Thursday, December 22, 2011

MASNITA BERI SUMBANGAN KRISMAS KEPADA PELAJAR UNIMAS


Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA) amat prihatin dengan kebajikan ahli-ahlinya, staf dan pelajar UNIMAS serta masyarakat setempat.  "Membantu mereka yang memerlukan" itulah yang selalu diamalkan oleh MASNITA.  Menjelang perayaan krismas tidak lama lagi, MASNITA telah memberi sumbangan kepada 17 orang pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dalam bentuk wang tunai.  Majlis telah disempurnakan oleh YDP MASNITA, Datin Dyg Mariani Abg Hj Zain di Rumah Universiti UNIMAS pada 21 Disember 2011 dalam upacara yang ringkas dan sederhana tetapi amat memberi makna.


No comments: