Sunday, August 21, 2011

Bubur Lambuk Merdeka Ramadhan UNIMAS

Sungguh teruja bila UNIMAS melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) telah mengadakan Majlis Memasak Bubur Lambuk pada 17 Ogos 2011 di perkarangan Bangunan Hal Ehwal Pelajar. Acara ini adalah merupakan idea TNC HEPA, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman.

Acara memasak bermula jam 10.00 pagi dengan segala bahan-bahan memasak dibeli daripada kutipan yang dibuat sebelum itu .

Semua staf dan pelajar UNIMAS telah bergotong royong memasak bubur lambuk ini dalam sesuana kekeluargaan dan penuh kemeriahan. Bubur yang telah dmasak diagihkan bersama jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan

Bubur ini adalah berdasarkan Resepi daripada Kolej Seroja yang telah memenangi Pertandingan Bubur Lambuk ini pada tahun lepas dalam Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Antara Kolej-kolej Kediaman UNIMAS

Puan Wan Robiah adalah Ketua Tukang Masak dengan pembantu Cik Sharifah

Beberapa AJK telah ditubuhkan bagi tujuan ini dan AJK Kebersihan (dalam gambar) telah "sapu bersih" dengan memastikan kebersihan dalam keadaan Tip Top selepas acara memasak.

Ini adalah kali kedua acara Memasak Bubur Lambuk ini diadakan di UNIMAS dan selaku Pengerusi Pelaksana, terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga tahun depan impian TNC HEPA, Prof Fadzil Abd Rahman untuk membuat bubur lambuk satu UNIMAS akan terlaksana.



More Pictures:
Album Acara Memasak Bubur Lambuk Merdeka Ramadhan UNIMAS

No comments: