Aku bukan ustazah kerana ilmu ku cetek
Aku bukan alim ulamak yang banyak ilmu dan kuat beribadat
Aku serba kekurangan, banyak dosa dan kurang pahala
Imanku mungkin nipis dan ada masa pasang dan surut
Namun aku ingin sabar dan kuat semangat dalam menempuh onak duri kehidupan
Aku ingin menghargai Allah dan rasul dengan caraku sendiri
Aku ingin berkongsi ilmu yang ada, yang kubaca dan kudengar sebagai bekalan ke akhirat nanti
Aku ingin mencari redhaMu Ya Allah bersama-sama insan sepertiku
Selagi pintu rahmat dan taubatMu masih terbuka
Terimalah ...wahai Allah kerana kau maha pengasih,penyayang dan maha pemberi keampunan.
No comments:
Post a Comment