Dia
Tidak lagi dia yang kukenal
Tidak lagi dia yang kupuja
kerana langit jua tidak selalunya cerah
kerana anak sungai lagikan berubah
Dia
Redup wajahnya tidak lagi membayangkan apa-apa
mesra senyumannya tidak lagi mengoncang jiwa
lirikan matanya tidak lagi mengundang rindu
yang dulu sering bertamu di hatiku
Dia
baru saja kuhalau daripada hatiku
Telah kugali sebuah kuburan
bersaksikan hujan dan airmata
Dia
bersemadilah di situ
takkan kuziarah pusaramu
takkan kusiram haruman mawar
hanya kupanjatkan doa kudus
kerana dia tidak MATI
hanya MATI di hati ini
Nukilan rasa:
Noorma Mckelate 15 Nov 1996
No comments:
Post a Comment