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu
Karena Engkau sendiri, cukuplah bagiku




Aku mengabdi kepada Tuhan
Bukan karena takut neraka
Bukan pula karena mengharap masuk surga
Tetapi aku mengabdi,
Karena cintaku pada-Nya
Ya Allah, jika aku menyembah-Mu
Karena takut neraka, bakarlah aku di dalamnya
Dan jika aku menyembah-Mu
Karena mengharap surga, campakkanlah aku darinya
Tetapi, jika aku menyembah-Mu
Demi Engkau semata,
Janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu
Yang abadi padaku






Ya Allah
Semua jerih payahku
Dan semua hasratku di antara segala
Kesenangan-kesenangan
Di dunia ini, adalah untuk mengingat Engkau
Dan di akhirat nanti, diantara segala kesenangan
Adalah untuk berjumpa dengan-Mu
Begitu halnya dengan diriku
Seperti yang telah Kau katakan
Kini, perbuatlah seperti yang Engkau Kehendaki






Aku mencintai-Mu dengan dua cinta
Cinta karena diriku dan cinta karena diri-Mu
Cinta karena diriku, adalah keadaan senantiasa mengingat-Mu
Cinta karena diri-Mu, adalah keadaan-Mu mengungkapkan tabir
Hingga Engkau ku lihat
Baik untuk ini maupun untuk itu
Pujian bukanlah bagiku
Bagi-Mu pujian untuk semua itu








Buah hatiku, hanya Engkau yang kukasihi
Beri ampunlah pembuat dosa yang datang kehadirat-Mu
Engkaulah harapanku, kebahagiaan dan kesenanganku
Hatiku telah enggan mencintai selain dari Engkau






Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri
Ketika Kekasih bersamaku
Cinta-Nya padaku tak pernah terbagi
Dan dengan benda yang fana selalu mengujiku
Kapan dapat kurenungi keindahan-Nya
Dia akan menjadi mihrabku
Dan rahasia-Nya menjadi kiblatku
Bila aku mati karena cinta, sebelum terpuaskan
Akan tersiksa dan lukalah aku di dunia ini
O, penawar jiwaku
Hatiku adalah santapan yang tersaji bagi mau-Mu
Barulah jiwaku pulih jika telah bersatu dengan-Mu
O, sukacita dan nyawaku, semoga kekal lah
Jiwaku, Kau lah sumber hidupku
Dan dari-Mu jua birahiku berasal
Dari semua benda fana di dunia ini
Dariku telah tercerah
Hasratku adalah bersatu dengan-Mu
Melabuhkan rindu








Sendiri daku bersama Cintaku
Waktu rahasia yang lebih lembut dari udara petang
Lintas dan penglihatan batin
Melimpahkan karunia atas do’a ku
Memahkotaiku, hingga enyahlah yang lain, sirna
Antara takjub atas keindahan dan keagungan-Nya
Dalam semerbak tiada tara
Aku berdiri dalam asyik-masyuk yang bisu
Ku saksikan yang datang dan pergi dalam kalbu
Lihat, dalam wajah-Nya
Tercampur segenap pesona dan karunia
Seluruh keindahan menyatu
Dalam wajah-Nya yang sempurna
Lihat Dia, yang akan berkata
“Tiada Tuhan selain Dia, dan Dialah Yang maha Mulia.”






Rasa riangku, rinduku, lindunganku,
Teman, penolong dan tujuanku,
Kaulah karibku, dan rindu pada-Mu
Meneguhkan daku
Apa bukan pada-Mu aku ini merindu
O, nyawa dan sahabatku
Aku remuk di rongga bumi ini
Telah banyak karunia Kau berikan
Telah banyak..
Namun tak ku butuh pahala
Pemberian ataupun pertolongan
Cinta-Mu semata meliput
Rindu dan bahagiaku
Ia mengalir di mata kalbuku yang dahaga
Adapun di sisi-Mu aku telah tiada
Kau bikin dada kerontang ini meluas hijau
Kau adalah rasa riangku
Kau tegak dalam diriku
Jika akku telah memenuhi-Mu
O, rindu hatiku, aku pun bahagia


sumber: internet

Saturday, December 10, 2011

CINTA YANG KUDAMBAKAN



“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. 
Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” 
(Doa Nabi Daud Alahi Salam seperti Sabda Rasulullah yg menyifatkan Nabi Daud adalah sebaik-baik manusia dalam beribadat 
-HR Tirmidzi 3412)






DOA BUAT KEKASIH

Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.
(sumber Internet)


Thursday, December 08, 2011

Ombak Rindu


Ombak rindu yang datang menerpa
Hadirnya secara tiba-tiba
Menusuk halus ke dalam dada
Membawa seribu rasa , seribu makna
Menggetarkan jiwa



Ombak rindu yang datang secara tiba-tiba
Adakalanya mengundang air mata
Menggamit semula memori semalam
Yang terpahat kukuh di kotak ingatan



Ombak rindu ini tidak akan pernah padam
Kerinduan ini makin mendekatkan aku padaMu
Kerana di situ pertemuan sebuah cinta yang abadi
Antara seorang hamba dan penciptaNya


Noorma @Mckelate

Perindu Setia
Mekah, 19 November 2011

(sewaktu meninggalkan Mekah menuju Jeddah)

Tuesday, December 06, 2011

Hati-hati Dengan Rasa Rindu oleh: Dr Aid Al Qarni

Sungguh bertuah insan yang diberikan Allah perasaan rindu kepadaNya.  Sehingga hilang kelazatan dunia, tiada rasa terhadap harta benda, anak dan keluarga  serta lain-lainnya.  Hidupnya penuh kerinduan kepada DIA yang maha pengasih dan penyayang.  Terbaca satu artikel yang mengatakan perasaan Rindu Kepada Allah SWT adalah Penghapus Dosa - Al-Junaidi Al-Bahgdadi (Kitab Takirah Awliya’. m/s : 111-113).

Teringat pernah juga kubertanya kepada seorang ustazah satu ketika dulu, bagaimana boleh muncul perasaan rindu dan ustazah itu menjawab, kebiasaannya, kita akan merindui orang yang merindui kita.  Sungguh unik dan seni perasaan ciptaan Allah kepada makhluknya.  Soalan yang sama kutanyakan kepada seorang ustaz dan dia menjawab, kalau perasaan rindu ini terjadi pada orang yang tidak kita kenali atau kurang rapat (merujuk kepada hubungan lelaki dan perempuan) katanya " antara hati dan hati sudah saling bertemu" cuma kata-kata sahaja yang tidak terucap.  Wah...sungguh indah kupasan kedua ustaz dan ustazah ini tentang rindu. 

Namun, artikel Dr Aid Al Qarni kiriman seorang adik kepadaku memberikanku peringatan tentang rindu yg sejati dan abadi....Kukongsikan di sini....




Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karena, yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tak pernah padam. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluh kesah, kesedihan dan kerinduan. Demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan, keterputuasaan dan keterpisahan yang dikeluhkan para penyair. Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.

“Tidakkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Rabbnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?” (QS Al Jatsiyah: 23)

-Akulah yang menarik ujung kematian itu, siapakah yang akan dituntut padahal si korban adalah si terdakwa itu sendiri-

Maksud bait syair ini, kita berhak merasakan sakit dan menderita sebab kita adalah penyebab utama dari semua yang terjadi pada diri kita. Seseorang yang berasal dari Andalusia menyombongkan dirinya karena bisa merasakan suka yang melebihi batas.



-Sebelum aku, orang mengeluh berat berpisah, dan ketakutan muncul pada yang mati dan yang hidup.

Jika rusuk2ku menghimpun, maka aku tidak akan lagi mendengar dan tidak pula melihat-

Bila saja diantara tulang2nya berhimpun ketaqwaan, dzikir, kesadaran rohani dan ilahiyah, maka kebenaran akan bisa dicapai. Disamping itu, bukti akan menjadi semakin jelas dan kebenaran akan terlihat.

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syetan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa bila mereka ditimpa was2 dari syetan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan2nya” (QS Al A’raf : 200 – 201)

Ibnul Qayyim telah memberikan terapi yang sangat manjur tentang masalah ini dalam bukunya yang sangat terkenal Ad Da’wad Dawa’ atau Al Jawab asy Syafi’ an Man Sa’ala ‘anid Dawa’ asy Syafi’. Saya sarankan pembaca untuk merujuk kepada kedua buku tersebut. Rasa suka yang berlebihan itu banyak sebabnya.

Diantaranya,

1. Hati yang tidak terisi oleh rasa cinta, rasa syukur, dzikir, dan ibadah kepada Allah.

2. Membiarkan mata jalang. Mengumbar mata adalah jalan yang menghantarkan pada kesedihan dan keresahan :

“Katakanlah kepada orang2 laki2 yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..” (QS An Nur:30)

Rasulullah juga bersabda: ‘Pandangan (mata) itu adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis’

-Jika kau liarkan matamu kepada semua mata, maka semua pemandangan akan membuatmu lelah.

Kaulihat pemandangan, tapi tak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap-

3. Meremehkan ibadah, dzikir, doa, dan sholat nafilah. “Sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan2 keji dan munkar” (QS Al Ankabut : 45)

Ada pun obatnya,

“Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih” (QS Yusuf: 24)


1. Berusaha untuk selalu berada dipintu2 ibadah dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.

2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan. “..mereka menahan pandangannya dan memelihara

kemaluannya..”(QS An Nuur : 30), ” Dan orang2 yang menjaga kemaluan mereka” (QS Al Mu’minun : 5)

3. Menjauhkan hati dari hal2 yang bisa mengikatnya dan berusaha melupakannya.

4. Menyibukkan diri dengan amal sholeh dan berguna. ” Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami denagn harap dan cemas ” (QS. Al-anbiya : 21)

5. Menikah secara syar’i. ” Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ” (QS. An Nisa : 3)

” Dan, diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya “. (QS. Ar Rum : 21)

Rasulullah bersabda, “Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang sudah mampu untuk menikah, hendaklah menikah.”

--------------
Baca juga artikel Rindu Pada Rasulullah : http://drjuanda.com/?p=396