Nama: Mokhtar Dahari
Tarikh Lahir: 13 November 1953
Posisi: Penyerang
PATAH tumbuh hilang berganti, tetapi perumpamaan itu tidak dapat disamakan dengan Mokhtar Dahari. Ketangkasan, kejujuran, dan kesungguhannya di arena bolasepak dengan sendiri menempatkan Allahyarham di puncak kejayaan yang sukar dicari ganti.
Tidak hairanlah negara diselubungi rasa pilu atas pemergiannya
secara tiba-tiba pada 11 Julai 1991. Selama 17 tahun dia bergelumang dengan bolasepak tanpa mengira keringat yang mengalir semata-mata mengharumkan nama negara di peringkat
antarabangsa.
Semasa hayatnya Stadium Merdeka bagaikan rumah kedua baginya, dan jolokan "Supermokh" sentiasa meniti di bibir semua peringkat usia termasuk anak-anak kecil yang dapat mengenali Mokhtar dan mahu meniru cara permainannya.
Siapa yang tidak kenal Mokhtar, terutama sentuhan ajaibnya yang sentiasa menggegarkan pintu gol lawan melalui rembatan kencang. Kelincahannya bagaikan lipas kudung masih terbayang di mata peminat yang pernah menyaksikannya baik di padang mahupun penonton televisyen di rumah.
Pintu gol dikawal ketat oleh R Arumugam, benteng pertahanan
dikukuhkan oleh Soh Chin Aun dan Santokh Singh, bahagian tengah dikemudikan oleh Reduan Abadullah dan Shukor Salleh membuatkan Mokhtar Dahari dan gandingnya Isa Bakar menyengat di barisan depan.
Jika pada 1978 lalu semuanya terpukau dengan jaringan emas mengikat keputusan seri 1-1 dengan England B, selama 17 tahun pula kita terhibur dengan aksinya.
Tetapi semuanya kini tinggal kenangan. Hanya nama Mokhtar tetap segar, kepada mereka yang melihat ketangkasan dia beraksi.
Secara tiba-tiba, tanpa diketahui punca sebenar, Mokhtar hilang
tenaga, tidak bermaya, terlantar hampir 3 tahun diserang penyakit ganjil dan Tuhan mengkehendakinya, Mokhtar meninggalkan kita.
Lebih dua tahun Allahyarham tabah menanggung kesakitan bersama keluarga, tetapi itu sudah suratan takdir.
Allahyarham tetap menanggung segala derita dengan penuh keikhlasan meniti sisa-sisa hidupnya lebih 10 bulan diatas kerusi roda.
Sebenarnya kegemilangan bolasepak tanah air sudah diwarnai oleh Raja Bolasepak Asia, Ghani Minhat, Arthur Koh, Rahim Omar, Jalil Che Din, Chan Tuck Choy tetapi tidak cukup sekadar itu negara cukup bertuah, muncul pula Mokhtar pada awal 70-an menyambung sinar selama lebih 10 tahun.
Sehingga detik Mokhtar menghembuskan nafasnya, jelas tiada pemain yang dapat meneruskan kegemilangan bolasepak tanah air.
Rembatannya menggabungkan kepakaran Rahim Omar dan kecekapan membaca permainan seperti Ghani Minhat menjadikan dia pemain paling kental dan sentiasa digeruni di Benua Asia terutama musuh ketat negara, Korea Selatan.
Tubuh sasa yang menyarung jersi nombor 10 itu sering disebut dan digeruni oleh pemain bolasepak rantau Asia setiap kali Malaysia bertanding di dalam dan luar negara.
Sehingga detik-detik terakhir mewakili Selangor dan negara, dia
mengekalkan disiplin dalam dan luar padang serta gigih tanpa tunduk kepada penat lelah.
Kombinasi gumpalan otot yang membawa kederasan, kecergasan dan kekuatan terpancar di wajahnya yang sentiasa manis berbaur serius hingga menjadikan Mokhtar pemain istimewa yang tidak boleh dipisahkan daripada dunia bolasepak.
Sebagat insan kerdil, dia tidak terkecuali dikriktik hingga tidak
disenaraikan dalam skuad Olimpik negara yang menempah tempat ke Moscow pada 1980 tetapi sanggup melupakan segala pergeseran demi cintanya pada negara apabila kembali menyarung jersi kebangsaan.
Terlalu banyak untuk menghuraikan pahit maung Mokhtar jika dikutip sepanjang 167 kali dia menyarung jersi kebangsaan sejak 1972 hingga kali terakhir ketika menentang Korea Selatan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul 1985.
Pada usia 23 tahun dia dipilih oleh majalah bolasepak antarabangsa World Star Soccer sebagai pemain utama tahun itu dan menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.
Mokhtar membawa Selangor menjulang Piala Malaysia sebanyak 10 kali dan pada usia 33 tahun dia mampu menjadi penjaring terbanyak dengan menyumbangkan 12 gol dan hampir 300 jaringan dalam Piala Malaysia serta antarabangsa.
Dilahirkan di Setapak pada 13 November 1953, Mokhtar pernah berjanji tidak mahu bermain dengan pasukan Selangor selepas tersingkir daripada suku akhir Piala Malaysia 1985.
Tetapi dia muncul semula musim berikutnya, untuk kali terakhir
meletakkan Selangor di mercu kejayaan dan Mokhtar sendiri mengakhiri sumbangannya bersama anugerah pemain terbaik perlawanan akhir.
Selepas itu, dia yang rela hati membenarkan semua pihak berkongsi kegemilangannya, memilih untuk menanggung penderitaan seorang diri. Tetapi negara tidak mahu membiarkan dia bergelut bersendirian. Tabung dan bantuan dihulurkan seberapa yang daya dengan harapan permata anugerah bolasepak tanah air itu terus bersinar.
Lebih 60 doktor dan pakar perubatan tradisional menawarkan diri untuk merawatinya termasuk Prof John Walton di Hospital Universiti Redcliff Oxford, pada Mei 1989.
Mokhtar tampak semakin layu di atas kerusi roda tetapi hati wajanya tetap membolehkan dia membaca majalah, menonton televisyen dan video bolasepak yang menjadi inti hidupnya sehingga dia menghembuskan nafasnya tepat 8.25 pagi 11 Julai 1991.

Al-fatihah...
Sumber:www.SelangorFc.com dan dipetik daripada CARI Malay Forums's Archiver
Lagi mengenai 'Super Mokh'
Mokhtar Dahari julang nama Malaysia di arena antarabangsa
No comments:
Post a Comment