Sunday, August 21, 2011

Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Ikhlas Ramadhan MASNITA

Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ikhlas Ramadhan sejak tahun 2004 dan telah berjaya mengumpulkan sumbangan daripada warga UNIMAS dan badan korporat sekitar Kota Samarahan seperti Bank-bank, syarikat telekomunikasi dan syarikat-syarikat besar berhampiran UNIMAS untuk turut sama dalam aktiviti kebajikan ini setiap tahun. Terima kasih kepada semua yang telah membantu kami membantu mereka yang memerlukan,ujar Datin Dayang Mariani Abang Hj Zain YDP MASNITA
Ucapan Naib Canselor UNIMAS, YBhg Prof Datuk Khairuddin Ab Hamid:
Tahniah MASNITA kerana telah secara konsisten menganjurkan majlis yang merupakan acara kemuncak aktiviti di bulan ramadhan di UNIMAS setiap tahun. Usaha yang murni berterusan dijalankan dengan kutipan yang semakin meningkat setiap tahun bagi membantu mereka yang memerlukan. MASNITA juga merupakan perintis aktiviti kebajikan pada bulan Ramadhan di UNIMAS kerana telah mula melaksanakan aktiviti murni ini sejak tahun 2004.

Kanak-kanak yang tidak bernasib baik menerima sumbangan MASNITA

Bayangkan wajah keriangan mereka dengan pemberian kita walaupun sedikit cuma...

Pelajar UNIMAS, penuntut antarabangsa juga menerima sumbangan

Pelajar UNIMAS, penuntut antarabangsa juga menerima sumbangan

Anak-anak MASNITA yang berjaya dalam peperiksaan juga turut diraikan dalam majlis ini

100 Plus turut menyumbang minuman. Tahun lepas juga mereka bersama MASNITA

Terima Kasih Bank Rakyat Kota Samarahan kerana telah bersama program MASNITA ini sejak 2009.

Terima kasih Bank RHB Kota Samarahan kerana telah bersama program MASNITA ini sejak 2010. (berdiri paling kanan, Pn Adillah Ismail selaku Pengarah Program)

Terima Kasih MAXIS kerana telah bersama program MASNITA ini sejak 2009.


Terima kasih Digi kerana turut bersama program MASNITA pada tahun ini

Terima Kasih Petronas (depan UNIMAS) kerana telah bersama program MASNITA pada tahun ini dan terima kasih juga pada Klinik Morni di atas sumbangan.

Goodies...

Goodies

Seramai 220 orang hadir pada majlis MASNITA termasuk penerima-penerima sumbangan daripada dalam dan luar UNIMAS serta sekitar Kota Samarahan

me sebagai Biro Publisiti dan Seranta (Perhubungan Luar) merangkap Ketua JK Tajaan

Sebahagian AJK MASNITA yang bekerja keras memastikan majlis berjalan lancar

Bergambar kenangan dengan wakil MAXIS dan RHB

***

Semoga program MASNITA ini akan terus berjalan dengan lebih cemerlang dan maju jaya di masa hadapan dengan sumbangan yang meningkat dan lebih ramai mereka yang tidak bernasib baik dapat dibantu menjelang Aidilfitri.

"Bersama MASNITA , Bantu kami untuk membantu mereka"



Album:
Album Gambar Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ikhlas Ramadhan MASNITA UNIMAS 2011

Click for more pictures of Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Ikhlas Ramadhan 2010


Click for more pictures of Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Ikhlas Ramadhan 2009

No comments: