Friday, December 30, 2011

Sakura 6 Years of Excellence!!!



Kolej Sakura adalah merupakan kolej kediaman yang ke 7 dibina di UNIMAS. Esok, 31 Disember 2011 genaplah 6 tahun usia kolej ini. Ianya merupakan satu-satunya kolej siswi di UNIMAS dan satu-satunya kolej yang menggunakan nama bunga iaitu bunga Sakura (bunga yang hanya terdapat di negara Jepun) . Pembinaannya adalah menggunakan dana JBIC Jepun dan nama Sakura diabadikan sebagai memperingatinya.

Bagi meraikan sambutan 6 tahun Kolej Sakura, siswi-siswi Sakura telah mengadakan pelbagai program seperti mengadakan Konsert Amal serta lain-lain aktiviti yang menarik dan telah dijalankan dengan jayanyaTahniah Girls... We are so proud of u...

Selamat Hari Jadi Sakura dan terima kasih kepada Pengurusan Utama UNIMAS serta semua warga UNIMAS yang telah memberi sokongan kepada kejayaan Sakura selama ini dan semoga sokongan ini akan berterusan pada masa hadapan

Daripada: Seluruh Warga Kolej Sakura UNIMAS












No comments: