Sunday, August 28, 2011
Saturday, August 27, 2011
PANGGILAN HAJI: Pergi membawa diri yang hina memohon keampunan dan mencari keredhaan Allah
Ya Allah Kuhadapkan mukaku ke kiblatMu, kutadahkan tangan memohon keampunanMu dan dan aku berdoa dengan setulus hati dan seikhlas diri. Ampuni dosaku dari kecil sehinggaku dewasa, yg sengaja atau tidak sengaja. Engkau yang maha tahu apa yg terlintas didalam fikiranku dari dulu, kini dan akan datang. Bawalah aku ke jalanMu nan lurus dan jauhkan aku dari jalan yg sesat. Hidupkan aku dalam iman dan matikan aku dalam iman.Jauhkan aku dari fitnah dunia dan jauhkan aku dari seksaan kubur dan seksaan api neraka.
Ya Allah ampuni kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil. Ya Allah bimbingkanlah anakku menuju ke jalan yg Kau redhai, hiasilah dirinya dengan ilmu,akhlak yg mulia, iman dan taqwa. Moga membesar sebagai anak yg berguna kpd ibubapa, keluarga, agama dan negara.
Selamatkan diriku, suamiku, keluargaku, sahabat handaiku, orang2 yg ku sayangi dari fitnah dan maksiat dunia dan bawalah kami dekat kepadaMu ya Allah. Jgnlah kau beri kami kesesatan setelah kami berada di jalanMu yg benar. Berilah kami rasa kasih sayang, bantu membantu, tegur menegur dan hidup dalam harmoni. Jauhkan kami dari hasad dengki, iri hati dan segala sifat mazmumah dan kecintaan kpd dunia yg berlebih-lebihan.
Ya Allah berilah kami rezeki yg halal semoga kami dapat menggunakan rezeki tsb untuk bersedekah ke jalanMu, Ya Allah terima kasih kerana telah menjemput diriku, abah dan mek serta moksu Nab sebagai tetamuMu untuk mengerjakan haji. Ini adalah hadiah yg tidak ternilai harganya menjelang aidil fitri, ianya tidak akan dapat dinilai dengan wang ringgit.
Wahai Allah yang maha mendengar dan maha mengetahui terlalu banyak permohonan doa insan yg kerdil ini yg diucapkan dan yg tidak terucap. Moga kau menerimanya dan menyampaikan hajatku ini Ya Allah. Jadikan kami tetamuMu yg istimewa dan permudahkan segala urusan haji kami. Moga kami dipermudahkan dan mempermudahkan orang lain. hidup dan mati dalam iman. Perkenankanlah hajat dan permohonan kami Ya Allah.
Wednesday, August 24, 2011
Sunday, August 21, 2011
Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Ikhlas Ramadhan MASNITA
Terima kasih Digi kerana turut bersama program MASNITA pada tahun ini
Semoga program MASNITA ini akan terus berjalan dengan lebih cemerlang dan maju jaya di masa hadapan dengan sumbangan yang meningkat dan lebih ramai mereka yang tidak bernasib baik dapat dibantu menjelang Aidilfitri.
"Bersama MASNITA , Bantu kami untuk membantu mereka"
Album:
Album Gambar Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ikhlas Ramadhan MASNITA UNIMAS 2011
Click for more pictures of Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Ikhlas Ramadhan 2010
Bubur Lambuk Merdeka Ramadhan UNIMAS
More Pictures:
Album Acara Memasak Bubur Lambuk Merdeka Ramadhan UNIMAS
Saturday, August 20, 2011
Yang Terindah Khas Buat Fadly
Wednesday, August 17, 2011
Baik-baik Sayang Khas untuk Fadly kusayang
Monday, August 15, 2011
Kenangan di Down Under
Sunday, August 14, 2011
Selagi Pintu Rahmat Dan TaubatMu Masih Terbuka
Saturday, August 13, 2011
Kenangan Terindah di Cardiff, United Kingdom
Click to see my Cardiff,UK Album
Humour in the workplace: Me clowning...
Photo by Lisa Pawlicka- Monash Memo
A pilot workshop held recently on the Gippsland campus, 'Learning the value of humour and creativity in the workplace', included a clowning workshop. Participants were, from left, Ms Noorma Ismail, Ms Liddy White, co-presenter of the workshop Ms Brenda Burney, Ms Chris Body, Ms Rhonda Curtis, Ms Cheryl Harper, Ms Jenny Vandersteen and Ms Maria Bradford, with workshop presenter Ms Jenny Ramage.
Abah, Kau Yang Sangat Kusayangi
Abahku yang hensom...zaman muda :)))
Abah dilahirkan pada bulan September tahun 1946. Lepas tu dia kahwin muda so tengok saja gambar di atas, hehehe.. muda-muda dah dapat anak...(pic atas: me and dad)Abah sebenarnya masa muda-muda dulu boleh tahan jugak ensem dia hehehe.. kira ramai jugaklaa peminat hahahaha...anyway, dah ditakdirkan memang suratan jodoh agaknya, Abah kemudian nikah dengan Mek (my mum). Hemm.. Mek lahir bulan Disember 1950. Zaman muda-muda dulu pun 'cun' jugak mek... jangan marah ...hehehe..Masa dulu-dulu mana ada cintan-cintun macam sekarang. Jadi mereka bercinta selepas kahwin. Alhamdulillah hidup bahagia sampai sekarang adanya...dengan dikurniakan 6 orang cahaya mata, dua lelaki dan empat perempuan (me, abe@faizal, Yee, Idaa, Elly dan Dilla) Sekarang mek dan abah dah ada ramai cucu lelaki dan perempuan.
Abah dan mek yang kusayangi...gambar Mei 2011
I sebenarnya rasa bertuah kerana dikurniakan Abah dan Mek yang 'very understanding'. Walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi, namun pada I mereka berdua "very liberated". Dalam banyak hal mereka selalu bersifat 'terbuka' dengan anak-anak. Boleh bincang apa saja dengan Abah dan Mek. Jadi kami adik beradik tak pernah ada apa-apa rahsia dengan Abah dan Mek. Ada masanya mereka jadi 'pakar rujuk', 'kaunselor peribadi' (hehehe.. free of charge) dan tempat bergantung terutama bila 'poket kosong' (ini tertakluk pada bulan penuh atau bulan suram...hehehe kalau bulan gelapp.. tak dapat jugak...). Pada I, ibu dan ayah tidak boleh ditukar-ganti. Jasa mereka banyak tidak terhingga dan kasih sayang mereka 'abadi' selamanya.
Cerita Abah:
Abah kusayang Part 1
Abah kusayang Part 2
Abah kusayang Part 3