Wednesday, December 28, 2011

Tenggelam Dalam CINTANYA

Detik-detik lalu telah berlalu, detik-detik mendatang akan menjelma .Begitulah perjalanan kehidupan ini. Moga di tahun baru 2012 nanti, akan semakin kukuh rasa CINTA padaNYA dan moga akan tenggelam dalam CINTA itu bersama orang-orang yang hatinya berbunga dgn CINTANYA. Semuanya keranaMu ya rabb. 


"Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka"(Hadith Sahih Riwayat Muslim)



Mennjelang tahun baru 2012 serta menjelang ulang tahun kelahiranku juga, dalam hatiku berbicara...

Biarlah kita tidak punya masa untuk menyegarkan taman di halaman rumah, kita juga mungkin tiada teman di dalam taman itu, namun moga kita sentiasa ada masa untuk menyegarkan taman di dalam hati dengan bunga-bunga kesabaran, ikhlas dan redha agar berkembang mekar rasa kasih sayang dan kebahagiaan dalam jiwa. Moga dengannya kita akan merasa betapa indahnya kehidupan ini. Moga harum mewangi taman hati kita nanti ditemani oleh orang-orang yang beriman di sekeliling taman hati.

"...dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, Yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)" (QS.3:14)

No comments: